Assalamualaikum
Siapa sangka Ramadhan sudah hampir tiba. Aku pasti, kebanyakan daripada kita berhasrat untuk menjadikan bulan yang mulia ini satu titik permulaan untuk mendidik diri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Aku tak tahu kalau korang ada persoalan 'apa ibadah yang aku boleh buat selain berpuasa, solat 5 waktu dan baca Quran?'. Tapi aku, memang terdetik soalan tu.
Nak dijadikan cerita, aku terjumpa satu tweet yang bagitahu perkara yang boleh dibuat selepas solat. Jadi entry kali ini, aku ingin kongsikan.
- Solat Sunat Rawatib sebelum subuh
Solat Sunat sebelum subuh ialah solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain. Kelebihan yang disebutkan di dalam sebuah hadith ialah:-
Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَاMaksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]Antara surah yang disunatkan untuk dibaca ialah Surah Al-Kafirun pada rakaat yang pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.
- Beristighfar sekurang-kurangnya 3 kali.
- Membaca Allahumma ajirna minannar yang bermaksud 'Ya Allah, jauhkanlah aku daripada api neraka' sebanyak 3 kali.
- Membaca Allahumma antassalam wa minkassalam wa ilaika ya'udussalam hayyina rabbana bissalam wa adkhilnal jannata darassalam tabarakta rabbana wa ta'alaita ya zal jalali wal ikram.
- Membaca Al-Fatihah
- Membaca Ayat Kursi
- Berzikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar 33 kali.
- Membaca La ilaha illallahu wahdahu la syarika lah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qadir
- Berdoa
- Membaca Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azim sebanyak 3 kali.
Selesai. Anda dah boleh bangun dan selesaikan urusan harian macam biasa. Kalau ada lebih masa yang terluang, boleh amalkan Al-ma'thurat setiap pagi dan petang serta membaca Quran.
Sama-sama kita cuba jadi baik dan beramal.