TB Miracles moment!
ASSALAMUALAIKUM
godek sana godek sini, akhirnya jumpa juga bahan nak cerita apa. huhu.. btw, masih ingat tentang syarahan? Nas jadi wakil firqah (rumah sukan) untuk acara Syarahan bahasa melayu. Tahun lepas pun sama.. Nak jadi wakil sekolah tu macam bermimpi jelah kan? *Tapi hati ni meronta-ronta nak!!*
Okey, nak dijadikan cerita pesaing tahun ini sangat hebat berbanding tahun lepas. Semuanya memang berbakat and petah dalam berkata-kata. Kalau tahun lepas seorang je.. eceh! Ingat lagi tak kes Nas tak puas hati dengan seorang budak yang katanya dia mendapat sokongan yang jitu! daripada cikgu? Plus cikgu yang bagi dia teks syarahan. Tapi sebenarnya benda tu tak betul pun.. Nas pun pelik macam mana boleh jadi macam tu. Padahal dia sendiri yang bagitahu orang macam tu? okey, takpe lupakan.. dah maafkan dah pun.
Tibalah hari pertandingan. Budak tu sakit tekak. Tiba-tiba hati ni rasa kesian pula. Terdetik pula macam mana kalau aku kat tempat dia? Dahlah dia tu bersemangat gile! Nas semangat sikittt je.. hehe..
Pertandingan dimulakan dengan cabut undian. Nas orang terakhir cabut. Memang nampak macam kau dapat apa pun ni memang takdir kaulah... Tup tup! Dapat undian ke 2. Alhamdulillah.. Budak tu no 1. Menangis-nangis dia. Tapi apa yang hebatnya, dekat depan nampaklah dia yakin! Gaya dah hebat.. semua hebatlah! Nas yang tengok pun berdebar..
bagi support untuk diri sendiri. huhu |
Tibalah giliran Nas.. sumpah takooottt time tu. Tapi hati ni tak henti-henti bisik kau boleh! kau boleh! Nas hebat! *sori puji diri sendiri.. ini cara Nas meningkatkan keyakinan diri. ehehe* Akhirnya Nas pun bersyarahlah kat depan tu. Mula-mula fikir ok tau, last-last ada satu maksud ayat quran tu salah. Nas dah fikir, aih... kalahlah camni! Jadi, daripada awal sampai akhir Nas dok tersengih-sengih.. sebab time bersyarahan dah berangan kalah. *pelikkan? lol*
before bersyarahan.. berdebar tak terkata beb! |
Tibalah masa penyampaian hadiah. Waktu tu, Nas fikir Nas dapat no 3 atau 4. Dalam hati ni redha jelah. Nas pun dengar dengan penuh debaran!
"Tempat ke 4 dimenangi oleh firqah.... TORIQ IBN ZIYAD!!"
Toriq?! I thought she would be the 1st place!! alright 3rd place.. it must be me! *dengan perasaan yang masih kecewa*
"Tempat ke 3 dimenangi oleh firqah... SALAHUDIN AL-AYUBI!!"
What seriously?!! I can't believe it!! time ni Nas punya rasa nak dapat no 1 tu dah bergunung-gunung! Rasa pelik pun ada gak, asal boleh dapat no tinggi-tinggi ni? Kawan-kawan semua dah cakap aku tahu kau boleh buat! lah ape benda bagai..
"Tempat ke 2 dirangkul oleh firqah...."
Time ni hati berdebar cam nak meletup dah.. Hati cakap tolong jangan aku! Ceh, baru sekarang berharap nak no 1 kan? haha.. Tapi apakan daya? Nas lah pemenang tempat ke 2... Berhuhuhulah engkau!
"SALMAN AL FARISI!!"
Nas pun naik pentas ambik hadiah. Gembira gaklah time tu bila disorak kan? *ceh! bukan kau sorang! hehe..*
"Tak lain tak bukan, tempat pertama dirangkul oleh firqah KHALID AL WALID!!"
bergema satu dewan beb bila khalid menang.. wuishhh.. gilo! tapi tak mengapa.. juara keseluruhan masih SALMAN AL-FARISI!
Itulah ceritanya. Miracles kau tahu! Bila kau buat benda tak betul dan kau tengok orang lain buat gempak gila tapi kau yang dapat no tinggi-tinggi! Tapi ada satu benda je terkilan sikit. Haritu cikgu ada panggil pemenang syarahan tempat pertama dan kedua untuk tentukan wakil. Tapi at the end, yang dapat tempat ke tiga which means budak tu.. ok, sumpahh sedihhh! Tapi salah Nas juga, lambat membuat keputusan. Patutnya Nas grab je peluang depan mata!!
p/s: thanks bagi yang membaca entry membosankan ini. Dan jangan lupa doakan Nas jadi wakil sekolah untuk tahun depan! hehe..
1 comments
ruginya tak grab chance jadi wakil sekolah
ReplyDelete