Assalamualaikum
Berita baik bagi semua kaki-kaki travel, kaki-kaki jalan dan melancong!
MATTA Fair bakal menjelma lagi gais! Korang dah standby ke list of destination yang korang nak pergi untuk cuti yang akan datang? Jangan lepaskan peluang ni okay. Bagi yang tak tahu, MATTA Fair merupakan expo atau pameran pelancongan yang diadakan pada setiap tahun dengan membawa objektif "to promote the interest of travel and tour industry in Malaysia". MATTA adalah singkatan daripada Malaysia Association of Tour and Travel Agents dimana ia adalah persatuan yang dikawal di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia.
Jadi, apa yang korang boleh jangkakan daripada MATTA Fair 2020 deals kali ni ialah, banyak agensi-agensi pelancongan di dalam Malaysia bakal menyertai pameran ini dan akan memberi tawaran-tawaran percutian pada harga yang sukar untuk korang tolak! 😍 Lebih-lebih lagi kalau memang dah ada perancangan untuk bercuti pada masa akan datang. Kalau dah mula merancang, stop dulu untuk mencari pakej-pakej murah, sebab korang kena datang ke expo pelancongan ini bagi mendapatkan gambaran sebenar pakej-pakej murah yang ditawarkan.
Ini kerana, mengikut catatan rekod pada MATTA Fair 2019, terdapat sebanyak 293 jumlah pempamer yang menyertai expo ini, dimana ianya terdiri daripada agensi-agensi pelancongan di Malaysia, Lembaga Pelancongan bagi negeri-negeri di Malaysia, taman-taman tema, Syarikat Penerbangan seperti Malaysia Airline dan beberapa lagi organisasi dari dalam dan luar negara.
Bagi yang mencari lokasi menarik yang boleh dikunjungi di dalam negara, boleh lah melawat ke booth Lembaga Pelancongan Negeri bagi mendapatkan idea di mana destinasi-destinasi menarik yang boleh dilawati semasa musim cuti nanti. Disebabkan tahun 2020 adalah Tahun Melawat Johor, jadi aku cadangkan kat korang untuk mengunjungi booth Lembaga Pelancongan Johor bagi mendapatkan info dan pakej percutian menarik yang terdapat di negeri harimau selatan itu.
Tidak kurang hebatnya sambutan daripada pengunjung mengenai pakej-pakej percutian yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelanconngan bagi korang yang ingin melancong ke luar negara. Kalau sebelum ni korang rasa melancong ke luar negara adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan kerana mengalami kekangan kewangan, korang bolehlah datang dan melihat dahulu apa-apa tawaran yang bakal diberikan oleh agensi-agensi di sini. Antara negara-negara yang mendapat sambutan yang ramai ialah seperti Jepun, Korea Selatan, Vietnam, Thailand dan China. Kalau korang bertuah, korang mungkin dapat pakej murah ke mana-mana negara yang aku baru sebutkan tadi. Apa pun, cubalah dahulu.
Korang mungkin pernah berfikir untuk membawa anak-anak atau keluarga untuk bercuti ke taman-taman tema terkemuka yang ada di Malaysia spereti Legoland, Sunway Lagoon, Desaru Theme Park dan banyak lagi tetapi harga tiketnya mahallah pulak! Jadi apa kata korang cuba datang dan survey booth yang mewakili taman-taman tema di sepanjang MATTA Fair ini berlangsung. Harga yang ditawarkan adalah berbentuk pakej dan cuma available selama 3 hari ini sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang! Antara taman tema yang menjadi tumpuan pengunjung pada expo pameran yang lepas ialah Desaru Theme Park dan Legoland.
Kalau korang masih takde masa dan tak suka keadaan yang terlalu ramai orang, korang masih ada pilihan yang lain, iaitu melalui Traveloka. Masih ramai lagi yang belum tahu, di mana Traveloka ada menawarkan pelbagai promo and deals yang sangat berbaloi. Bukan sahaja dari segi booking hotel dan resort, korang juga berpeluang untuk mendapatkan affordable Jetstar flights dengan harga yang menarik. Tidak cukup dengan itu, Traveloka juga ada menawarkan pembelian tiket secara online ke tempat-tempat menarik di seluruh Malaysia seperti Aquaria, ESCAPE Penang Theme Park, Sunway Lagoon, Lost World of Tambun, LEGOLAND Malaysia serta banyak lagi tempat menarik. Kalau korang ada bercadang nak ke Singapore, korang boleh je dapatkan tiket masuk dengan harga yang lebih murah di Traveloka untuk korang berkunjung ke tempat-tempat menarik di sekitar Sentosa Island.
Itulah beberapa info menarik mengenai MATTA Fair 2020 yang bakal diadakan tidak lama lagi dari sekarang dan beberapa perkara menarik yang korang boleh dapatkan di Traveloka. Kedua-dua platform ini mempunyai tawaran-tawaran menarik yang tersendiri. Oh ye, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi expo pelancongan di PWTC pada bulan Mei nanti ya!
Itulah beberapa info menarik mengenai MATTA Fair 2020 yang bakal diadakan tidak lama lagi dari sekarang dan beberapa perkara menarik yang korang boleh dapatkan di Traveloka. Kedua-dua platform ini mempunyai tawaran-tawaran menarik yang tersendiri. Oh ye, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi expo pelancongan di PWTC pada bulan Mei nanti ya!