PRESSURE OR MOTIVATION?

by - 05:23

Masa itu ibarat pedang, Jika kamu tidak memotongnya, Ia akan memotong kamu.
-Imam Shafie-
 Sekarang Nas merasakan Nas sedang dipotong oleh waktu. eceh ceh.. feel habis mak ni! Mana tidaknya, lepas cuti penggal ni, lagi 2 minggu Nas akan menduduki PT3 yang sebenar ye olls, takde lagi trial2! Semput Mak!! 


PRESSURE OR MOTIVATION?

Masa Nas menaip entry ni jam menunjukkan tepat 4:37 pagi. Sebelum nak mengumpat tu dengar dulu penjelasan mak ni. Asal aku bermak-mak ni? Actually, Nas baru sahaja selamat sampai di Kuala Lumpur daripada Johor Darul Takzim. Nak tidur balik rasa malas sebab dah melantak dalam kereta. Sepanjang perjalanan pula asyik topup perut. Tidur + perut penuh = SYOK GILE! 

Sebelum bergerak balik, Nas bersalaman dengan makcik-makcik, atuk nenek semua. Nak dijadikan cerita, makcik-makcik Nas semuanya cikgu sekolah menengah. Maka bermulalah sesi soal menjawab di situ. 

"Nanti nak pindah mana?"

"Nak masuk MRSM tak?"

"Haritu Sains trial dapat berapa?"

"Dah tahu kan untuk dapat A kena 85 ke atas?"

Maka, Nas pun menjawab dengan hati yang berdebar, perut daripada buncit terus kempis macam tak makan seminggu, mata macam nak terjojol keluar! Paling rileks nak jawab soalan ' nak masuk MRSM tak ' . Nas jujur lah, tak nak masuk MRSM. Asal? Sebab paling utama Nas nak belajar kat sekolah agama je. Nas selesa dan suka duduk dalam suasana tarbiah gitu! Yelah, iman pun kadang-kadang nak tumbang, kadang-kadang tegap gitu. Biasalah manusia. Tapi, untuk jaga iman, duduk dalam suasana tarbiah. Dijamin terjaga. Inshaallah..

Bila Nas jawab cemtu, makcik cakap, "eh, MRSM ULUL ALBAB kan ada! kat gemencheh. dekat je kan?" Sekali lagi, SESAK NAFAS.... Nak sekolah agama, tapi nak hafal quran cam takut-takut sikit. Sebab bila kita dah hafal quran, tak boleh lupa. Nanti dosa. Jadi Nas senyum jelah. Tiba-tiba ayah Nas pula cakap "Kalau Sya masuk MRSM pecah rekodlah. Kakak MRSM, Sya pun MRSM" 

Runtun jiwaku tatkala mendengar bait-bait perkataan yang keluar dari mulut ayahanda
Nas tidak sepandai kakak Nas. Nas mungkin tidak serajin kakak Nas. Kalau nak dibandingkan markah peperiksaan, terang lagi bersuluh, dia lebih hebat. Kata-kata itu membuatkan hati ini disuntik dengan perasaan gentar. Nas sendiri tak tahu, adakah itu sebagai tekanan atau suntikan motivasi supaya Nas jadi macam kakak Nas.

Tapi memang daripada dulu, dialah inspirasi Nas. Time kecil, dialah yang start melukis komik. Nas jeles dan mula belajar buat komik. But still, tidak secantik dia lukis. Lepas tu, UPSR dia dapat straight A. sekali lagi Nas menjadikan dia sumber inspirasi. Tapi, Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Nas tersungkur 1 subjek. Orang kata, kena bersyukur atleast 1 B. Itu kira pandai jugalah. Tapi, air mata ni tak mampu nak berhenti langsung! Perasaan cemburu, sedih, marah, kesal semua ada. 

Sekarang, Nas masih menjadikan dia inspirasi. Sebab PMR, dia dapat straight A! Nas nak jadi macam dia. Tapi dengan result sekarang yang nampak macam orang tak berpelajaran ni, rasa macam jauh sangat nak menggapai setinggi bintang tu. Kadang, rasa nak berhenti mengharap. Tapi bila ingat mama dan papa, hilang benda tu. Nas ingat pengorbanan diorang. Takkan Nas nak bagi result cikai macamtu.

namapak muka I dalam keterpaksaan LOL.. dia paksa -,-
Sebelum mengakhiri entry ni, tadah tangan jap buleh? Orang kata, siapa yang mendoakan kebaikan untuk orang lain,  Inshaalah allah akan beri kebaikan yang sama untuk kita.
" Ya allah, berilah Naseha Syahira 11 A dalam PT3, permudahkanlah dia untuk belajar dan titipkanlah kerajinan dalam dirinya. Aamiin "

TQ. NASEHA SYAHIRA

You May Also Like

5 comments

  1. mana ada result macam org tak berpelajaran nass . masih ada yang lebih teruk :'( kamu pandai banyak orang cuba nak jadi sepandai kamu . salah seorangnya , kita. sebab kita terlalu jauh nak dibandingkan dengan kamu . kamu boleh . sama sama naik atas pentas okay ? gudluck

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom naik pentas sama-sama! tunjukkan kat mak ayah kita yang kita boleh jadi sehebat kakak kita!! *semangat*

      Delete
  2. Replies
    1. arigatou akak.. tulah, masih terfikir-fikir sebenarnya.. sebab keluarga macam mengharapkan sangat. rasa bersalah karang kalau tak dapat MRSM. huhu ;(

      Delete
  3. nak nangis baca haha tibah feeling kek

    ReplyDelete