Assalamualaikum. *smiley*
"Apa khabar semua~~??!!" *sambil gaya macam artis dekat atas stage*
Okay cut. Aku tahu kau menyampah. Gais, malas nak panjang-panjang sebab aku tak rasa korang nak baca pun sebenarnya. Just want to share with you guys some of my ke'sengal'an for tonight. Don't worry, I don't take drugs..
Aku baru je lepas habis trial espiyem. Alhamdulillah.. minggu-minggu yang paling menyesakkan jiwa aku dah pun tamat. Tapi untuk minggu seteresnya bukan sekadar menyesakkan, tapi bakal menyesakkan dan memedihkan! You know why? Because all the teachers will push us more than our own limits and I don't think that they will ever think what their students actually feels.. We were exhausted, stressed... Serieslah weh. Aku tak pernah jumpa atau terfikir yang akan ada sekolah yang akan buat macam ni dekat student dia. Aku nak cerita satu benda dekat korang.
Lepas trial ni, kitaorang dah dapat beberapa paper. Aku tak tahulah silapnya di mana, tapi mungkin kerana kedudukan sekolah aku sebagai SEKOLAH BERASRAMA PENUH dan TOP 5 dalam malaysia, pihak pentadbir dan kakitangan sekolah sanggup buat apa sahaja untuk kekalkan kedudukan sekolah tu.
Ada satu masa, eh tak, dua ke tiga masa, cikgu masuk kelas dan serahkan kertas jawapan yang telah ditanda. Muka ketat dah mula terpancar daripada raut wajah. Dan aku, dah bersedia untuk memekakkan telinga dengan apa yang bakal aku hadap. Itu aku, tapi mungkin tidak orang lain.
"Kenapa takde sape dapat 100%?!"
"Kenapa takde sape dapat A+?!"
"Kenapa takde sape dapat A+?!"
"Si fulanah! Kenapa markah awak macam ni?! Sebelum ni tak macam ni pun?!" (the reality is, kawan aku ni dapat markah paling tinggi dalam kelas dan dapat 90% ke atas)
I kennot doh. Kawan aku tu ended up menangis weh. Aku pun tak tahulah nak cakap apa. Apa yang aku mampu kata ialah, janganlah masuk sini. Kalau kau rasa mampu untuk hadap segala tekanan dekat sekolah ni, silakan. Aku pun dah banyak kali tersungkur dan rasa nak putus asa. Tapi tuhan itu maha adil dan maha mengetahui. Allah hadirkan aku seseorang untuk jadikan panduan aku untuk teruskan menapak dekat bumi ni. Sangat sukar, dan aku rasa kaki aku dah banyak berlubang sebab terpijak segala duri-duri di sepanjang perjalanan. Setiap hari aku akan kutip balik cebisan daging aku, cebisan kulit aku, jahit balik. tampal balik. ubatkan. dan teruskan melangkah dengan semangat yang baru. (hiperbola terokk)
Aku ada sorang kawan, time maghrib isya dia duduk sorang-sorang dekat kerusi batu. Aku ternampak dia, aku datanglah dekat. Aku tenung dia, aku nampak mata dia merah. Hati aku kata, 'dia ada masalah, dan hati dia rasa sangat sebal.'
Aku datang dekat. Aku borak dengan dia. Aku bagi dia sokongan, motivasi based on apa yang aku pernah rasa, apa yang aku buat. Kawan aku ni stress. Dia kata dah banyak kali dia usaha, tapi apa yang dapat hanyalah kegagalan. Aku jawab jelah apa-apa yang aku rasa dapat membantu. Tiba-tiba dia cakap macam ni..
"Dahlah seha.. hang masuklah musolla. Kesian hang kena tengok aku menangih pula kat sini"
dengan penuh machonya aku berkata:
"aku duduk sini bukan nak tengok hang menangih... aku cuma nak ada dengan hang bila hang susah"