MULUT TU BOLEH BERTAMADUN KOT?

by - 22:15

Assalamualaikum.

Aku dah lama tahan pasal benda ni. Aku sumpah dah tak tahan dah. Makanya, aku perlu juga membebel pada hari ini supaya diharapkan iye, manusia di muka bumi ini, terutama sekali Malaysia dapat jadi lebih bertamadun!


Dunia sekarang ni nak sebar gosip, cerita, perkembangan apa semua senang. Banyak sangat media social yang ada zaman sekarang ni. Facebook, Whatsapp, Instagram banyak lah. Tak perlu aku nak buat list panjang-panjang kat sini. Korang pun bukan nak dengar semua tu kan?

MULUT PUAKA - TAKDE INSURAN - KEYBOARD WARRIOR - BAWANG ARMY!

Bukan isi nya yang aku nak bincangkan pada hari ini. Aku nak bincang pasal manusia-manusia yang membaca maklumat, gosip , fitnah semua tu. Kadang, bukan gosip tu yang best, komen netizen ni yang lagi best! Tiap kali aku nak baca, dalam hati aku nak mencari je geng-geng maki orang ni. Kadang ada jugak jumpa geng ustaz dan ustazah yang tak diiktiraf eh eh (?) okay tak aku gurau je. Bagus mengajak kepada kebaikan, tapi kadang tu aku tak rasa sesuai cara yang digunakan tu. 

Pasal AJL33, sampai ke hari ni panas lagi ye. Yang paling hangat aku nak cerita pasal our baby pian. Suffian Suhaimi. Tak nafi, kisah hidup dia memang touching. Tapi, kita tak tahu dalam hati dia, apa dia fikir. Tak bolehlah nak kata dia tu tak move on. 

"HA INILAH CONTOH ORANG YANG TAK BOLEH MOVE ON!"

kemon lah. Dia sendiri and designer baju dia kata dia dah move on kan? Nak katanya, kenapa lah kita ni, yang dahlah tak rapat, cakap sesuka hati, bagi nasihat tapi bahasa tu ke laut. ermm.. Ada jugaklah yang orang yang tegur dia ni kan suruh terima takdir. Aku cam...... bukan dia dah move on ke??? Kalau punlah kan, dia ni memang tak move on ke apa, why bother? 

Kita terlalu nak jaga tepi kain orang. Tapi sedar tak, apa je benefit kat kita? 

Pasal artis buka tudung pun. Haih.. Terkejut ye terkejut. Sedih, adalah sikit. Tapi, yelah. Nak cakap apa lagi? Yang maki-maki ni apa cerita pulak? Cuba bayangkan, kalau selama ni yang buat dia lagi nak buka tudung tu sebab mulut-mulut bawang army yang tak cukup bertamadun ni? Tak ke, menyumbang jugak dalam dosa? Maki orang dah satu dosa. Menjadi penyebab dia nak buat lagi dosa tu macam mana pula?

Banyak lagi gosip-gosip ni. Takkan aku nak cerita semua kat sini kut. 

Aku faham manusia ini banyak ragam, banyak akal. Tak boleh nak expect semua orang setuju dan tak setuju sebagaimana kepala kita berfungsi. Aku faham. Tapi dalam pergaulan ini adanya adab.


Benda ni jelah aku nak pesan kat dunia eh.

Benda yang takde kaitan dengan kita, atau tak bagi effect kat kita, jangan nak bother sangat. Jangan nak hentam orang sesuka hati. Cyber bullying dah tu. Kita selalu dengar, think before you act. Maka, berfikirlah anda samada ia menonjolkan awak itu seorang yang berakal, bertamadun atau pun tidak. Hak bersuara hak kita. Tapi kita diajar untuk beradab. Bukankah melayu ini penuh dengan adab dan sopan santun? Mana 'melayu' yang korang nak bangkitkan sekarang ni? ermm.. 

sekian sahaja, bebelan aku pada hari ini. Aku bercakap secara general. Takde nak sentapkan siapa-siapa. Cuma berharap manusia lebih bertamadun dan beradab dalam berbicara. Fikirlah juga perasaan orang lain. Jangan nak ikut panas kita je. Tak datangkan keuntungan pun. 

okay, chill. bye.

You May Also Like

0 comments