Assalamualaikum
Alhamdulillah, praises to Allah for giving me this opportunity to share what I've been through along this last semester. I think this is something that very important and you guys can get something good from today sharing. And yes! I had finished my foundation!
Dalam posting sebelum ni, aku ada bercakap serba sedikit tentang semester terakhir ini. Jadi dalam posting kali ini, aku nak bercakap dengan lebih details. Supaya korang semua boleh faham apa sebenarnya yang berlaku, dan apa yang kami lalui.
Post Malone |
Sebelum MCO diimplementasikan, kami pelajar asasi tengah cuti pertengahan semester. Belum pun habis cuti semester, tiba-tiba MCO dah dijalankan. Jadi kami pun cuti lah macam orang lain. Alhamdulillah, kebanyakan dari kami tidak terkandas di kampus. Cuma students daripada Sabah dan Sarawak lah yang ada terkandas di kampus, sebab pada asalnya, cuti tu sekejap je. Seminggu kalau tak silap. Ikutkan, sebelum Hari Raya Aidilfitri haritu lagi kitorang dah graduate. Tapi terpaksa dianjak disebabkan MCO.
Dipendekkan cerita, pihak universiti pun membuat keputusan untuk teruskan sesi pembelajaran melalui e-learning. Semestinya semua students ada masalah masing-masing bila cara pembelajaran atas talian ni diimplementasikan. Dari masalah gadget, internet connection, buta IT dan masalah peribadi yang lain. Hendak tak hendak, itu sahajalah piihan yang ada. Aku ingat lagi, ada seorang kawan aku hadir sesi temuduga online untuk apply course degree bawah pokok, sebab dekat situ je internet okay.
********
Beberapa hari berlalu, kitorang dah mula adapt dengan cara pembelajaran atas talian. Tapi, hati masih lebih suka dengan pembelajaran dalam kelas, face-to-face dengan lecturer. Masalah aku bila e-learning ni, aku mudah terganggu, distracted. Semangat belajar pon lain daripada di kampus. Lepastu tengah-tengah online class tiba-tiba takde suara lah, lag lah, terkeluar teruslah, internet tak okaylah. Dekat situ pon dah ada banyak masalah kan? Sekarang, masalah lebih besar muncul...
I don't know who's the owner but my friends shared this on their status Whatsapp |
Finish off the two-month job in one month! Orang kata ambik asasi ni belajar laju betul tak? Sekarang cuba bayang yang dah sedia laju, dilajukan lagi sampai kerja dua bulan jadi sebulan! Double tau! Hujung minggu pon ada kelas! Kitorang punya life, bangun pagi terus hadap laptop, hadap buku. Dalam mimpi pun asyik terbayang kerja-kerja yang menggunung dan bertimbun. Tak cakap lagi due date assignments, quizzes, tests, projects yang dekat-dekat semua. Harini hantar satu assignment, esok hantar assignment lain. Itu pun ada jugak tarikh-tarikh yang overlap dengan assessment lain.
Jadual tidur tak payah cakaplah. Ada yang tak tidur langsung. Kesihatan mental? Hmm Tak terfikirkah mereka apa yang akan jadi bila keputusan untuk pendekkan sem ni akan memberikan kesan terhadap kesihatan mental kami? Tak perlu pergi jauh. Tengok lecturer sahaja dah cukup.
Berapa banyak kali lecturer terpaksa tukar dateline disebabkan tarikh overlap dengan subject lain? Nak mengajar pon terpaksa laju-laju. Belajar apa macam ni, kalau tergocoh-gocoh? Kami nak pegang asas pon masih belum kukuh, sudah diberi ilmu yang lain. Kamu rasa apa yang akan jadi? Even one of my lecturer terpaksa buat extra class masa hujung minggu sebab tak cukup masa nak habiskan syllabus! Kitorang belajar tajuk integration in one week tau! One week yang dicampur kena fikir pasal assessment, homework subject-subject lain juga.
Menangis? Tak perlu cakap pun dah boleh teka. Ramai menangis disebabkan stress yang melampau. Kami nak jadikan semester terakhir ni dapatlah result yang cemerlang. Tapi keadaan dah jadi macam ni, belajar pon belum cukup faham terus dah ada test, quizzes. Agak-agak boleh score sebaiknya kah? Nak kami sacrifice apa lagi? Tidur dah sacrifice. Masa dengan family pon dah sacrifice. Almost 24 hours ye aku menghadap kerja sahaja. Haritu sampai terfikir tak nak tidur langsung. Tapi aku tak buatlah sebab belajar pon tak masuk baik aku tidur. HAHAHA
In summary, I really think that the decision of shortening this semester is not a good idea. Many innocent students and even staff are having a tough time with time constraints due to this poor management. I really don't understand why they have to do such decision. Does the impact of not shortening the semester is greater than our mental health? Does it means that it's okay if we're depressed, stressed out or might think about "mati jelah lagi baik"? I really want to know why.
This semester is already ended. All I can say is I don't really care about my results anymore because I know that the results would not turn out to be good just like I wanted. Finishing this chaotic semester is already a blessing. Actually, I do know that no matter what, we will be able to complete our assessments. It just that when we talk about the quality of our projects, for example, it won't be that good. Apa sahaja keputusan yang akan keluar nanti, aku redha je.
One of my lecturer advised us, "When you finally work one day, PLEASE, your delay/mismanagement of work can totally affect hundreds or thousands of staffs/people under you. When you have power and discretion, use it wisely."
The main point of this post is to show that their management does affect us. 'Orang bawahan ni.' Aku bukan nak kutuk, but I want this to be a lesson for us when we have power and discretion, use it wisely. Just like what my lecturer said. Sebab we never know that the impact could be very-very bad to the staffs or orang-orang dekat bawah ni. Kita kena fikir lebih jauh dan selidik apa impak yang mungkin akan terjadi kalau sesuatu keputusan itu dibuat.