HARAPAN YANG MELAYANG

Sakit lagi. 
Dah berkali aku bagitahu diri, 
“Takpe, ini bukan segalanya. Hidup engkau bukan pada nombor-nombor ini”
Tapi hati aku tersiat lagi. 
Terasa usaha yang bagai nak mati aku laburkan diranap begitu sahaja.
Kenapa makin teruk walau aku dah usaha teruk?

Tak adil. Tak adil. Tak adil. Tak adilll!!

Mungkin kena usaha sampai mati. 
Baik, nanti aku jadikan realiti.
Supaya hati tak tercarik lagi. Supaya tiada manusia yang akan membising dan menyalahkan lagi.
Aku bahagia. Kau bahagia. Manusia-manusia bahagia.
Dan harapan yang melayang akan kembali.



Hei manusia! Aku ni hati engkau. Kau dengar sini! Tuhan itu maha adil. Aku tahu engkau dah usaha teruk. Aku tahu engkau bersengkang mata, rosakkan diri dengan satu harapan dipenghujungnya adalah pelangi yang indah yang mampu menghilangkan segala lelah. Tapi ingatlah bahwa tuhan itu tidak melihat hasil tetapi usaha! Aku tahu engkau tersenyum sinis sekarang sebab apa yang aku katakan ini hanyalah satu perkara yang banal. Tapi hati tidak pernah menipu dan bukan aku sahaja yang berkata perkara yang sama. Aku tahu engkau tahu itu.

Mungkin bukan sekarang, tapi di penghujungnya nanti. Kalau pun pengakhirannnya nanti tidak seperti yang engkau dambakan, rezeki engkau bukan pada sehelai kertas tu. Rezeki engkau ialah daripada tuhan yang menciptakan engkau. Dia berhak untuk memberikan rezeki tidak kira bila-bila yang dia kehendaki. Siapa engkau untuk memaksa? Siapa engkau untuk mempertikaikan? Jangan banyak bunyi dan banyak soal. Aku takut engkau jatuh syirik tanpa engkau sedar.

Bersyukurlah dengan apa yang engkau ada. Kebahagiaan yang sebenar ialah apabila engkau mensyukuri apa yang engkau pada hari ini. Hidup takkan pernah jadi indah kalau engkau tidak bersyukur. Hati takkan pernah jadi tenang pada hati orang yang tidak bersyukur.

Aku tahu engkau mampu. Aku percayakan engkau dan aku harap engkau takkan buat kerja gila lagi. Percaya, tawakal yang segalanya ialah daripada allah. Usaha yang terbaik tanpa merosakkan diri.
Sayangilah diri engkau. Kalaupun tak mampu, jagalah diri engkau, sebab masih ada insan lain yang menyayangi engkau dan tak sanggup untuk melihat kau sakit. Aku tahu engkau boleh dan engkau mampu. Goodluck! Ganbatte!

No comments:

Post a Comment