Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Contact
    • Twitter
    • Instagram
    • gmail
  • Tutorial
  • Tips
facebook twitter instagram Email

NASEHA SYAHIRA

Assalamualaikum

Semester kedua, boleh aku katakan semester yang paling malas sekali. Semester kedua ialah semester pendek (short sem). Hanya ada 7 minggu sahaja lecture week. Untuk semester ni pula, aku ada 2 subjek sahaja iaitu English Language dan Introduction to Business. Subjek English tu tak memberi kesan pun pada CGPA aku. Cumanya, setiap student perlu melepasi tahap yang tertentu. Kalau tidak, kena belajar lah sampai pass dan mungkin akan perlu extend masa belajar Asasi di IIUM. Mestilah tak nak kan?

Nasib baiklah untuk subjek Business ada Project Entrepreneurial Day. Kalau tak, senduuuunya sem kedua ni. haih...

Entrepreneurial Day

Untuk mudah faham, macam projek menjual lah. Berbusiness. Tema malam itu ialah pasar malam. Kumpulan aku jual Yong Tau Foo. Maklumlah duduk dalam 'hutan', susah nak merasa makanan macam ni. Jadi kitorang juallah. Dan alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Belum buka gerai, ramai yang dah beratur. Kumpulan lain dah habis menjual, kami masih lagi menjual sebab kitorang beli banyak sangat stok. 😅 Nak katanya, dari awal sampai akhir memang tak menang tangan. Malam tu pon aku makan sikit sangat, sekadar mengalas perut sebab kepala aku dah mula pening-pening. Tunggu masa je nak pengsan. HAHA

My teammates

Some scenes during the E-day

RESULTS FOR SEM 2

Alhamdulillah, aku berjaya mengekalkan 4.0 atau grade A untuk subjek teras. Subjek teras untuk semester ni Business tulah. hehe.. Tapi CGPA tak mampulah nak 4 flat. Dapatlah Dean List lagi untuk semester kedua ni. Alhamdulillah. Apa yang menggembirakan lagi ialah, aku berjaya pass subjek English. Aku risau sangat aku tak lepas. Lebih-lebih lagi masa speaking test. But, Alhamdulillah, I had succeed. 






Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Assalamualaikum

Entry kali ini hanya pendek tapi memberi peringatan yang cukup mendalam dalam diri aku, dan mungkin kamu. 

================================

Pagi tadi aku pergi speedmart. Selepas dapatkan semua barang yang aku perlukan, aku pergi ke kaunter pembayaran. Ada seorang Uncle tengah buat pembayaran. Dia speaking and his face is like  Chinese. Fair skin. Lepas dia bayar, dia tanya cashier, "can you do me a favor? tak sampai 10 saat pon". Waktu tu aku just terfikir dia ni nak menjual produk dia or insurans ke something lah kan. Aku hanya menunggu jelah. Cashier tu pun jawab "yes, what is it?" 

Uncle said, "Selawat ke atas nabi 3 kali"

Aku kat belakang, tersenyum! Masyaallah, bagusnya Uncle ni. Bibir aku automatic terkumat kamit membaca selawat. Uncle tu pun cakaplah kita dapat ganjaran 10 kali ganda sebab kita berselawat ke atas nabi. Hari ini, Alhamdulillah, dah dapat pahala berselawat. Uncle pandang aku and dia kata "awak pun berselawat kan? Alhamdulillah dah dapat pahala hari ni. Terima kasih lah ye mendengar tazkirah ringkas daripada pakcik hari ni hahaha" Aku pun gelak and senyum sekali. Akhirnya Uncle tu berlalu pergi. 

Guys, mudah bukan nak mengajak manusia untuk melakukan kebaikan? 

Sedarkah kita, betapa kedekut dan bakhilnya kita untuk selawat ke atas nabi?

Selawat? Dalam solat jelah selawat. Kalau solat. Kalau kita tak solat? 



Peristiwa hari ni bagaikan teguran untuk diri aku daripada Allah. Betapa kurangnya aku ingat pada kekasih-Nya. Betapa kurangnya selawat aku ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Betapa besarnya kecintaan kepada dunia berbanding yang haq. Kita terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga lupa modal insan yang perlu kita ikuti, Allah yang perlu sentiasa kita utamakan. 

Tidak salah bekerja, belajar, menguruskan hal duniawi. Kerana kita juga ialah Khalifah yang perlu memakmurkan dunia, tapi janganlah lupa dan leka bahawa kita masih abdi dan perlu taat patuh pada pencipta.
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum

Entry kali ni lain daripada yang lain. Sebab aku akan ceritakan pengalaman/review tentang makanan! Aku tak pernah lagi buat review pasal makanan or just entry tentang makanan. Memandangkan tak tahu nak cerita apa, aku just nak share pendapat aku bila makan di Mr. Dakgalbi ni lah ye. hehehe.. Pendapat aku mungkin tak sama dengan pendapat orang lain.

Nak dijadikan cerita, aku hang out dengan kawan aku semalam. Dia kata dia nak try makanan-makanan yang lain dari yang lain. Macam makanan korea ke or makanan yang tengah trending. Jadi, kawan aku ni pon survey harga dan makanan untuk semua restoran korea yang ada dekat mall. Mr. Dakgalbi akhirnya menjadi pilihan. Aku macam biasalah, bab makanan ni follow je orang. 😬

Setibanya dekat Mr. Dakgalbi dan pilih satu meja, tiba-tiba datang seorang waitress with some foods dekat atas tray. Dia tanya, "2 orang ke?" Aku jawablah ya. Pastu dia susun makanan tu atas meja kitorang. Aku clueless gila. Jadi aku cakaplah, "eh, ni bukan kitorang punya kot sebab kami tak order lagi.." Then waitress tu cakap "ni memang side dish nya and semua orang akan dapat. It's free". Ouh lahhhh, baru aku faham. 😂 Nampak sangat first time! HAHAHA. Kawan aku pula pergi buat lawak dia tanya "so, kalau kami makan ni lepastu terus balik pon boleh lah ye? free kan 😏" Waiter tu pon mengiyakan je. HAHAHA.

kimchi, cabbage salad, white carrot, soup (side dishes)
Antara semua side dishes ni, aku boleh tolerate dengan soup. The soup is nice. Kimchi tu bolehlah, but the taste is quite weird for me. Cabbage salad tu rasa manis. Aku tak sure apa benda yang dia letak atas kubis tu tapi rasa dia memang manis. Untuk lobak putih tu pulak, hmm.. Tak tahu nak describe macam mana. hahaha



Macam yang korang nampak dekat gambar atas ni. Diorang akan masak depan kita tau. Macam kat atas ni, dia tengah masak Special Fried Rice + Cheese. Harga Fried Rice ialah RM18 while Chesse tu kena add-on RM8. Other than that, kitorang beli juga satu set ayam. Aku tak ingat apa nama ayam tu tapi itu ialah ayam yang paling pedas dalam menu. Harganya ialah RM18.


Apa yang bestnya pasal ayam tu ialah, ayam tu takde tulang. Jadi kita boleh je makan terus! Puasss sangattt dan rasanya memang sedap. Pedas dan manis. Macam samyang pon ada, tapi aku rasa ayam ni lagi sedap. Tapi tulah, pedas sangat rasa macam keluar api kat telinga ni ha! Lidah pon terbakor je rasa. AHHHHHH tapi memang worth it lah. Siapa yang nak challenge makan pedas dengan kengkawan bolehlah try ayam ni.

Nasi goreng dia pon sedap. Korang boleh makan nasi goreng tu dengan kimchi, cabbage salad or ayam. Cuma satu je masalahnya. Bila kita makan denga benda-benda yang lain, rasa nasi goreng tu hilang sebab rasa ayam, kimchi and that cabbage tu lagi kuat. Macam aku, aku makan begitu sahaja sebab makan macam tu pon dah cukup sedap.

Total cost aku makan pada hari itu ialah RM32 termasuk satu drinking water yang hanya berharga RM1. Bagi aku, harga tu memang kira normallah kalau makan tempat-tempat macam ni. Sebab kita nak try kan, takpelah spend lebih sikit daripada kebiasaan. hehe..

Overall, saya suka makanan melayu lebih lagi! 😂
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Assalamualaikum


Wahhh begitu lama ya aku tak join giveaway. Hari ni memang semangat sikit nak berblogging. Pastu aku blogwalking lah kan. Tetiba ternampak ada giveaway ni. and WAW!! Hadiahnya sangat menarik perhatian ya. Lebih-lebih lagi aku yang student ni. haaaa. Jap, aku lanje korang gambar hadiahnya. *wink

FIRST PLACE

sticky notes (2), notebook, tags (2)
 SECOND PLACE

sticky notes, sticky page markers, notebook, tags (2)

How to join:

1. You need to have a blog *obviously*.
2. Follow my blog: My Permanent Notes and Instagram: @frhfhr_.
3. Post an entry about this giveaway.
    - Make sure to insert the giveaway banner and backlink to this entry.
4. Leave the link of your entry at the comment section.

Begitu mudah bukan? Harapnya rezeki menyebelahi aku di tahun baru. HAHAHA sebab pemenangnya akan dipilih random. Aamiinnn. hehe 

Oh yeah, siapa yang nak join boleh tekan banner di atas ya. Jangan kata sis tak payung! 😘

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Assalamualaikum

gugel
Alhamdulillah, masih dapat hidup di abad dan tahun yang baru. Jadi, macam mana dengan target tahun lepas korang? Berjaya tak nak capai? hihihi.. Yang berjaya capai tu tahniah, yang tak berjaya tu jangan risau. Kita bawak ke tahun ni. haaaa eleh, macam tak biasa. Goal nak kurus-kurus tu sentiasa dibawak ke tahun berikutnya sebab tak bergerak dari tahun yang lepas. 😆 Aku pon macam tu. Jangan risau, kerana anda tidak keseorangan! HAHAHA 

Sejak aku dah bergelar seorang pelajar universiti (ecehhh foundation baru), aku rasa dalam setahun tu macam beberapa  kali 'tahun' yang baru. Sebab setiap semester aku akan ada semangat yang baru. Haa gituh. Bila dah mula minggu-minggu yang menyesakkan jiwa dan mental, mulalah hati ni berbisik "cepatlah habis sem ni." Ada yang macam aku tak? 

================================

These are my resolutions/goals in 2020.

  1. Read the Quran, Ma'thurat and Almulk everyday
  2. Love my self
  3. Dean's List throughout Foundation year
  4. Get into Kuliyyah in IIUM Gombak
  5. Workout for at least once a week
  6. Gain a higher profit (my business)

Very simple goals and not that much. I hope that I can achieve most of the goals for 2020. Insyaallah and Hwaiting! Thank you for your time. Do comment below and share your resolutions for 2020 💝  

Dunia akan sentiasa ada cabarannya. Pasti hati akan merasa luka, sakit, berat dan tertanggung. Just remember that dunia bukan syurga. Dunia ialah penjara untuk mereka yang bergelar manusia. Dunia ialah ujian. Teruskan bersabar dan berdoa bilamana ujian itu tiba. Trust Him 100%.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum

Lama dah aku tak buat segment. Memandangkan bloglist aku sangat sendu, so i'm looking for bloggers yang nak masuk dalam my bloglist! Semua yang join akan masuk dalam bloglist nasihattermasyhur. okay, pelik pula sebut nasihattermasyhur hahaha. I just want to say that benefit bila kita punya blog termasuk dalam bloglist ialah insyaallah trafik blog kita akan naik. Why? Sebab selalunya aku akan blogwalking based on bloglist orang and I believe that ada orang lain yang guna kaedah yang sama macam aku. hehe

Cara nak join mudah sahaja. 

  1. Follow my blog : nasihattermasyhur.blogspot.my 
  2. Make a post in your blog, title: BLOGLIST 2020 by nasihattermasyhur 
  3. Place banner segment ini sekali dengan backlink ke entry ni
  4. Comment your entry link dekat bawah and I will update it! 

Selamat bersegmen.

p/s: New entry about my 2020 resolutions will be posted next! 
Share
Tweet
Pin
Share
32 comments
Assalamualaikum

Happy New Year Guys! Aku tahu dah lambat sangat. Tapi sekarang ni aku masih di kampus, meneruskan perjuangan dan tanggungjawab sebagai seorang student. I should have studied by now actually. Tomorrow I have final exam for English subject but instead, I'm doing this stuff. 😂 I'm just feeling bored and don't feel like studying right now. Besides, I'll spend my whole day in the library today which I think I'll be more productive for the next 2 hours. HAHAHA. Jadi berilah aku peluang untuk menikmati masa-masa kemalasan aku yang terakhir ini. 

For 2020 resolutions, aku tak terfikir pon lagi. So, aku plan untuk buat entry for that topic in the next entry Insyaallah bila aku cuti sem nanti. Jadi harini I'll just do some reflections about what I had gone through in 2019. 

********************

MY RESOLUTIONS IN 2019

  • I want to be a better person: I don't think so. Kinda sad but that's the truth. Still struggling to be a better vicegerent and 'abd of Allah. 
  • Loving myself: Slowly but surely. Yes. Of course, there were some several episodes of hating myself again but I quickly regain my consciousness back. Compared to 2018, it just so damn hard. I did a great job of loving myself in 2019! *pat my back
  • Having my own camera: Instead of a camera, I got a new phone! 😍 Ada kisahnya. Before I get that thing pon berlakunya episod-episod kedukaan, kestressan. But alhamdulillah, my life gets better with a new phone.
  • Get fit!: Tak payah tipuuuuulahhh sehaaaaaa!! Memang tak berjalan ponnnn 😂😂😂
  • Get my license: One of the biggest achievement that I successfully achieved! Paling menarik, my sister pon lepas jugak test kali ni. HAHAHA.  Jadinya, kitorang buatlah lesen bersama-sama even though our age gap is 3 years. 
  • Further my studies in the Centre for Foundation Studies IIUM: Impian ku tercapai lagiiii. Alhamdulillah. I still love being here. Istikharah really important. Feels like home!
  • Play gamelan again: Dalam mimpi kau jelah! 
  • Urus kewangan dengan lebih efisien: I found an app called "Money Manager". You guys should install it you know. Very recommended. 
  • Berpuisi semula: Don't have time babe. 
In brief, 5/9 aku berjaya capai. Baguslah kan?! HAHAHA. This year is much happier than years before. I did cried a lot this year but still better. Another achievement that I had last year was I got Dean List for the 1st semester. Alhamdulillah. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

Related image
Full-time student.

If you have something to say to me, you can just contact me through this email or my instagram. Thank you so much! :)

email : naseha.syahira@gmail.com
instagram : @blog.nasihattermasyhur

MY WISHLIST

Dean's List Foundation
New phone
Umrah/Haji
Own Car
Own House

Categories

  • Food Review
  • Ghost Story
  • IIUM
  • Islam talk
  • KISAS
  • Movie Review
  • Positive Vibes
  • Puisi tepi jalan
  • Random
  • Tips
  • Tutorial

Blog Archive

  • October 2021 (1)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (1)
  • May 2021 (2)
  • February 2021 (4)
  • January 2021 (1)
  • December 2020 (2)
  • November 2020 (1)
  • October 2020 (1)
  • August 2020 (2)
  • July 2020 (2)
  • June 2020 (1)
  • April 2020 (2)
  • February 2020 (1)
  • January 2020 (7)
  • December 2019 (1)
  • November 2019 (2)
  • October 2019 (3)
  • June 2019 (1)
  • May 2019 (2)
  • April 2019 (1)
  • March 2019 (4)
  • February 2019 (3)
  • January 2019 (4)
  • December 2018 (7)
  • September 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • April 2018 (4)
  • March 2018 (1)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (1)
  • November 2017 (1)
  • October 2017 (2)
  • September 2017 (4)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (2)
  • June 2017 (5)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (1)
  • January 2017 (2)
  • December 2016 (2)
  • November 2016 (3)
  • October 2016 (1)
  • September 2016 (1)
  • August 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (1)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (2)
  • April 2015 (1)
  • January 2015 (1)

My Blog List

  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Segmen Hello Blogger Jom Blogwalking By MommyLizz
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    The Ultimate Photography Companion: Vivo V27’s IMX766V Sensor and Aura Light Portrait
  • kisah aienienka
    Mee Basah Lejen Tak jadi
  • thesuraya
    Perempuan Yakuza Itu by Zura Rahman
  • Travelog Syuhada Salleh
    Lunch hari ni sebelum start puasa esok
  • Jari Jemari Menari
    5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan
  • Jurnal Shikin Razali
    Wordless Saturday
  • Alien Oren
    Jumaat Terakhir Buat Saudari
  • LADY LIKE ME !
    HAPPY 2023 !!
  • Naimy
    Pentingnya belanja bulanan bagi seorang isteri dan mak.
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.

Kontraktor Ubahsuai Rumah

Related image
Kontraktor Ubahsuai Rumah

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates