ABOUT ME
google
Nama diberi, Naseha Syahira yang bermaksud Nasihat Termasyhur. Ya, itu jugalah nama blog yang awak sedang baca ni. Sebab tak tahu nak bagi nama apa, aku letaklah maksud nama sendiri. Hehe.
Takde apa yang menarik sebenarnya tentang seketul Naseha ini.
Aku hanyalah seorang pelajar universiti yang masih biasa-biasa sahaja. Kenapa masih? Sebab aku ada impian untuk menjadi seorang yang hebat seperti seseorang yang aku sangat kagumi. Aku meneruskan pelajaran dalam course Economics and Science Managements di Pusat Asasi UIAM. Sekarang ni aku sedang menunggu offer letter dari pihak universiti yang akan tertulisnya course yang akan aku teruskan di peringkat Degree nanti.
Pengalaman dalam blogging ni bermula sejak Darjah 6, bila cikgu aku ajak aku join pertandingan membangunkan website berkaitan pelajaran. Disebabkan masih mentah, pasal blog pon tak pernah dengar lagikan nak buat penulisan yang menarik, aku tak menang. Hahaha. Tapi sejak dari itu, aku teruskan berblogging sehingga ke harini. Alhamdulillah, aku sudah ada pengalaman bekerjasama dengan beberapa syarikat untuk mempromosikan service mereka. 😊Tak pernah sangka aku akan sampai ke tahap ini. Sedangkan, aku hanya berblog atas dasar suka-suka.
PERSONAL INTEREST.
Aku suka muzik. Spesifiknya, aku suka main alat muzik. Aku bolehlah juga menyanyi walaupun tak hebat mana. Sebab tu aku lebih suka main alat muzik. Menyanyi ni penat. Hahahaha. Masa aku 4 tahun, ayah aku belikan aku set drum untuk budak-budak. Lepastu dia bawa aku pergi jamming dengan kawan-kawan dia. Hahaha. Masa 7 tahun pula aku dah naik stage. Menyanyi lagu Mila, Ku Tahu. Sejak aku nyanyi masa 7 tahun tulah, setiap tahun aku naik pentas buat persembahan. Menyanyilah, main alat muziklah, menarilah. Sampaikan ada seorang cikgu aku ni tegur, "tak habis-habis muka kau! Cuba bagi budak lain pula naik pentas". Aku agak terasa juga sebenarnya. Tapi nak buat macam mana, bukan aku yang terhegeh-hegeh. Cikgu lain yang suruh. 😂
Zaman kegemilangan aku memang masa sekolah rendah lah. Walaupun aku tak active sukan sangat macam orang lain, aku selalu naik pentas. Kalau bukan persembahan pon, naik sebab ambik hadiah kecemerlangan dalam pelajaran. Alhamdulillah. Bila masuk sekolah menengah, hidup aku tak macam dulu. Aku ialah orang-orang yang tak dikenali. Mungkin orang tak sedar pon kewujudan aku. Orang kenal pon mungkin sebab gossip liar manusia. Haish, sabar jelah.
Itulah dia, serba sedikit tentang seketul Naseha. Tujuan utama aku berblogging ialah untuk berkongsi pengalaman, ilmu atau apa-apa sahaja yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca. Baiklah, terima kasih kerana sudi membaca dan follow blog saya yang tak seberapa ini.
.
.