お父さん - PAPA

by - 11:14

8 Oktober 2017


Entah macammana topik perbualan haritu menjurus ke arah masa hadapan. 

Semuanya bermula bila aku tanya satu soalan dekat mama.  

"mana lebih baik. Matrikulasi atau asasi?"

Mula-mula mama macam tak nak jawab sebab katanya soalan ni pernah disoal oleh kakak dulu. Siapa je suka terangkan sesuatu banyak kali? Mak aku pun teranglah 'itu' dan 'ini'. Penerangan diberi dengan serba ringkas tapi padat. Aku pun mula faham perbezaannya. Perkataan ' pinjaman ' yang paling menarik perhatian aku.

Katanya bila masuk universiti kita kena buat pinjaman ( in case kalau bukan anak orang kaya + tak mampu dapat scholarship). Mama cakap kita sedang belajar pon dah berhutang. Bila keluar nanti belum tentu dapat pekerjaan tapi hutang dah bergunung. 

sel-sel otak aku mula berhubung..

Aku mula risau untuk bertukar status menjadi 'dewasa'. Argh takutnya nak hadapi dunia yang penuh dengan jalan-jalan yang berduri ni!! Aku tahu bukan mudah nak survive dalam dunia realiti. Hanya , mereka yang tabah dan berpegang kuat pada aqidah sahaja yang mampu hadapi dugaan, cabaran dan fitnah dekat luar sana.  

Sekali lagi, aku teringat tentang satu fakta bahawa harga rumah pada masa kini sudah mencecah jutaan ringgit. Tanah negara pula dah banyak dijual kepada negara China. Argh! Cakap pasal jual tanah dekat China, ada satu lagi kisah yang aku nak kongsikan. Kisah yang dah memberikan aku INSPIRASI dan SENTAPAN tentang nasib bangsa Melayu di tanah Malaysia. Dan sentapan ini diberikan oleh orang yang aku tak pernah kenal dan lebih hebat lagi dia bukan 'Melayu' pon. Nanti aku kongsikan dekat entry lagi satu. 

ok sambung balik.

Bila bayangan cabaran-cabaran yang aku perlu tempuh bila jadi dewasa bermain-bermain dalam kotak pemikiran aku, aku bersuara

" macam mana nak hidup kalau macam ni?! "

Tiba-tiba satu suara mencelah perbualan antara aku dan mama


"takpe. Papakan ada. Nanti papa belikan rumah, kereta, semualah untuk anak-anak "

startled.

Sumpah aku terdiam. Dan perbincangan itu terhenti setakat itu.

Ya allah. Aku tak tahu nak kata terharu atau... entah! Aku tak tahu nak describe perasaan aku waktu itu. Aku cuma terfikir, bila aku dah menginjak dewasa dan sudah mampu untuk bekerja dan menyara hidup sendiri pon, papa masih rela untuk menjalankan tugas dia sebagai seorang ayah. Tugas dia untuk memberikan nafkah dan memberikan yang terbaik untuk ahli keluarga.

Tak semua orang sedar tentang peranan besar seseorang yang bergelar ayah. Ya. Pengorbanannya tak sesakit ibu yang mengandungkan, yang melahirkan. Tapi peranannya itu pon adalah satu tanggungjawab yang berat untuk dilaksanakan. Nak dapatkan duit itu bukan mudah. yah cliche.. so? fakta adalah fakta.

Peranan ayah ni bukan sahaja menyediakan wang-ringgit untuk memenuhi keperluan ahli keluarga, tapi juga berperanan untuk melengkapkan ahli keluarganya dengan agama. Berapa ramai bapa yang mampu untuk memberi wang-ringgit tapi penerapan agama dalam kalangan ahli keluarga tidak dijalankan sepenuhnya?

ya.

papa tak sealim bapa yang lain. 

Tapi dia tak pernah ambil ringan pasal agama dan dalam kehidupan dia, pasti dia akan terapkan unsur agama itu. Bukan nak bangga. Tapi dia pun ada usaha untuk bantu agama allah. Surau dekat kondo rumah aku dah lama tak hidup. Tapi sejak ayah aku jadi ahli komuniti, dia dah berjaya hidupkan semula surau tu. Walaupun taklah meriah dan bilangan yang hadir pun mungkin tak sampai 20 orang. Tapi sekurang-kurangnya amalan solat jemaah itu ada. Hidup dalam jemaah islam itu ada. 

Berapa ramai yang dah menyumbang pada agama Allah?






Semoga allah redha dengan usaha kecil papa dan tempatkannya di dalam kalangan orang yang soleh.







You May Also Like

0 comments