DEPRESI
Tanya aku tentang depresi. Aku mungkin mampu untuk
menjawabnya dengan tepat.
Depresi. Satu keadaan di mana seseorang itu mengalami
tekanan yang teramat. Rasa berat yang teramat. Rasa pedih dan sakit sehingga
tak mampu untuk diri sendiri membendung kesakitan itu. Sakit di hati yang
bilamana memukul diri sendiri itu dapat
melegakan sedikit kecamuknya hati. Situasi di mana fikiran serabut dengan
pelbagai masalah yang diri sendiri tidak dapat mencari jalan keluarnya daripada
neraka emosi. Sampai satu tahap, hanya satu perkara yang pasti dapat
menghentikan segala penderaan hati. Mati.
Aku hampir depresi dengan penderaan emosi oleh manusia
yang hanya mengejar kejayaan duniawi. Aku nak tanya. Adakah kejayaan itu hanya
akan dapat dikecapi dengan 24 jam menghadap buku? Kalau aku, semestinya tidak.
Fitrah seorang manusia yang telah allah ciptakan dengan sempurna di dunia.
Allah menyatakan di dalam kitab terulung, malam itu allah jadikan bagi manusia
untuk berehat. Jadi, persoalannya? Kerana kerahan si ‘malaikat’ dunia, aku
terpaksa melawan fitrah seorang manusia. Berjaga malam hanya untuk menjaga hati
manusia-manusia pendera yang lain. Aku terpaksa menghancurkan diri sendiri
untuk menghiasi bibir manusia kejam yang lain.
Kejayaan itu kerja tuhan samada kita berhak untuk
menerimanya atau tidak. Ya, betul semua ini adalah usaha. Ya, allah tidak
mengubah manusia itu selagi mana manusia itu tidak mengubah dirinya sendiri.
Tapi aku ingin bertanya. Adakah ini sahaja caranya? Menyeksa emosi dan jasad
melebihi kemampuan sendiri? Penciptaan manusia itu sangat unik. Setiap satunya
ada keistimewaan yang tersendiri. Sama halnya dengan kelemahan. Tak semua orang
mampu untuk menghadap situasi yang sama dengan orang lain.
Aku hampir depresi dengan mulut-mulut jalang manusia.
Andai aku mempunyai satu kuasa untuk membisukan semua manusia yang jalang, aku
pilih untuk buat. Jangan kata ‘buli’ itu sekadar satu penderaan fizikal.
Sebenarnya penderaan yang paling hebat ialah penderaan emosi. Emosi buat
manusia jadi gila. Sakitnya itu kita sendiri faham. Manusia itu hidup dengan
emosi dan hati. Sama kesnya dengan manusia-manusia yang rebah dek hati yang
tersiat dan bernanah. Emosi itu melibatkan kesan jangka masa panjang.
Korupsinya diri kerana emosi yang berkecamuk itu lebih gila. Lebih buat aku
untuk pilih mati. Tapi dengan iman senipis bawang, aku masih sedar akan halal
haram. Bukan macam manusia-manusia jalang, yang lupa akan hakikat perbuatan
yang mereka lakukan itu adalah satu benda yang HARAM.
Kali ini aku minta maaf. Sebab aku tahu nanti di sana
kau harus bersusah untuk mencari aku. Kerana fitnah yang engkau pernah hebahkan
di dunia, penderaan emosi yang engkau tak pernah lelah untuknya, sedaya upaya
menjadi musuh abadi sedang aku menghulurkan kasih yang suci untuk mendamaikan
dua hati. Itu aku kata, bila manusia terlalu emosi, diri sendiri takkan mampu
untuk membuat pertimbangan yang tepat. Merasakan apa yang dilakukan adalah yang
terbaik. Tidak pernah cuba untuk melihat sesuatu itu daripada perspektif lain.
Tidak pernah fikir tentang masalah dan hati manusia lain. Terlalu menginginkan
manusia faham dan terima apa yang engkau inginkan. Inilah masalahnya. Kau
terlalu EMOSIONAL sehingga MEMBULI MANUSIA LAIN DENGAN EMOSI sebab DIRI SENDIRI
JUGA TIDAK MAMPU UNTUK MEMBENDUNG SAKITNYA EMOSI SENDIRI YANG BERKECAMUK.
Aku hampir depresi dengan usaha tarbiah
malaikat-malaikat plastik di dunia. Niat tidak menghalalkan cara. Niat engkau
itu aku boleh terima. Tapi cara engkau yang tidak berhikmah buat manusia lain
tersiksa. Inikah keindahan islam? Beritahu aku tentang islam yang sebenar!
Semestinya mulut-mulut manis seharum bauan syurga akan katakana islam itu
bukanlah satu agama paksaan, satu agama yang lemah lembut dan indah. Cakap itu
memang mudah. Tapi malaikat-malaikat dunia yang menghancurkan keindahan islam
itu yang sebenarnya. Kerana itu aku cinta islam, bukan ‘malaikat plastik’
dunia.
Aku selamat daripada depresi kerana manusia-manusia
yang penyayang. Manusia-manusia yang memahami
diri ini lebih daripada siapa pun. Tanpa kehadiran mereka dalam dunia
aku, aku mungkin sudah mati. Hilangnya pertimbangan dek diri yang telah dikawal
sepenuhnya oleh emosi yang didera. Kata-kata semangat itu perlu diucapkan oleh
manusia-manusia sepeti ini untuk selamatkan kau daripada depresi. Minta bantuan
dan pendapat. Mungkin itu dapat bantu diri keluar daripada belitan masalah yang
kau rasakan tidak berpenghujung, Aku faham. Orang kata setiap masalah itu ada
jalan penyelesaiannya. Cakap memang mudah bukan? Tapi cuba engkau yang rasa. Bukan senang untuk
keluar daripada lilitan masalah.
Saat aku menulis tentang semua ini aku sendiri tidak
tahu kezaliman apa yang aku perlu hadap untuk hari esok. Tapi yang pasti, aku
akan teruskan langkah, tinggalkan manusia jalang dengan dosa, dendam kesumat
yang menggunung, membawa harapan baru untuk hidup dengan lebih positif,
kekentalan diri yang tiada seorang yang gagah pun mampu untuk tumbangkan, rasa
cinta yang makin mendalam pada manusia-manusia yang penyayang dan menjadi hamba
yang lebih tunduk kepada tuhan.
Doakan aku agar sentiasa kuat dan keluar daripada
dunia depresi.
1 comments
Bertabah ;)
ReplyDelete