LIFE AS A KPOPPER

19:43:00

Everyone knows KPOP. Daripada budak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, makcik-makcik dan pakcik-pakcik serta ostad dan ostadzah semua tahu. To be honest, Nas pun KPOPPERS. pfffffffffttttttttttt!!

Well, actually mula mendaftar sebagai ahli pada tahun 2012 atau lebih spesifik darjah 5. *Teruk betol aku* Tapi, Nas kenal Korea masa darjah 3 atau 4. Nas pun tak ingat. Tu pun sebab kawan perkenalkan cause time tu famous cerita Boys Over Flower. Kawan-kawan Nas memang fanatik, fangirling dengan cerita tu. Tak habis-habis cakap hensem hensem bagai.. Nas pun try tengok and sorry to say, itu bukan lauk Nas time tu. Style rambut yang pelik-pelik *bagi Nas time tu lah* memang tak hensem langsung! Lagi-lagi rambut Gu Jun Pyo. 


Tahun berganti tahun, tibalah tahun 2012. Tahun Nas mendaftarkan diri. Asbab yang mendorong Nas menjadi kpoppers ialah kakak Nas sendiri. Tapi percaya atau tidak, sekarang Nas seorang je yang kpoppers. Kakak Nas Otaku. Cittt!!! 

Semuanya bermula bila kakak Nas suruh tengok B.A.P debut. Lagu 'Power'. Kakak Nas dah fangirling dah time tu. Dia cepat-cepat sebut "ni akak punya!!" sambil jari telunjuk menunjuk ke arah seorang lelaki bermata sepet yang sedang rap dengan kelajuan super sonic yang Nas tak faham ape ke benda die sebut. Shock! Yes I am. Laju giler baiii.... Tapi time tu fangirling pun, terpesona je. Nas pun dengan rileks jawab "ambillah, tak nak pun".

Kakak Nas tak mengalah. Dia tunjuk lagi satu boyband. EXO. Debut juga dengan tajuk lagu 'MAMA'. Ok, ini Nas tumbang. Seriouslah! Mula-mula MV dia cam creepy plus mystery semua benda bagai. Pastu lagu die rancak walaupun tak faham! Die cam WOW! Jadi Nas pun termelekatlah dengan EXO dan daftar pula menjadi ahli EXO-L. *sampai sekarang, agagagaga*



Tahun 2012 merupakan tahun fangirling gile tak ingat dunia. 2013 pun same. Ingat lagi, Nas ada kawan yang minat EXO juga dan kami saling berebut siapa tahu lebih banyak pasal EXO. Yeah, I know it's sound so silly. Kanak-kanak ribena kan? Bila dah makin matang ni terfikir, fanatik sangat buat ape, bukan die kenal pun. Ntah-ntah pandang pun tak hingin! Nas pun pernah boikot sasaeng fans. 
sasaeng fans lebih berbahaya daripada kpoppers sebab diaorang fanatik sangat sampai satu tahap pecah masuk bilik kpop idol dan curi barang diaorang termasuk spender/boxer 

Hari-hari Nas melekat kat depan TV, nak tengok M Countdown. Seolah-olah ada daya tarikan magnetik yang luar biasa. Macam ada yang memanggil-manggil gitu. Ala, macam zaman sekaranglah. Nak berenggang dengan phone pun tak boleh. Acah jer nak lepak kat kedai mamak, nak borak-borak kan? Tup tup borak ngan fon juga! Ok, dah melalut. Nas pun selalu buka google image usha bias kesayangan lah sangat sambil tersenyum sorang-sorang macam orang tak waras. Hafal lirik lagu. Ingat semua muka dan cuba cari perbezaan muka diaorang. *biasalah, muka band2 korea kan cam nak dekat sama semua* Usaha beb! Paling susah nak beza time tu Chanyeol dengan Baekhyun.


Lagu-lagu diaorang semua salin sebab nak nyanyi hari-hari. Beli majalah epop yang berharga RM4 semata-mata nak baca gosip pasal diorang dan nak dapatkan poster. Waktu tu berangan nak tampal kat biliklah, jadi hari-hari dapat tatap. Tuihhh. Tapi, seriouslah, Nas dapat poster tu~ Lepastu beli baju diaorang. Nas ada 2 t-shirt and 1 sweater. Pastu beli phone keychain gambar diaorang. Actually gambar dia tak cantik sangat tau. Tapi sanggup beli semata-mata nak tunjuk Nas ni EXO-L dan akan sentiasa support diaorang.

Tahun lepas, EXO buat comeback lagu 'Call Me Baby'. guess what? Nas belajar choreography tu kott. Dan Nas sangat gembira plus bangga dapat menari lagu tu dari awal sampai habis. Tapi time ni dah tak gila sangatlah. Group idol yang baru-baru debut pun tak tahu sangat. Tahun tu jugalah, Nas membuat pengorbanan yang bagi Nas berat gile iaitu buang keychain EXO yang Nas beli. Waktu-waktu tu jet2 nak tinggalkan dunia KPOP. Yelah, Nas lalai sangat. Astaghfirullahalazim... 

geleng kepala 10 kali. ok, stop.

Kalaulah korang tengok macam mana rupe KPOPPERS, mashaallah dah macam penghuni Hospital Bahagia. Hari-hari bahagia. Pandang orang, tiba-tiba menyanyi. Dah habis nanyi menjerit macam orang histeria. Pastu jerit kuat-kuat "AHHH, HENSEMNYA!!" Bila dalam kereta, terdengar lagu kpop kat radio, buka kuat-kuat dan mula menyanyi sambil berangan seolah-olah berada di konsert kpop. Dalam gallery banyak gambar bias. Lagu banyak lagu kpop. Nyanyi banyak lagu kpop. Everything is KPOP!!!

fuhhh~ lap peluh...


Alhamdulillah, Nas tak gile sangat dah. Kira waras jugalah. Tak gila cam dulu. Nas dah boleh checkout daripada Hotel Bahagia. Cuma sekarang obses sikitlah dengan drama 'Sweet Stranger and Me'

Ok, sape layan cerita ni angkat kaki!! *sambil menulis aku turut mengangkat kaki, dan syndrome fangirling aku kembali menular di dalam salur darah arteri dan vena*

Jadi, siapa rasa tengah menghidap penyakit ni bolehlah comment supaya kita sama-sama jadi gila. agagagagaga! 

#aku_gurau   peace! 



You Might Also Like

3 comments

  1. zaman dulu kpop aje aku. sekarang dah besar dah tak rasa apa

    ReplyDelete