Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Contact
    • Twitter
    • Instagram
    • gmail
  • Tutorial
  • Tips
facebook twitter instagram Email

NASEHA SYAHIRA

Assalamualaikum

Berita baik bagi semua kaki-kaki travel, kaki-kaki jalan dan melancong!

MATTA Fair bakal menjelma lagi gais! Korang dah standby ke list of destination yang korang nak pergi untuk cuti yang akan datang? Jangan lepaskan peluang ni okay. Bagi yang tak tahu, MATTA Fair merupakan expo atau pameran pelancongan yang diadakan pada setiap tahun dengan membawa objektif "to promote the interest of travel and tour industry in Malaysia". MATTA adalah singkatan daripada Malaysia Association of Tour and Travel Agents dimana ia adalah persatuan yang dikawal di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia.

Jadi, apa yang korang boleh jangkakan daripada MATTA Fair 2020 deals kali ni ialah, banyak agensi-agensi pelancongan di dalam Malaysia bakal menyertai pameran ini dan akan memberi tawaran-tawaran percutian pada harga yang sukar untuk korang tolak! 😍 Lebih-lebih lagi kalau memang dah ada perancangan untuk bercuti pada masa akan datang. Kalau dah mula merancang, stop dulu untuk mencari pakej-pakej murah, sebab korang kena datang ke expo pelancongan ini bagi mendapatkan gambaran sebenar pakej-pakej murah yang ditawarkan.

Ini kerana, mengikut catatan rekod pada MATTA Fair 2019, terdapat sebanyak 293 jumlah pempamer yang menyertai expo ini, dimana ianya terdiri daripada agensi-agensi pelancongan di Malaysia, Lembaga Pelancongan bagi negeri-negeri di Malaysia, taman-taman tema, Syarikat Penerbangan seperti Malaysia Airline dan beberapa lagi organisasi dari dalam dan luar negara.

Bagi yang mencari lokasi menarik yang boleh dikunjungi di dalam negara, boleh lah melawat ke booth Lembaga Pelancongan Negeri bagi mendapatkan idea di mana destinasi-destinasi menarik yang boleh dilawati semasa musim cuti nanti. Disebabkan tahun 2020 adalah Tahun Melawat Johor, jadi aku cadangkan kat korang untuk mengunjungi booth Lembaga Pelancongan Johor bagi mendapatkan info dan pakej percutian menarik yang terdapat di negeri harimau selatan itu.


 Tidak kurang hebatnya sambutan daripada pengunjung mengenai pakej-pakej percutian yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelanconngan bagi korang yang ingin melancong ke luar negara. Kalau sebelum ni korang rasa melancong ke luar negara adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan kerana mengalami kekangan kewangan, korang bolehlah datang dan melihat dahulu apa-apa tawaran yang bakal diberikan oleh agensi-agensi di sini. Antara negara-negara yang mendapat sambutan yang ramai ialah seperti Jepun, Korea Selatan, Vietnam, Thailand dan China. Kalau korang bertuah, korang mungkin dapat pakej murah ke mana-mana negara yang aku baru sebutkan tadi. Apa pun, cubalah dahulu.


Korang mungkin pernah berfikir untuk membawa anak-anak atau keluarga untuk bercuti ke taman-taman tema terkemuka yang ada di Malaysia spereti Legoland, Sunway Lagoon, Desaru Theme Park dan banyak lagi tetapi harga tiketnya mahallah pulak! Jadi apa kata korang cuba datang dan survey booth yang mewakili taman-taman tema di sepanjang MATTA Fair ini berlangsung. Harga yang ditawarkan adalah berbentuk pakej  dan cuma available selama 3 hari ini sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang! Antara taman tema yang menjadi tumpuan pengunjung pada expo pameran yang lepas ialah Desaru Theme Park dan Legoland.


Kalau korang masih takde masa dan tak suka keadaan yang terlalu ramai orang, korang masih ada pilihan yang lain, iaitu melalui Traveloka. Masih ramai lagi yang belum tahu, di mana Traveloka ada menawarkan pelbagai promo and deals yang sangat berbaloi. Bukan sahaja dari segi booking hotel dan resort, korang juga berpeluang untuk mendapatkan affordable Jetstar flights dengan harga yang menarik. Tidak cukup dengan itu, Traveloka juga ada menawarkan pembelian tiket secara online ke tempat-tempat menarik di seluruh Malaysia seperti Aquaria, ESCAPE Penang Theme Park, Sunway Lagoon, Lost World of Tambun, LEGOLAND Malaysia serta banyak lagi tempat menarik. Kalau korang ada bercadang nak ke Singapore, korang boleh je dapatkan tiket masuk dengan harga yang lebih murah di Traveloka untuk korang berkunjung ke tempat-tempat menarik di sekitar Sentosa Island.

Itulah beberapa info menarik mengenai MATTA Fair 2020 yang bakal diadakan tidak lama lagi dari sekarang dan beberapa perkara menarik yang korang boleh dapatkan di Traveloka. Kedua-dua platform ini mempunyai tawaran-tawaran menarik yang tersendiri. Oh ye, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi expo pelancongan di PWTC pada bulan Mei nanti ya!











Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

ABOUT ME

Hello there. Welcome to the blog! I am a final year finance student from a public university in Malaysia and have a huge enthusiasm of sharing random things to the public.

MY WISHLIST

Dean's List Foundation
New phone
Umrah/Haji
Own Car
Own House

Categories

  • Food Review
  • Ghost Story
  • IIUM
  • Islam talk
  • KISAS
  • Movie Review
  • Positive Vibes
  • Puisi tepi jalan
  • Random
  • Tips
  • Tutorial

Blog Archive

  • October 2021 (1)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (1)
  • May 2021 (2)
  • February 2021 (4)
  • January 2021 (1)
  • December 2020 (2)
  • November 2020 (1)
  • October 2020 (1)
  • August 2020 (2)
  • July 2020 (2)
  • June 2020 (1)
  • April 2020 (2)
  • February 2020 (1)
  • January 2020 (7)
  • December 2019 (1)
  • November 2019 (2)
  • October 2019 (3)
  • June 2019 (1)
  • May 2019 (2)
  • April 2019 (1)
  • March 2019 (4)
  • February 2019 (3)
  • January 2019 (4)
  • December 2018 (7)
  • September 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • April 2018 (4)
  • March 2018 (1)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (1)
  • November 2017 (1)
  • October 2017 (2)
  • September 2017 (4)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (2)
  • June 2017 (5)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (1)
  • January 2017 (2)
  • December 2016 (2)
  • November 2016 (3)
  • October 2016 (1)
  • September 2016 (1)
  • August 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (1)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (2)
  • April 2015 (1)
  • January 2015 (1)

My Blog List

  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Kacau Bubur Asyura Di Masjid Kampung Naim
  • Jurnal Shikin Razali
    Video Menarik! Aktiviti Membaca Bersama Warga Bomba Kini Di Youtube
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    A Love Letter to My Blog: Goodbye, for Now
  • thesuraya
    Separuh Takdirku Ada Kamu by Ezza Mysara
  • Travelog Syuhada Salleh
    WHY Froyo
  • Jari Jemari Menari
    Shopee 6.6 Jualan Lagi Murah: Diskaun Sehingga 66% Untuk Keperluan Harian
  • kisah aienienka
    2024 will end too....
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Alien Oren
    Movie Review: The Pope's Exorcist
  • Naimy
    Pentingnya belanja bulanan bagi seorang isteri dan mak.
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.

Kontraktor Ubahsuai Rumah

Related image
Kontraktor Ubahsuai Rumah

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates