HOW TO GET DEAN LIST IN FOUNDATION
Assalamualaikum
Ya Allah, lama benar tak menaip. Buat pengetahuan semua, aku dah mula sibuk dengan e-learning. Sejujurnya, aku tak suka e-learning huhu. Aku mudah hilang fokus. Ada banyak gangguan. Tak macam dekat kampus. Tapi, apakan daya, sudah ini takdirnya. Menghabiskan sisa-sisa perjuangan terakhir asasi di rumah. Semoga Allah bantu.
Berbalik kepada tajuk utama kita hari ni. Macam mana nak dapat Dean List masa Asasi? Semua yang aku ceritakan selepas ini melalui pemerhatian dan apa yang aku buat. Alhamdulillah, aku masih lagi mengekalkan prestasi aku, mendapat Dean List sejak semester pertama. Alhamdulillah, semuanya rezeki daripada Allah.
1. TARGET UNTUK DAPATKAN DEAN LIST SEMASA SEMESTER 1
Pentingnya kita dapat capai dean list masa semester pertama, sebab CGPA kita akan beri effect pada semester seterus-seterusnya. Semester pertama ni selalunya mudah je nak capai CGPA yang tinggi berbanding dengan semester selepas-selepas ni. Macam semester aku yang terakhir ni, subjek semua susah-susah. Bilangan subjek pula banyak. Jadi agak mencabar sebenarnya kalau selepas semester 1 ni baru nak push CGPA. Itu pun apa yang dinasihatkan oleh lecturer aku lah.
Apa-apa pun, seandainya korang tak berjaya mencapai Dean List untuk semester 1, jangan bersedih dan berputus asa. Tak bermakna semester selepas ni korang takkan berjaya dapat. Rezeki semua daripada Allah.
2. JAGA CARRY MARK!
Siapa yang nak dapat 4.00, carry mark memang kena jaga. Assignment, Quizzes, Tests, Projects, pastikan semuanya kau buat yang terbaik. Bila kerja berkumpulan, pastikan function, berikan pandangan supaya semua ahli boleh rancakkan lagi idea untuk hasilkan sesuatu yang terbaik.
Aku memang jenis yang buat apa pun perlu buat yang paling terbaik. Teringat pula dekat seorang manusia ni, aku di mata dia macam 'sangat mengambil berat' pasal Quiz, jadi dia kata, "Ala, Quiz je pon. Rilek ar!". Aku dalam hati panas sebenarnya ya. HAHA sebab aku dengan dia memang sentiasa panas pon. HAHA sabar jelah. Tak tahu nak buat macam mana dah. Tapi dalam hati, aku kata "Aku nak 4 Flat. Bukan result yang biasa-biasa! Sebab tu aku menjaga markah aku walaupun sekadar Quiz"
Sebab lain korang kena jaga carry mark, masa Final Exam korang dah tak perlu struggle sangat. Sebab markah carry mark dah banyak bantu kau untuk lulus subjek. Kau topup sikit-sikit je lagi. Tapi kau bukan nak sekadar lulus kan? Jadi, buat yang terbaik!
3. JANGAN BERTANGGUH
Selalu sangat dengar nasihat ni kan? Bukan apa.. Assignment kau bukan sikit. Banyak. Tak masuk Quiz setiap minggu ada. Assignment pula bukannya sehari boleh siap. Ambik masa. Nak hasil yang terbaik, fikir dari awal, susun strategi. Bukan pasal assignment je jangan bertangguh, nak study pun jangan bertangguh. Pejam celik. pejam celik dah final. Pastu baru kau nak hadam segala benda. Memang terciduklah kau ya. Hati-hati.
4. BUAT LATIHAN
Bila dekat universiti ni, lecturer dah tak macam cikgu kita masa kat sekolah. Nak marah-marah sebab tak buat kerja. Tapi kau buatlah ya latihan-latihan yang ada dalam modul ke, buku latihan atau handout yang lecturer bagi. Sangat membantu. Untuk subjek Mathematic, inilah yang aku buat. Kalau kau tak buat, memang tak score lah kau. Aku tak tahulah kalau course lain, tapi aku rasa sama je. Buat latihan.
Dulu masa SPM, aku tak baca pon buku teks dari kulit ke kulit macam orang lain. Aku buat latihan je. Aku belajar daripada jawapan yang aku salah. Kalau aku tengok jawapan pun aku tak faham, barulah aku rujuk nota, buku teks. Kenapa aku belajar macam ni? Sebab sebenarnya, soalan-soalan yang keluar peperiksaan, soalan-soalan yang lebih kurang sama yang akan keluar. Cara ni, aku belajar daripada mentor aku ngeh ngeh ngeh. Alhamdulillah, aku berjaya dapat 11A.
Jadi, silalah buat latihan!
5. JAGA APA YANG PERLU DIJAGA
Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan manusia, kawan-kawan, lecturer, makcik cafe, security, pekerja landscape, mak ayah. Jaga badan kau. Macam mana? Jaga pemakanan, malam tu silalah tidur. Bukan celik mata. Limitkan diri untuk buat kerja sampai pukul 12 tengah malam. Lepastu kau tidurlah. Kalau kerja tak siap lagi, usahalah bangun awal.
"Tidur pun ibadah. Fitrah manusia waktu malam untuk tidur. Jadi, tidurlah"
Aku rasa itu je yang aku boleh kongsikan. Apa yang penting, percaya bahawa rezeki semuanya daripada Allah. Kalau kau dah usaha bermacam cara, tapi masih tak dapat juga, jangan lama sangat bersedih. Itu lah rezeki kau. Untuk semester seterusnya, atau goal seterusnya, cuba kau fikir dalam-dalam, apa silap aku.. Semua orang boleh berjaya. Tidak berjaya di dunia, mungkin di akhirat sana. Dan itulah kejayaan yang sebenar-benarnya.
6 comments
Terima kasih ^^
ReplyDeleteSama-sama 💪
DeleteAssalamualaikum.... Semoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Aamiin. Semoga dipermudahkan segala urusan anda juga 😊
Deletenasihat daripada budak perform dari segala perkara ni sangatla berharga! hehehe kita selalu je intai blog ni kalau ada post baru. walaupun semangat menulis dah tak macam dulu. tapi i selalu menanti penulisan uu iam your fan btw!! 🤣🤣
ReplyDeleteHahahaha. I'm your fan too!! 😍
Delete