Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Contact
    • Twitter
    • Instagram
    • gmail
  • Tutorial
  • Tips
facebook twitter instagram Email

NASEHA SYAHIRA


Tanya aku tentang depresi. Aku mungkin mampu untuk menjawabnya dengan tepat.



Depresi. Satu keadaan di mana seseorang itu mengalami tekanan yang teramat. Rasa berat yang teramat. Rasa pedih dan sakit sehingga tak mampu untuk diri sendiri membendung kesakitan itu. Sakit di hati yang bilamana  memukul diri sendiri itu dapat melegakan sedikit kecamuknya hati. Situasi di mana fikiran serabut dengan pelbagai masalah yang diri sendiri tidak dapat mencari jalan keluarnya daripada neraka emosi. Sampai satu tahap, hanya satu perkara yang pasti dapat menghentikan segala penderaan hati. Mati.

Aku hampir depresi dengan penderaan emosi oleh manusia yang hanya mengejar kejayaan duniawi. Aku nak tanya. Adakah kejayaan itu hanya akan dapat dikecapi dengan 24 jam menghadap buku? Kalau aku, semestinya tidak. Fitrah seorang manusia yang telah allah ciptakan dengan sempurna di dunia. Allah menyatakan di dalam kitab terulung, malam itu allah jadikan bagi manusia untuk berehat. Jadi, persoalannya? Kerana kerahan si ‘malaikat’ dunia, aku terpaksa melawan fitrah seorang manusia. Berjaga malam hanya untuk menjaga hati manusia-manusia pendera yang lain. Aku terpaksa menghancurkan diri sendiri untuk menghiasi bibir manusia kejam yang lain.

Kejayaan itu kerja tuhan samada kita berhak untuk menerimanya atau tidak. Ya, betul semua ini adalah usaha. Ya, allah tidak mengubah manusia itu selagi mana manusia itu tidak mengubah dirinya sendiri. Tapi aku ingin bertanya. Adakah ini sahaja caranya? Menyeksa emosi dan jasad melebihi kemampuan sendiri? Penciptaan manusia itu sangat unik. Setiap satunya ada keistimewaan yang tersendiri. Sama halnya dengan kelemahan. Tak semua orang mampu untuk menghadap situasi yang sama dengan orang lain.

Aku hampir depresi dengan mulut-mulut jalang manusia. Andai aku mempunyai satu kuasa untuk membisukan semua manusia yang jalang, aku pilih untuk buat. Jangan kata ‘buli’ itu sekadar satu penderaan fizikal. Sebenarnya penderaan yang paling hebat ialah penderaan emosi. Emosi buat manusia jadi gila. Sakitnya itu kita sendiri faham. Manusia itu hidup dengan emosi dan hati. Sama kesnya dengan manusia-manusia yang rebah dek hati yang tersiat dan bernanah. Emosi itu melibatkan kesan jangka masa panjang. Korupsinya diri kerana emosi yang berkecamuk itu lebih gila. Lebih buat aku untuk pilih mati. Tapi dengan iman senipis bawang, aku masih sedar akan halal haram. Bukan macam manusia-manusia jalang, yang lupa akan hakikat perbuatan yang mereka lakukan itu adalah satu benda yang HARAM.

Kali ini aku minta maaf. Sebab aku tahu nanti di sana kau harus bersusah untuk mencari aku. Kerana fitnah yang engkau pernah hebahkan di dunia, penderaan emosi yang engkau tak pernah lelah untuknya, sedaya upaya menjadi musuh abadi sedang aku menghulurkan kasih yang suci untuk mendamaikan dua hati. Itu aku kata, bila manusia terlalu emosi, diri sendiri takkan mampu untuk membuat pertimbangan yang tepat. Merasakan apa yang dilakukan adalah yang terbaik. Tidak pernah cuba untuk melihat sesuatu itu daripada perspektif lain. Tidak pernah fikir tentang masalah dan hati manusia lain. Terlalu menginginkan manusia faham dan terima apa yang engkau inginkan. Inilah masalahnya. Kau terlalu EMOSIONAL sehingga MEMBULI MANUSIA LAIN DENGAN EMOSI sebab DIRI SENDIRI JUGA TIDAK MAMPU UNTUK MEMBENDUNG SAKITNYA EMOSI SENDIRI YANG BERKECAMUK.

Aku hampir depresi dengan usaha tarbiah malaikat-malaikat plastik di dunia. Niat tidak menghalalkan cara. Niat engkau itu aku boleh terima. Tapi cara engkau yang tidak berhikmah buat manusia lain tersiksa. Inikah keindahan islam? Beritahu aku tentang islam yang sebenar! Semestinya mulut-mulut manis seharum bauan syurga akan katakana islam itu bukanlah satu agama paksaan, satu agama yang lemah lembut dan indah. Cakap itu memang mudah. Tapi malaikat-malaikat dunia yang menghancurkan keindahan islam itu yang sebenarnya. Kerana itu aku cinta islam, bukan ‘malaikat plastik’ dunia.


Aku selamat daripada depresi kerana manusia-manusia yang penyayang. Manusia-manusia yang memahami  diri ini lebih daripada siapa pun. Tanpa kehadiran mereka dalam dunia aku, aku mungkin sudah mati. Hilangnya pertimbangan dek diri yang telah dikawal sepenuhnya oleh emosi yang didera. Kata-kata semangat itu perlu diucapkan oleh manusia-manusia sepeti ini untuk selamatkan kau daripada depresi. Minta bantuan dan pendapat. Mungkin itu dapat bantu diri keluar daripada belitan masalah yang kau rasakan tidak berpenghujung, Aku faham. Orang kata setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Cakap memang mudah bukan?  Tapi cuba engkau yang rasa. Bukan senang untuk keluar daripada lilitan masalah.

Saat aku menulis tentang semua ini aku sendiri tidak tahu kezaliman apa yang aku perlu hadap untuk hari esok. Tapi yang pasti, aku akan teruskan langkah, tinggalkan manusia jalang dengan dosa, dendam kesumat yang menggunung, membawa harapan baru untuk hidup dengan lebih positif, kekentalan diri yang tiada seorang yang gagah pun mampu untuk tumbangkan, rasa cinta yang makin mendalam pada manusia-manusia yang penyayang dan menjadi hamba yang lebih tunduk kepada tuhan.

Doakan aku agar sentiasa kuat dan keluar daripada dunia depresi.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
kalau aku mampu undur masa,
aku pilih untuk undur.

menyesal,
ada rasa nak tahu lebih jauh,.
aku memakan diri.
sekarang sakit sendiri.

takpelah, aku ubatkan diri sendiri.
tampal apa yang perlu ditampal.
jahit apa yang perlu dijahit.
buang apa yang perlu dibuang.

tutup mata.
esok pagi akan aku hadap hari bagai tiada apa yang jadi.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Setiap manusia itu takkan pernah lari daripada melakukan kesalahan. Ya benar. Sebab itu tuhan itu maha pengampun dan membuka seluas-luasnya pintu taubat. 

Tapi aku nak tanya satu soalan.

Mudah ke untuk berubah?

Ramai yang akan katakan tidak. Betul. Semua tahu akan hakikat itu. Tapi aku tak tahu kenapa, manusia itu tak pernah ada rasa sabar. Kenapa aku cakap begitu?

Ada manusia yang buat kerja dakwah. Tak, dia bukan ustaz atau ustazah. Cukuplah kita membayangkan sebagai seorang sahabat dalam konteks ini. Sahabat yang ingin menarik sahabatnya yang hampir jatuh ke lubang jahannam untuk bersamanya ke syurga. 

TEGURAN.

Dalam kerja dakwah, mesti ada teguran supaya manusia itu sedar akan kesilapannya. Tapi, ada caranya untuk menegur. Aku nak tanya, adakah menegur tanpa mengaibkan itu cukup sekadar tidak menyatakan nama orang yang ingin ditegur tersebut di khalayak ramai sedangkan setiap butir peluru yang penegur katakan itu semuanya hanya terarah kepada seorang? yakni dia yang ditegur? Bagi aku itu juga mengaibkan. Bagi aku, lebih baik tegur secara personal berbanding menegur dikhalayak ramai.

Kadang bila mendakwah itu perlu berfikiran rasional walau dalam keadaann emosi berkecamuk sekalipun.

PERUBAHAN.

Berbalik kepada persoalan aku yang pertama. Untuk berubah itu bukan mudah, dan aku harap semua dapat fahami konteks ini. Berubah bukan boleh berubah dalam masa 2-3 hari. kadang memakan berbulan. kadang makan bertahun. Bila manusia itu terlalu taksub untuk mengubah orang, boleh resign daripada title dai'e. Naik pangkat jadi tuhan. Ingat, yang memberi hidayah itu tuhan. Bukan engkau!

Yang bergelar manusia, aku mohon beri masa untuk mereka berubah. Tolong faham yang dia bukan sekadar melawan diri daripada melakukan dosa tersebut, tapi juga melawan emosi dan dirinya sendiri. Dan itu bukanlah satu kerja yang mudah. Aku mohon minta semua faham dan bertenang. Jangan terus mengeji bila kau rasa dia tak berubah. Mungkin ada yang malas nak dengar. Tapi ada juga yang sedang berubah, tapi engkau tak nampak perubahan yang dia sedang buat itu. Kau tak nampak pertarungan hebat dia dengan diri sendiri. Dengan emosi. Dengan nafsu. Tolong faham dan tolong beri masa.

Bila manusia itu terlalu taksub untuk mengubah orang, boleh resign daripada title dai'e. Naik pangkat jadi tuhan. Ingat, yang memberi hidayah itu tuhan. Bukan engkau! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

The truth is, aku tengah dekat laman bestari ( makmal komputer ) and I should use VLE Frog but I'm blogging instead. Ya allahhhhhh mohon jangan ikut!! untuk memendekkan masa sebelum aku ditangkap,

saya suka berblogging kerana saya ingin berkongsi apa-apa yang saya rasakan dapat memberi manfaat kepada makhlok-makhlok di bumi ni. Another reason of course because I love to write. Entah ikut sape entah. Family aku takde pun yang suka menulis. Aku je sesat sorang-sorang. Bukan nak membodek, tapi kan.. hehe ok takpelah. 

goodluck guys!
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

About me

Related image
Full-time student.

If you have something to say to me, you can just contact me through this email or my instagram. Thank you so much! :)

email : naseha.syahira@gmail.com
instagram : @blog.nasihattermasyhur

MY WISHLIST

Dean's List Foundation
New phone
Umrah/Haji
Own Car
Own House

Categories

  • Food Review
  • Ghost Story
  • IIUM
  • Islam talk
  • KISAS
  • Movie Review
  • Positive Vibes
  • Puisi tepi jalan
  • Random
  • Tips
  • Tutorial

Blog Archive

  • October 2021 (1)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (1)
  • May 2021 (2)
  • February 2021 (4)
  • January 2021 (1)
  • December 2020 (2)
  • November 2020 (1)
  • October 2020 (1)
  • August 2020 (2)
  • July 2020 (2)
  • June 2020 (1)
  • April 2020 (2)
  • February 2020 (1)
  • January 2020 (7)
  • December 2019 (1)
  • November 2019 (2)
  • October 2019 (3)
  • June 2019 (1)
  • May 2019 (2)
  • April 2019 (1)
  • March 2019 (4)
  • February 2019 (3)
  • January 2019 (4)
  • December 2018 (7)
  • September 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • April 2018 (4)
  • March 2018 (1)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (1)
  • November 2017 (1)
  • October 2017 (2)
  • September 2017 (4)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (2)
  • June 2017 (5)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (1)
  • January 2017 (2)
  • December 2016 (2)
  • November 2016 (3)
  • October 2016 (1)
  • September 2016 (1)
  • August 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (1)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (2)
  • April 2015 (1)
  • January 2015 (1)

My Blog List

  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Segmen Hello Blogger Jom Blogwalking By MommyLizz
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    The Ultimate Photography Companion: Vivo V27’s IMX766V Sensor and Aura Light Portrait
  • kisah aienienka
    Mee Basah Lejen Tak jadi
  • thesuraya
    Perempuan Yakuza Itu by Zura Rahman
  • Travelog Syuhada Salleh
    Lunch hari ni sebelum start puasa esok
  • Jari Jemari Menari
    5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan
  • Jurnal Shikin Razali
    Wordless Saturday
  • Alien Oren
    Jumaat Terakhir Buat Saudari
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
  • Naimy
    Pentingnya belanja bulanan bagi seorang isteri dan mak.
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.

Kontraktor Ubahsuai Rumah

Related image
Kontraktor Ubahsuai Rumah

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates