Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Contact
    • Twitter
    • Instagram
    • gmail
  • Tutorial
  • Tips
facebook twitter instagram Email

NASEHA SYAHIRA

Assalamualaikum silent readers *heart


Gais, aku baru sedar yang 2018 dah nak berakhir dah. Aku rasa aku baru je beberapa hari dekat rumah ni. tsk tsk... Jadi, untuk mengakhiri tahun 2018 kita ini, aku nak tanya beberapa soalan dekat diri aku just for a reflection what had I've gone through for THIS WHOLE MESSY MADNESS EPIC YEAR IN 2018. Tapi sebelum kita jawab 6 soalan tu, feel free to all the bloggers siapa yang tiba-tiba masuk pintu ke mana shaja dan tersadai di sini, why don't you guys ask yourself this 6 questions and share to all of us? Kalau korang buat, comment kat bawah tau. Nak tahu juga en life korang. ehee




1) Was I happy?

Aku tak nafikan setiap tahun itu ada duri dan bahagia yang aku rasa dalam tahun ni. Permulaan tahun aku tak berapa indah because something bad happened. Lots of tears and hatred. Tapi dalam kesakitan tu, ada bahagia sebab aku dah jumpa seseorang yang sentiasa ada untuk aku. Sentiasa ada bila aku susah, perlukan seseorang, kalau aku kata aku nak sendiri pun dia tak tinggalkan aku, dia stay and pujuk. Well, tak nak tipu yang aku memang nak dipujuk walaupun kata nak sendiri. ahahaha Girls problemo. I don't know why. haha. Tapi tulah, aku kata aku benci dia dulu. hahaha.. Now, dia ialah someone so important to me. 

Then pertengahan tahun agak mencabar, dengan periksa, depression yang aku rasa, stress, kena caci, maki dengan orang depan MUKA aku sendiri (sumpah takde adab doh.) Ada masalah dengan pimpinan bawah aku, my jobs, my teachers and fellow friends. Banyak masalah aku tahun ni. So, bila sampai akhir tahun, aku dah mula rasa bahagialah juga. Manusia-manusia mulut jalang dah tak cakap pasal aku, cikgu er.. entahlah. Tapi dah bahagia sikit sebab aku dah tak pressure sangat dengan effect yang 'something bad happened' tu. (yeah, effect dia sampai hujung tahun kot. sebab tu aku sampai kata benci dia. haha my life was miserable okay!!) 

Kesimpulannya, I'm not that happy for this year, but I learned a lot. Alhamdulillah, sebab semua tu jadikan aku manusia yang lebih baik and tabah dalam apa pun ujian yang Allah nak bagi. Tapi aku tak nafikan ada juga memori-memori bahagia yang aku cipta dengan orang-orang yang aku sayang. Thank you for you guys yang dah menceriakan hidup aku tahun ni. Especially for my family, my bestriends HANANIQA and of course you, my 'someone so important' that I used to hate you a lot. hehe

2) Did I live in peace?

Before this tak. Sebab aku bengang dengan orang yang cakap buruk pasal aku. Acting like she knows everything but she's not! Aku menyampah gila dengan orang-orang tu semua. Everytime I saw them, I would wear this smiling mask on my face. Sebab aku fikir, biarlah aku layan dia baik jangan aku layan diorang macam sampah sama macam diorang layan aku. Itu hanya akan buat aku nampak sama je macam dorang dan aku tak nak tu. Tapi dah hujung-hujung ni, aku dah tak rasa apa. Dah maafkan semua. Aku sangat harap takkan bercambah semula rasa tu. As long as you stay out of life, I'll be just fine. Jangan kau mulakan api tu balik sudah. 

3) Did I extend kindness?

Aku baik sangat. Korang jangan baik sangat tau takut kena game atau dipergunakan. The fact is aku tak rasa pun aku baik sangat tapi ada orang kata aku baik sangat. Aku perasan satu benda je, aku suka sacrifice diri aku untuk orang lain. As long as I can help them, it's a good thing. Aku tak nampak pun silapnya di mana? Tapi ada sebenarnya dan pengakhirannya aku akan sakit sendiri. Aku dah sedar benda tu tapi untuk ubah benda tu bukan senang untuk aku. You know, bila benda tu macam memang diri kau macam tu? Aku tak tahu nak buat macam mana. 

refreshment I could say? credit to google


4) Did I live in the present moment?

Aku tak rasa macam tu. Tahun ni aku banyak berfikir tentang masa hadapan aku. Aku terlalu risaukan masa hadapan aku, what is the ending?? Aku fikir terlalu banyak dan terlalu risau sampai banyak air mata yang aku dah bazirkan untuk benda-benda yang tak pasti. So, haritu aku buat self-motivation and I hope that I can use it for next year to overcome this problem. Harapnyalah.

It's really important to live in the moment supaya takde penyesalan nanti. 

5) Did I take time for myself?

Nope. Tapi bila nak dekat akhir tahun aku dah mula belajar untuk sayang diri aku. Aku tak push diri aku teruk-teruk lagi. Luckily aku jumpa "someone so important" aku tu. Dialah yang bagi nasihat dan dorongan untuk aku keluar daripada dunia aku yang teruk tu. So, I really hope that next year, aku akan kekal macam ni. Sayang diri aku lebih lagi.

6) Did I accomplish at least one goal?

Alhamdulillah yes. Salah satunya ialah aku nak laptop aku sendiri. Aku plan nak beli sendiri je sebenarnya tapi sebab masa awal tahun tu ada kem yang memerlukan aku menggunakan laptop so, my father bought it for me! hehe..




Alhamdulillah dah habis gais!! Aku mengambil masa 2 hari untuk menjawab 6 soalan simple ni sebab aku selalu dihipnosis oleh video-video youtube haaha. Jadi itulah sedikit sebanyak throwback kisah hidup duka lara bahagia sendu aku tahun ni. So, how about you?


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum semua.

To be honest, daripada 2 hari yang lepas aku nak tulis entry ni tapi mood aku tak stabil. Jadi, aku bukanlah seorang penulis yang hanya menulis. Aku sertakan emosi dalam penulisan aku supaya yang membaca (koranglah tu) dapat sampai kat hati korang. Kalau tak sampai tu macam waste of time lagi-lagi benda yang memotivasikan macam entri kali ni. ehee

Haritu, aku bukak instagram. Lepastu aku tengok story sorang junior aku ni. Aku tak tahu kenapa dengan dia tapi story dia tu ada unsur 'darkness' which is something bad happened to her emotion. Dia rasa macam dia tu teruk. Haritu pun aku ada janji kat korang nak bagi pesanan dekat junior aku so, yeah. 

PRESSURE

Untuk kali ni aku nak bercerita tentang pressure dalam pelajaran. 

Aku ada berborak dengan beberapa junior aku and kebanyakannya stress dengan study. Dia gagal, result jatuh teruk dll. Percayalah, daripada kali pertama aku dekat sekolah tu, result aku setiap peperiksaan jatuh. Kalau ada graf, memang menurun. Tak menaik pun. Sampailah trial SPM, alhamdulillah naik. Semuanya disebabkan oleh beberapa benda yang sebelum ni aku lupa untuk buat. Sedangkan aku makin hari makin kuat study. Tapi kenapa jadi macamtu?

Sampai satu tahap aku cakap, "oh, mungkin kena usaha sampai mati baru berjaya kot? Apa function aku stay up 2-3 pagi tapi result aku tak naik pun?!" Aku makin stress. Aku ambik caffeine untuk stay up. Ada sekali aku tak tidur langsung sebab study edmet. Sedangkan aku kat rumah waktu tu. Kat rumah pun aku hadap buku je. Aku berkurung kat bilik sampai kakak aku salah faham pergi jaja fitnah dekat status dia. (Auch, sakitnya bila ingat balik HUHU) 

Dekat asrama aku jarang masuk dorm sebab aku study kat bilik study. Bilik study tu dah macam rumah aku. 24 hours aku dengan buku tapi result jatuh je sepanjang aku kat sekolah. Kau rasa? Mana tak stress? Dengan jadual padat gila macam nak bunuh budak. Aku buat semua benda ni sampai aku sakit. Kepala aku sakit. Aku selalu pening. Kadang ada rasa nak rebah sebab sakit sangat. 



Satu hari, ada sorang cikgu datang jumpa aku. Dia tahu aku stress study sebab aku ada cerita dekat journal yang kena hantar dekat cikgu. Dia cakap macam ni,

Kalau awak dah buat yang terbaik, tak perlu ada penyesalan dalam apa yang awak dapat. Tak semua orang pandai dalam pelajaran. If you're not good in studies, maybe you're good in something else? 

Cikgu cakap dalam bahasa inggeris. Tapi aku tak reti grammar sangat buat malu je. hahah... Tapi itu apa yang dia cakap dekat aku.

Kalau kau percaya bahawa tuhan itu maha mengetahui, kau takkan rasa sedih atau tertekan dengan apa yang kau dapat. Apa yang kau capai sekarang ni, baik atau teruk, semuanya daripada Allah. Dan kedua-duanya ialah satu ujian. Kau kena percaya, bahawa semua benda yang Allah berikan dekat kau sekarang ni, ialah yang terbaik untuk kau. Semua ni ialah rahsia Allah. Mungkin kau tak nampak hikmahnya sekarang, mungkin nanti. But He know's better.
credit to pakcik gugel


 HAVE FAITH

Aku perasan satu benda yang aku hilang bila aku belajar dekat sekolah tu. Aku lupa untuk bersyukur dekat Allah. Aku lupa untuk redha dengan ketentuan Allah, aku lupa untuk percaya bahawa Allah pemberi segalanya dan aku lupa bahawa apa yang aku doakan selama ini. Apa yang aku doakan hanya pada bibir, hakikatnya aku tak redha dengan apa yang telah Allah bagi dekat aku.

Korang kena percaya dekat Allah yang dia tu berkuasa untuk segalanya. Kalau korang tak percaya dekat Allah, macam mana Allah nak bantu? Maksud percaya tu macam ni.

Sekarang dah malam dan korang tahu sekarang ialah waktu untuk korang rehat, otak korang rehat. But you choose to stay up and study. Sebab korang takut. Korang banyak lagi tak revise chapter-chapter penting. Percaya cakap aku, korang memang takkan habis pun nak study! Mungkin ada segelintir tapi selalunya tak. Jangan ambik hak badan korang untuk rehat. Allah pun suruh kita jaga badan kita elok-elok sebab ini semua hanyalah pinjaman. 
Kalau betul korang percaya dekat Allah, korang akan tunaikan hak badan korang. Anggaplah itu sahaja yang allah bagi kesempatan untuk korang study. Selebihnya biar Allah yang tentukan.
Tidur awal, bangun awal. Cara itu kau takkan menzalimi diri korang! 

Percayalah, benda ni sebenarnya akan buat korang lagi tenang dalam hidup korang sebagai seorang pelajar. Aku faham. Cikgu pressure korang. Marah itu ini. Tengok kejayaan orang lain, rasa diri tu bodoh sangat. Alah, uselessnya aku!! JANGAN. Jangan sesekali kau bandingkan diri kau dengan orang lain. Sebab semua orang ada kelebihannya yang tersendiri. Ingat apa yang cikgu aku cakap sebelum ni. Pergi scroll atas balik! 

Takpelah, result tu bukan apa sangat. Tapi of courselah kita nak banggakan mak ayah and diri sendiri. Ni bukan bongkak eh. Kang ada cakap "kita tak boleh nak berbangga diri! Berdosa!" hmmm.. Usaha yang termampu, tapi jangan sampai makan diri. Tunaikan apa yang badan kau perlu. Bila rehat kau rehat. Bila dah tak boleh nak hadam pergi main. Pergilah membawang. Tak pun tukar cara study pula. Tak payah nak paksa-paksa. Bukan masuk pun. Belajar kena enjoy.

Haa ni satu lagi benda. Tak payah bandingkan periksa kau sekarang, dengan periksa-periksa sebelum ni. Ujian bulan 1 sama ke dengan pertengahan? Pertengahan dengan akhir tahun tu sama ke? Setiap peperiksaan tu kau belajar makin banyak. Chapter kau kena hadam tu lagi banyak. So, tak payahlah nak sendu sangat dengan result korang. Tapi mana-mana soalan yang sama tu kau salah juga itulah yang kau kena perbetulkan.

Masa singkat tapi masih sempat.

Okaylah dah banyak sangat bebel. Semoga kau tak stress lagi eh. Enjoy je. Aku apply semua benda nilah yang result aku naik masa trial. Tak tahulah sebab ni ke apa. Tapi yang pasti aku dah tak sakit dah. Aku lagi happy and tenang bila belajar. Pressure yang cikgu bagi tu semua aku buang letak tepi. Buat bodoh je. Hapuskan semua benda yang akan berikan kau tekanan.

Goodlucklah korang. Aku doakan Allah beri yang terbaik untuk korang dalam SPM nanti. Ingat, terbaik tak bermakna straight A's. Allah knows better.


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum

Masih lagi segar dalam ingatan aku. Aku terjaga jam 6:30 pagi bila tiba-tiba mama buka pintu bilik aku. Aku memang mudah terjaga orangnya. Aku pandang mama, mama pandang aku dan cakap,

"Sya, jom balik kemas barang. Kita balik kampung. Atuk sakit" 

sendu. Suara mama macam nak nangis. 

Aku dah sedia maklum minggu tu akan balik kampung untuk sambut kepulangan atuk aku daripada umrah. Plan asal hari jumaat baru kitaorang akan gerak. Tapi apabila mendengarkan khabar tentang atuk aku dimasukkan ke wad icu, kami sekeluarga ambil keputusan untuk balik pada hari itu juga (khamis).

Malam sebelum tu, aku baca whatsapp family besar aku. Katanya atuk demam malam tu. Entah kenapa entah waktu tu aku rasa atuk aku dah tak lama. Aku tepis je rasa tu sebab belum apa-apa lagi dah fikir bukan-bukan. Aku tidur je sampailah pagi tu yang mak aku kejut aku tu.

Sampai sahaja Johor, kitaorang terus pergi ke Hospital Sultanah Aminah. Jam 4:30 petang baru kitaorang dibenarkan melawat. Aku masuk dan menjenguk atuk. Atuk seorang je dalam wad icu tu yang dalam bilik. Atuk kena kuarantin sebab takut ada virus yang boleh berjangkit. Saudara-saudara aku kata, kalau doktor nak masuk pun dia akan pakai pakaian khas. Atuk kena masuk tiub pernafasan daripada mulut. Katanya kena jangkitan pada paru-paru tapi masih tidak dapat dipastikan samada virus atau bakteria.

Dalam perjalanan nak ke Johor tu jantung atuk berhenti sekali. Alhamdulillah, allah panjangkan umur atuk lagi. Aku sempat tatap atuk walaupun daripada tingkap kaca sahaja. Aku statik. Aku rasa aku nak tatap je atuk aku lama-lama. Walaupun aku tahu atuk aku akan kekal statik tak bergerak. Aku nak tengok atuk aku puas-puas. 

Keesokan paginya, hari jumaat 14 Disember 2018. Aku tengah melepak dekat ruang tamu. Tengok whatsapp big family aku nak tahu perkembangan atuk. Tiba-tiba nampak satu whatsapp daripada pakcik aku yang dekat hospital.

" jantung dah berhenti. Datanglah siapa free"

Aku terkaku. Macam tak percaya. Tapi masih ada harapan yang aku letakkan. Mama kat luar waktu tu. Aku tak dengar sangat apa yang mak aku cakap dengan papa. Mama masuk suruh aku siap-siap untuk ke hospital. Aku masuk bilik untuk cari baju yang nak dipakai. Tengah cari-cari tiba-tiba nenek aku masuk bilik tu sebab almari nenek aku memang kat situ.

"Ya allah, aku kuat ya allah. Aku kuat!" Nenek aku urut-urut dada dia. Aku pergi kat nenek aku dan usap belakang badan dia. Aku tak tahu nak buat apa.

Aku lari balik dekat ruang tamu aku, nak ambik fon. Nak tengok perkembangan atuk aku. 

"Doc nk Cuba lagi 5 mnt"
"Ya allah..."
"otw"
"Moga x ada apa yg buruk"

"Allah dh xde"

Kaku. Aku macam tak percaya. Betul ke? Tiba-tiba aku dengar suara nenek aku menangis dekat dapur. Aku berlari anak ke dapur. Aku nampak nenek aku dalam dakapan pakcik aku. Dua-dua menangis. Tanpa aku sedar, air mata aku pun tumpah juga. Mama keluar dari tandas dengan tangisan. Aku tekup mulut aku. Sebaknya hati ini allah je yang tahu. Adik aku datang dan berdiri sebelah aku. Tanya kenapa, aku diam. Tak mampu aku nak cakap apa-apa.


Urusan atuk semuanya dipermudahkan. Mandi dan kafan semuanya dibuat di hospital. Jenazah sampai di rumah untuk disolatkan. Selesai sahaja solat, anak-anak atuk diberi kesempatan untuk kucup arwah atuk buat kali yang terakhir. Aku takde rezeki nak cium atuk untuk kali terakhir sebab aku kat luar rumah. Lepas tu terus dikebumikan.

Pakcik aku kata arwah tersenyum. Mama kata atuk berbau harum dan tenang rasanya. Masa dikebumikan angin bertiup lembut je. Hujan mula turun renyai. Sebaik sahaja selesai dikebumikan dan hendak ditalkinkan, hujan mula turun.

Atuk pergi pada pagi jumaat 14 Disember 2018 pada jam 10:18 pagi. Pada penghulu segala hari. Atuk pergi selepas pulang daripada umrah. Sewaktu dirinya masih suci. Alhamdulillah. Aku tak perlukan tangisan untuk pemergian atuk yang indah ini. Semoga arwah atuk ditempatkan di kalangan para solihin.

Setiap yang hidup akan merasa mati. Kematian itu mengajar kita bahawa hidup ini tujuannya ialah untuk mencapai redha allah. Bukan mengumpul kekayaan dunia semata. Sesungguhnya penyakit yang paling berbahaya di dunia ini ialah penyakit 'nahwan'. Penyakit cintakan dunia.

Semoga kematian kita berada dalam husnul khatimah. Aamiin. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hello, Assalamualaikum.

Hari ni aku rasa productive walaupun bangun lewat. Ahahaha.. Aku bangun pukul 8:45 pagi tapi dah subuh lah. Aku tidur balik. Aku rasa productive sebab aku baru je lepas workout setelah sekian lama. Aku tulis entry ni pun aku tak mandi lagi. (Ah, teruknya) So, lepas ni aku nak pergi MANDEYYYYY...



 So, hari ni aku nak join satu segmen bloglist "The little Fella's". Comel en nama dia? Tapi aku tak faham pun sebenarnya fella's tu apa. er.. hehe. So guys, bloglist ni untuk 5 bulan tau gais. 5 BULAN hokey. Starting from Jan 2019 - Mei 2019. Korang boleh pakat-pakat nak join sebab penyertaan hanya dibuka sehingga 31 Disember 2018. Untuk syarat-syaratnya sangatlah simple. Aku malas nak tulis, jadi korang tekanlah banner kat atas tu okay. 




Aku nak buat satu entry khas untuk arwah atuk aku yang baru sahaja meninggal hari jumaat yang lepas. 14 Disember 2019. Harapnya dapat memberi ibrah pada kita semua yang masih diberi roh dan jasad oleh Allah Azza Wa Jalla. Al-fatihah. 




Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum silent readers.

Aku sebenarnya tengah menghadapi syndrome writer's block sebab aku banyak sangat benda nak cerita dekat korang tapi tak tahu nak cerita apa. Then, I chose to tell you guys about my daily life in KISAS. KISAS tu sekolah bagi yang tak tahu. Aku tak nak buat pengenalan pasal KISAS, you guys boleh tanya pakcik gugel kot? ehee.. (ohhhh, aku sungguh malas. Harap maklum).


FYI, aku cerita kehidupan *banal aku masa form 5 je untuk entri yang ni sebab hidup zaman form 4, dengan form 5, jauh bezanya. Sangat jauh. Adik-adik form 4 boleh baca kot supaya boleh buat persediaan mental dan fizikal. hehe..

IN THE MORNING 

Aku ada alarm clock aku sendiri. Tepat jam 6 pagi aku akan bangun. Before that, kau kejutlah macam mana pun, aku boleh bangun (selalunyalah), tapi aku akan tidur balik. Pukul 6 tu bagi aku sempat je lagi. hahaha.. Budak-budak lain semua rasa itu dah lambat sangat. Bangun-bangun aku terus gi mandi. Kalau baik sikit aku terus pergi musolla untuk solat subuh. 

Lepas solat subuh, form 5 akan buat bacaan yasin ramai-ramai. Sebab aku bangun 'awal', aku skip bacaan tu dan pergi mandi. Sedih gaklah sebab tak dapat join bacaan tu, tapi nak buat macam mana. Badan aku dah diprogramkan macam tu! Dan itu ialah satu mutiara yang aku akan rindukan. So, baby helang sekalian, bangun lagi awal supaya korang dapat join bacaan yasin tu satu batch. Korang akan rasa malas tak terhingga sebab korang akan fikir nak study je dan tak rasa benda tu penting. "Halah, aku boleh baca sendiri". But it's different to be honest. 

Pukul 6:30 aku siap mandi. Siap-siap mekap semua (I mekap tau u'alls kat sekolah. *wink), pukul 6:45 aku sarapan. Aku ni ketua pelajar, kat sekolah lain panggil pengawas sekolah. Jadi kalau aku bertugas pagi tu before 6:30 aku dah terpacak dekat bilik ketua pelajar. Tapi normally macam tulah hidup aku.

Pukul 7 pagi aku akan pergi sekolah. Kalau aku bertugas asrama hari itu, aku akan buat *inspection dorm. Kalau aku bertugas sekolah aku akan pastikan pelajar semua dekat dewan besar atau Center of Excellence dalam keadaan terkawal. Kalau tak pergi jelah perhimpunan harian masuk barisan macam budak-budak yang lain. Habis perhimpunan pergi sekolah dan belajar.

AFTER SCHOOL

Habis sekolah pukul 3:30, but it's normal untuk cikgu drag masa. Lepastu akan ada kelas tambahan wajib. We called it KueTiaW. If you get what I mean. Memang akan ada guys. Tak macam masa form 4 yang macam chipsmore. Dalam jadual asal pukul 4:30 habis, tapi korang akan trapped setengah jam lagi sebelum kau dibenarkan keluar. That's the power of a teacher in KISAS. (ah, sadisnya. huhu) Basically, aku balik pukul 5. 

Balik aku mandi dulu. Pukul 5:30 baru nak solat. Cakaplah apa korang nak cakap. Yang aku pegang asal aku solat dah cukup baik alhamdulillah. 

Masa nak dekat SPM, ada sesetengah kelas yang ada kelas pukul 5 atau 5:30 if I'm not mistaken. So, diorang akan balik untuk solat then pergi kelas tu. Aku tak join kelas tu. So, I'm a bit free lah. Lepas solat dalam 5:45 petang, aku balik dorm and buka buku. Buat homework obviously. Masuk dewan makan pukul 6:15. So, aku cuma ada 30 minit untuk buat homework yang banyak namati.

AT NIGHT

Lepas maghrib berjemaah, form 5 akan bergegas pula untuk prep berfokus. Basically macam kelas malam lah. Ada kelas waktu malam dengan cikgu. 8 malam sampai 10 malam. Kelas malam nilah aku banyak menyimpan rasa tak puas hati, geram dan seumpamanya sebab dia seolah-olah merampas waktu study aku sendiri. But, nak tak nak kena pergi juga. Pukul 10:30 malam dibenarkan masuk asrama. Balik-balik, solat dan sambung study dekat dorm. Itu jelah masanya untuk buat homework yang menggunung! Pukul 12 malam light off.

Aku tak tahulah korang nampak atau tak penat dia tu. Kalau korang perasanlah en, takde istilah rehat pun yang aku guna. Sebab memang tak boleh rehat, Every seconds in my life is like gold. Lantaklah english aku. Buat homework pun boleh sekejap je. Malam tu kau dah penat gila sebab dari pagi kau perah otak but you have no choice melainkan stadi je. Nothing else. Penat do siries.

SATURDAY

Sabtu ada kelas juga. Daripada pukul 8 pagi sampai 12:30 tengahari. Paling nak termuntah kalau haritu ada satu kelas je. 4 jam 30 minit weh hadap benda sama je! Rehat pun sekejap je like 20 minit. Kalau baik sikit 30 minit. Tapi penatlah.

Lepas kelas tu kitaorang freedom untuk buat apa-apa je kitaorang nak. But selalunya memang study jelah. Siapkan homework yang tak siap.

SUNDAY

Ahad lagi best. Mostly takde pape kecuali budak-budak yang diberi perhatian dan kasih sayang lebih oleh cikgu. Ada kelas untuk diaorang. Aku lepak je. hahahaa... Malam tu ada prep daripada pukul 9 malam sampai 11 malam.





Herm, itu jelah kot hidup aku yang membosankan dan menyeksakan dekat sekolah tu lah. hahaha.. Tapi bila nak dekat dengan SPM, banyak sangat kelas yang cikgu akan buat. Korang kena sacrifice cuti korang. Dan yang memenatkannya bukan kelas je. Tapi konflik yang macam-macam korang akan rasa. Konflik dengan kawan, dengan cikgu, pentadbir, diri sendiri. Makin hari korang akan makin pressure dengan semua benda that relates to academic.

Kalau tanya aku, pressure aku disebabkan oleh cikgu-cikgu. Aku tak suka semua ni sebenarnya. Aku tak suka bila cikgu tanya-tanya "kenapa takde sape dapat A+?!" "Tahun ni A sikit je!" "Macam mana boleh salah?! Kan cikgu dah bagitahu bla bla blaaaaaa" AKU BENCI GILA OKAY. Aku selalu diam je dan biar benda tu berlalu macam angin. Sebab bende tu pressure kau tahu tak? Bende tu boleh sebabkan kau salahkan diri kau, kenapa kau bodoh sangat, kenapa aku buat cikgu aku kecewa, aku buat mak ayah aku kecewa, kenapa kawan aku lagi pandai dari aku, kenapa aku dah cuba yang terbaik tapi aku tetap tak dapat result yang gempak,macam mana hidup aku lepas ni,kenapa kenapa dan kenapa?!!

Haihhhh...

Aku nak bagi pesanan dekat bakal-bakal form 5 dekat sana, tapi aku rasa nanti jadi makin panjang entri yang membosankan ni. Jadi nanti aku buat entri khas untuk kecayangan adik-adik di sana *heart

But yeah I guess that's all for this entry. Goodluck for all the SPM candidates 2019. I dedicated this entry for you guys actually. I knew that I'm not a popular senior at KISAS but I just want to help you guys to stay alive there. Because I nearly DIE. hahahaha...


*inspection = periksa semua dorm samada dalam keadaan yang bersih atau kandang kambing. (eh kandang kambing kotor ke??)

* banal = keadaan di mana kehidupan yang kau lalui sama je.



Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Assalamualaikum manusia sekalian.

Aku nak jadikan tu trademark aku boleh ak? pffttt

credit to the owner

Aku sebenarnya tak tahu nak letak gambar apa. Aku letak gambar ni sebab selalunya lepas SPM ramai yang akan hang out dengan kawan-kawan. 

Ok gaiser, entri yang lepas aku ada kata yang aku ada plan beberapa perkara untuk dibuat sepanjang aku bercuti ni. So, for this entry aku akan share dekat korang apa yang aku nak buat. There's no specific timetable or sth. It just a simpe list benda-benda yang aku terfikir nak buat. Aku tak tahulah korang akan terhibur atau tak dengan entri kali ni sebab dia macam personal life hidup aku, takde kena mengena pun dengan hidup korang en. 


THINGS I WANT TO DO AFTER SPM!

  1. New look for my blog
  2. Ambil lesen memandu
  3. Start my healthy life journey
  4. Hang out with HANANIQA (my bestfriend)
  5. Belajar main gitar
  6. Menari banyak-banyak hahahahahaa
  7. Belajar masak (of course nanti takleh kawen uhukuhuk!)
  8. Terlibat dalam sukarelawan or fasilitator
  9. Participate in online international competition
  10. Giveaway blog
  11. Cari scholarship
  12. Kerja
Actually aku ada senarai banyak gila aku tulis before SPM dekat buku nota aku. Tapi haritu aku mengemas so, aku rasa aku dah recycle buku aku tu. Dan sekarang...... aku..... sangat murung. Jadi ini jelah yang aku boleh fikirkan pada jam 1:22 AM . Alkisahnya aku tertidur lepas maghrib sampai pukul 9:45. Tu yang mata segar gila-gila punya! 

Berdasarkan list yang aku buat kat atas tu, banyak jugalah yang aku dah buat. Aku dah tukar design blog aku daripada pink jadi hitam putih yang gojes maveles and sesuai dengan aku yang membosankan ni. Esok pula aku akan keluar dengan kawan aku. Tapi incomplete punya geng huhuuuuu... Aku dah start belajar main gitar. Actually aku dah pernah main gitar. Tapi kali ni belajar main lagu lain pula. 

Kaki aku tengah sakit jadi tak dapat nak menari. uhuhuhuuu.. Yang lain-lain tu tak berjalan lagi. Harapnya dapat capailah hehehe..





Korang lepas SPM buat apa?




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum manusia sekalian.

Bagi yang mengikuti blog aku dah lama, dia sedar lah kot blog aku ni dah berwajah baru. Takde lagi kaler-kaler pink yang feminin dan menggelikan sesetengah orang yang jijik dengan warna pink. Aku tak suka pun warna pink tapi aku pun tak faham kenapa aku kalau design blog aku mesti ada juga warna pink. Kenapa eh??? 

................

so sekarang ni aku tukar jadi warna hitam putih. Kaler yang sangatlah simple and plain just like me. Ye, aku seorang yang sangat simple dan plain dan kebanyakan combination baju aku pun warna hitam dengan putih je. Aku tak pakai mekap, minyak wangi, pelembab bibirlah hape kebenda entah korang yang perempuan ni pakai. Kamus aku cuma ada sunblock Tia Amelia, pencuci muka eversoft dengan bedak compact Pixy. Itu jelah bespreng aku. Tapi lawa je kan? *angkat kening

Disebabkan aku baru tukar design blog aku ni, blog aku ni secara jelasnya aku ambik orang punya template je sebab kalau nak aku buat design coding semua sendiri tu macam tahun depan jah baru nak siap. Aku pula tengah rindu gila nak cakap sorang-sorang dekat blog aku ni en. Nak post dekat blog design yang lama tu tak lalu lah pula. Tu yang aku jenohnya mencari, mengdownload (maaf kerana mencemarkan bahasa melayu) guna template orang. Tapi naise je kan. So, korang jangan nak menggatal tekan-tekan widget kat atas ngan sidebar ni sebab dia tak function pun lagi. Nantilah aku mengf(x)kan bendalah tu. *sape belajar edmet paham kihkihkih

gambar ahli dorm je mampu sebab aku tak bergambar lepas habis SPM


Alhamdulillah, 6 Disember 2018, secara officialnya aku dah habis zaman persekolahan aku, aku dah habis SPM, aku dah jadi helang. Alhamdulillah. Tapi tulah en, aku tak sujud syukur lagi do. uhukuhukuhuk... Nanti aku buat inshaallah. Tapi kalau bersyukur dalam hati je cukup tak? eheeeeee..

Budak sains habis dulu, dan diaorang punya melalak habis SPM sampai asrama dengar. Menjerit teruk gila. Lelaki aku tak kisah sangat, tapi bila perempuan sampai mengilai tu macam....... er... boleh lek kot? Aku dengan geng-geng budak akaun semua tahan je hati yang terbakar sebab jeles tengok kawan-kawan lain semua dah merdeka kitorang belum lagi. Dahlah minoriti!! Sumpah rasa kena sisih!! uhuuhuuuu... Adalah kawan aku yang menangis tengok diorang merdeka dia belum an. Aku pura-pura tak nampak je sebab..... entahlah biar dia tak malu kot.

Tapi aku tak rasa apa. Mula-mula tu adalah rasa macam risaunyalah nak dengar diorang melalak merdeka merdeka semua tu. Tapi meleset rupanya. Aku macam takde perasaan. Lagi takde perasaan bila aku dah habis SPM. Keluar bilik peperiksaan tu semua duk "MERDEKA! MERDEKA!" aku diam dan aku rasa kosong. Aku rasa hilang, aku rasa takde pape. Otak aku pikir mana mak aku je yang tak nampak keretanya. Kenapa tak datang lagi????????! uhuuuuuuuu~~

Aku pun tak tahu nak cerita apa untuk entry merdeka ni. herm...



Aku adalah plan sikit-sikit an nak buat apa. Nanti aku share dekat post seterusnya. Inshaallah. Pastu en, aku terfikir nak buat giveaway kalau ada rezeki lebih ke kan. Selain menaikkan trafik blog dapat juga pahala menggembirakan manusia lain. heheee *nampak niatnya apa di situ. uhuk! Takdelah wey, blog aku ni dah kelam tanpa visithor kau tahu tak? Memanglah aku suka cakap sorang-sorang tapi kalau ada orang sedar kewujudan aku tu better lah en. Takdelah lonely. Dahlah aku tengah rasa lonely ni. uhuhuu








Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

Related image
Full-time student.

If you have something to say to me, you can just contact me through this email or my instagram. Thank you so much! :)

email : naseha.syahira@gmail.com
instagram : @blog.nasihattermasyhur

MY WISHLIST

Dean's List Foundation
New phone
Umrah/Haji
Own Car
Own House

Categories

  • Food Review
  • Ghost Story
  • IIUM
  • Islam talk
  • KISAS
  • Movie Review
  • Positive Vibes
  • Puisi tepi jalan
  • Random
  • Tips
  • Tutorial

Blog Archive

  • October 2021 (1)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (1)
  • May 2021 (2)
  • February 2021 (4)
  • January 2021 (1)
  • December 2020 (2)
  • November 2020 (1)
  • October 2020 (1)
  • August 2020 (2)
  • July 2020 (2)
  • June 2020 (1)
  • April 2020 (2)
  • February 2020 (1)
  • January 2020 (7)
  • December 2019 (1)
  • November 2019 (2)
  • October 2019 (3)
  • June 2019 (1)
  • May 2019 (2)
  • April 2019 (1)
  • March 2019 (4)
  • February 2019 (3)
  • January 2019 (4)
  • December 2018 (7)
  • September 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • April 2018 (4)
  • March 2018 (1)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (1)
  • November 2017 (1)
  • October 2017 (2)
  • September 2017 (4)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (2)
  • June 2017 (5)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (1)
  • January 2017 (2)
  • December 2016 (2)
  • November 2016 (3)
  • October 2016 (1)
  • September 2016 (1)
  • August 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (1)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (2)
  • April 2015 (1)
  • January 2015 (1)

My Blog List

  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Segmen Hello Blogger Jom Blogwalking By MommyLizz
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    The Ultimate Photography Companion: Vivo V27’s IMX766V Sensor and Aura Light Portrait
  • kisah aienienka
    Mee Basah Lejen Tak jadi
  • thesuraya
    Perempuan Yakuza Itu by Zura Rahman
  • Travelog Syuhada Salleh
    Lunch hari ni sebelum start puasa esok
  • Jari Jemari Menari
    5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan
  • Jurnal Shikin Razali
    Wordless Saturday
  • Alien Oren
    Jumaat Terakhir Buat Saudari
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
  • Naimy
    Pentingnya belanja bulanan bagi seorang isteri dan mak.
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.

Kontraktor Ubahsuai Rumah

Related image
Kontraktor Ubahsuai Rumah

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates