ASSALAMUALAIKUM
Hai guys. Lama betul aku menyepi, Viewer pun dah tak banyak. But, it's okay. Aku menyepi untuk beberapa bulan sebab sibuk dengan semester 1 aku. Dapat mula menulis balik sebab dah habis semsester. Lain masa aku cerita tentang semester pertama aku ya. Harini aku nak bercerita tentang sesuatu yang agak membanggakan akulah juga.
Dekat rumah aku ni ada satu laptop lama. Bila lama, banyaklah juga masalahnya. Sekarang pula semua students dari tadika sampailah universiti tengah menjalani online learnng. Aku memang ada laptop sendiri yang ayah aku beli masa form 4. Walaupun haritu laptop aku ni ada masalah juga, laptop aku tu masih lebih baik daripada laptop lama ni. Laptop lama ni 'lambat sangat', microsoft bermasalah, date/time masalah dan bateri pun rosak. Adik aku tahun ni dah mula sekolah menengah dan perlukan laptop. Tidak boleh tidak, kena guna jugalah laptop lama ni.
Sebelum ni aku dah minta tolong orang betulkan and it works well lah untuk beberapa ketika. Dia pun dah check everything and masalah dah selesai. Bateri laptop pon aku beli daripada orang yang sama juga. Tapi biasalah, laptop lama kan. Ada lah nanti timbul masalah-masalah lain pula.
Masalah yang terbaru ni, bila aku buka je laptop, screen jadi hitam tapi cursor nya ada dan boleh digerakkan. Aku tanyalah orang yang betulkan laptop aku sebelum ni, kenapa boleh jadi macam tu. Dia kata sebab ada masalah windows. Oh ye, orang tu senior aku. Jadi senanglah nak berhubung dengan dia ehe. Berbalik kepada kisah tadi, disebabkan aku tahu dia sangat sibuk sejak kebelakangan ni, aku membuat keputusan untuk cuba betulkan sendiri. Selama ni apa-apa masalah IT aku tanya dia sebab aku takut aku salah buat dan akhirnya menjadikan masalah tu lebih teruk. Tapi kali ni aku perlu juga buat sendiri. Sampai bila nak berharap pada orang je!
Aku pun mulalah search dekat google cara nak menyelesaikan masalah laptop lama aku ni. Search punya search, aku terjumpa satu video dekat Youtube tentang cara-cara untuk fix masalah tu. Aku beranikan juga diri untuk follow tutorial yang diajar dalam video. Gementarnya tu tak boleh nak luah macam mana. Dahlah laptop ni 'lambat'. Saat-saat menunggu tu penuh dengan suspend ya! Tapi Alhamdulillah, aku berjaya juga selesaikan masalah tu.
Follow me on Instagram: @blog.nasihattermasyhur