Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Contact
    • Twitter
    • Instagram
    • gmail
  • Tutorial
  • Tips
facebook twitter instagram Email

NASEHA SYAHIRA

Assalamualaikum

Siapa sangka Ramadhan sudah hampir tiba. Aku pasti, kebanyakan daripada kita berhasrat untuk menjadikan bulan yang mulia ini satu titik permulaan untuk mendidik diri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Aku tak tahu kalau korang ada persoalan 'apa ibadah yang aku boleh buat selain berpuasa, solat 5 waktu dan baca Quran?'. Tapi aku, memang terdetik soalan tu. 

Nak dijadikan cerita, aku terjumpa satu tweet yang bagitahu perkara yang boleh dibuat selepas solat. Jadi entry kali ini, aku ingin kongsikan.


  • Solat Sunat Rawatib sebelum subuh 
Solat Sunat sebelum subuh ialah solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain. Kelebihan yang disebutkan di dalam sebuah hadith ialah:-

Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَاMaksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]
Antara surah yang disunatkan untuk dibaca ialah Surah Al-Kafirun pada rakaat yang pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.


  • Beristighfar sekurang-kurangnya 3 kali. 
  • Membaca Allahumma ajirna minannar yang bermaksud 'Ya Allah, jauhkanlah aku daripada api neraka'  sebanyak 3 kali.
  • Membaca Allahumma antassalam wa minkassalam wa ilaika ya'udussalam hayyina rabbana bissalam wa adkhilnal jannata darassalam tabarakta rabbana wa ta'alaita ya zal jalali wal ikram. 
  • Membaca Al-Fatihah
  • Membaca Ayat Kursi
  • Berzikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar 33 kali.
  • Membaca La ilaha illallahu wahdahu la syarika lah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qadir
  • Berdoa
  • Membaca Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azim sebanyak 3 kali.
Selesai. Anda dah boleh bangun dan selesaikan urusan harian macam biasa. Kalau ada lebih masa yang terluang, boleh amalkan Al-ma'thurat  setiap pagi dan petang serta membaca Quran.

Sama-sama kita cuba jadi baik dan beramal. 



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum

Aku selalulah dapat soalan-soalan tentang CFS IIUM Gambang ni. Selalunya aku jawab dekat comment youtube, instagram dengan email. Memandangkan aku takde bahan nak bercerita atau benda-benda yang bermanfaat dan menarik untuk dikongsikan, aku rasa this is the right time to help adik-adik (ecewah, macam tua sangat. puihhh asasi pon tak habis lagi HAHAHA) yang ada persoalan tentang Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia Campus Gambang. (CFS IIUM). Ha gituwhhh...

pic was taken by a student of CFS IIUM

1. Semua student Asasi study dekat Uia Gambang ke?
Ya. Semua student tanpa mengira apa jenis course pun akan study di UIAM Gambang. Dah nama pun pusat asasi kan. Lepas habis Asasi baru dibahagi ikut course sama ada ke Gombak, Kuantan atau Pagoh.

2. Jauh tak dari bilik ke kelas?
Agak jauh. Kalau awak lelaki, memang jauh. Sebab mahallah awak tu kat hujung sekali. Kelas pula hampir nak ke main gate. Tabahlah ye. HAHAHA

3. Persaingan dekat UIAM Gambang ni hebat tak?
Pergi mana-mana pun akan ada persaingan. Fokus untuk cemerlangkan diri sendiri okay. Jangan risau sangat tentang persaingan hebat ke tak hebat. 

4. Saya tak pandai sangat English. Boleh ke saya bawa subjek-subjek ni?
Boleh, insyaallah jika awak berusaha untuk faham. Tapi jangan risau lah. Environment UIAM Gambang sendiri insyaallah boleh tolong untuk tingkatkan penguasaan berbahasa Inggeris awak. Akan ada kelas English Language bagi sesiapa yang tidak melepasi band yang telah ditetapkan.

5. Ujian EPT dengan APT tu apa?
EPT tu ujian Bahasa Inggeris. Ada 2 bahagian. Bahagian pertama, akan ada 4 petikan dan kita kena jawab soalan berdasarkan petikan tersebut. Untuk bahagian ni boleh senyum sikitlah sebab bulat-bulat je. MCQ. Bahagian kedua tepuk dahi sikit sebab ada 2 jenis karangan yang perlu dibuat. Karangan jenis yang pertama, soalan akan beri graf/data. Kita kena describe the data/graph. Karangan jenis kedua ialah Argumentative Essay.

APT tu ujian Bahasa Arab. Aku tak ingat sangat apa yang ditanya. Tapi karangan tu memang wajib ada. Ada jugak soalan suruh jawab kata seerti dan kata lawan bagi perkataan, soalan susun perkataan menjadi ayat yang betul. Kalau yang advance sikit adalah soalan-soalan untuk Nahu dan Sorof. 

Semua pelajar tak kisah ada atau tidak background belajar bahasa arab, WAJIB menduduki peperiksaan ini. Jangan takut kalau tak pass kedua-dua exam ni sebab korang takkan kena buang universiti pon. Jangan overthinking macam aku ya. hahaha. Kalau tak lepas, korang hanya perlu add subject bahasa lah nanti. But believe me, belajar language dekat UIAM ni best. Happening je. 

6. Boleh online shopping/terima barang pos tak?
Ya. Dekat sini ada EziBox Pos Laju dan satu tempat khas untuk pos laju jugak dekat bahagian Administration. Courier lain macam J&T, Ninja dan sebagainya pon boleh juga tapi dia akan hantar dekat Mahallah Office. Apa-apa pun, mungkin ada perubahan dan mungkin tidak. 

7. Apa facilities yang ada di Mahallah?
Ada laundry, Reading Room (basically bilik berhawa dingin yang korang boleh study atau baca buku-buku yang disediakan dalam bilik tu), TV Room, Distress Room (Bilik untuk menghilangkan stress korang), Water Dispenser (Kena bayar), Gym, Koperasi dan Cafe. Tapi Cafe tu kongsi dengan Mahallah sebelah lah. Basically, satu Cafe, dua Mahallah. Setiap level pula ada tandas dan bilik basuh baju. 

8. Satu bilik berapa orang?
Satu bilik 4 orang. Dapat katil sorang satu, locker sorang satu, meja study sorang satu, kipas sorang satu, 2 plug sorang satu. Ada ampaian kecik jugak dalam bilik. Cermin besar ada satu setiap bilik. Setiap loker pun ada cermin. Jadi, cukuplah untuk kau hidup dengan selesa.

9. Apa benda-benda yang tidak disediakan?
Selain daripada barang-barang peribadi kau, uia tak sediakan iron, iron board, penyapu, penyodok, bantal, sarung bantal, cadar, selimut dan tempat letak kasut (kalau tak kisah nak letak berderet kt lantai depan bilik sukati kau lah. Asal tidak mengganggu jiran dan tetamu nak berjalan).

10. Subjek-subjek di UIAM Gambang guna bahasa apa?
Dekat uia ni kita belajar dalam Bahasa Inggeris. Lecturer pon akan mengajar dalam Bahasa Inggeris. Students pon kena bercakap Bahasa Inggeris. Bila ada event apa-apa pun, kita akan guna Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. C'mon, this is International University! hehehe. Jangan panik dulu. Tidak semua pelajar boleh fasih berbahasa Inggeris. Just try okay. Dekat sini takde siapa nak gelakkan kau.

11. Boleh bawa kenderaan tak?
Strictly NO. Tak pakai kaki, kau naiklah basikal pergi kelas. Kereta dan motor tidak dibenarkan sama sekali.

12. Outing macam mana?
Outing setiap hari Jumaat hingga Ahad. Seawal 8 pagi dah boleh keluar dah tapi kau nak pergi mana? HAHAHA. Mall pon buka pukul 10 pagi. Selalunya pukul 9 lah orang keluar. Balik sebelum 10 malam. Kalau kau balik selepas daripada itu, silalah bayar saman RM50 ya. 

Kau boleh naik grab, maxim atau bas rapid. 

13. Ada mesin ATM tak?
Alhamdulillah ada satu. Sedih kan? Satu mesin nak tampung semua student dan staff. Maka banyak kali lah rosak atau duit dalam mesin habis. Aku harap time korang dah ada lebih dari satu lah. Sakitttt



ni jelah yang aku boleh fikirkan soalan-soalan yang mungkin diajukan. Kalau ada apa-apa soalan boleh comment dekat bawah or email me okay. By the way, kalau korang nak tengok suasana di CFS IIUM ni macam mana boleh tekan link ni https://www.youtube.com/watch?v=MrQayPCAGP4. That's my personal vlog about 'Life in CFS IIUM'. Dalam tu ada aku tunjuk kelas macam mana, koperasi, cafe and macam-macam lagi. so korang kena tengok!

Sampai di sini sahaja, bye. 



Share
Tweet
Pin
Share
29 comments
Newer Posts
Older Posts

ABOUT ME

Hello there. Welcome to the blog! I am a final year finance student from a public university in Malaysia and have a huge enthusiasm of sharing random things to the public.

MY WISHLIST

Dean's List Foundation
New phone
Umrah/Haji
Own Car
Own House

Categories

  • Food Review
  • Ghost Story
  • IIUM
  • Islam talk
  • KISAS
  • Movie Review
  • Positive Vibes
  • Puisi tepi jalan
  • Random
  • Tips
  • Tutorial

Blog Archive

  • October 2021 (1)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (1)
  • May 2021 (2)
  • February 2021 (4)
  • January 2021 (1)
  • December 2020 (2)
  • November 2020 (1)
  • October 2020 (1)
  • August 2020 (2)
  • July 2020 (2)
  • June 2020 (1)
  • April 2020 (2)
  • February 2020 (1)
  • January 2020 (7)
  • December 2019 (1)
  • November 2019 (2)
  • October 2019 (3)
  • June 2019 (1)
  • May 2019 (2)
  • April 2019 (1)
  • March 2019 (4)
  • February 2019 (3)
  • January 2019 (4)
  • December 2018 (7)
  • September 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • April 2018 (4)
  • March 2018 (1)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (1)
  • November 2017 (1)
  • October 2017 (2)
  • September 2017 (4)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (2)
  • June 2017 (5)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (1)
  • January 2017 (2)
  • December 2016 (2)
  • November 2016 (3)
  • October 2016 (1)
  • September 2016 (1)
  • August 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (1)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (2)
  • April 2015 (1)
  • January 2015 (1)

My Blog List

  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Kacau Bubur Asyura Di Masjid Kampung Naim
  • Jurnal Shikin Razali
    Video Menarik! Aktiviti Membaca Bersama Warga Bomba Kini Di Youtube
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    A Love Letter to My Blog: Goodbye, for Now
  • thesuraya
    Separuh Takdirku Ada Kamu by Ezza Mysara
  • Travelog Syuhada Salleh
    WHY Froyo
  • Jari Jemari Menari
    Shopee 6.6 Jualan Lagi Murah: Diskaun Sehingga 66% Untuk Keperluan Harian
  • kisah aienienka
    2024 will end too....
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Alien Oren
    Movie Review: The Pope's Exorcist
  • Naimy
    Pentingnya belanja bulanan bagi seorang isteri dan mak.
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.

Kontraktor Ubahsuai Rumah

Related image
Kontraktor Ubahsuai Rumah

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates