MY 1ST SEMESTER - DEGREE

by - 18:05

 

    Jujurnya, entri kali ini paling susah aku nak menulis. Entah kenapa, aku rasa serba serbi tak kena. Lama terperap dalam draft, berulang kali aku tulis dan baca semula. Mungkin sebab dah lama tak menulis, aku rasa kekok. Entri kali ini, aku akan bercerita tentang kehidupan aku sepanjang semester pertama, tahun pertama ijazah sarjana muda aku. 

    Ini bukanlah kali pertama aku belajar secara maya. Semester yang lepas, iaitu semester terakhir Asasi aku pun, aku perlu belajar secara maya. Walaupun sudah ada pengalaman sebelum ni, aku masih tak selesa dan tak suka pembelajaran secara atas talian. Konsentrasi aku tak sama macam di dalam kelas. Aku mudah terganggu dengan macam-macam benda. Secara mudahnya, aku masih struggle untuk mencari rentak menyesuaikan diri dalam pembelajaran secara maya ni. Tapi aku bersyukur, aku masih ada kawan yang sama kelas dengan aku, yang banyak bantu aku dan buat aku rasa tak keseorangan. 

    Semester kali ni, lebih perit daripada sebelum ni. Ada satu subjek tu aku terpaksa self-study disebabkan beberapa kekangan. Bukan pensyarah tak mengajar, tapi aku yang tak faham apa yang dia cuba sampaikan. Bukan tak bertanya, tapi jawapan yang diberikan pun aku masih tak faham. Jadinya, subjek itulah yang paling aku tak enjoy untuk semester ni. 

    Walaupun ada momen-momen menangis, rasa nak putus asa, hilang semangat, masih ada sesuatu yang manis yang boleh aku senyumkan. Haha, pelik-pelik je ayat aku kan. Hihi. Antara momen yang manis ialah aku dapat teammate yang best untuk satu subject ni. Adalah suatu kebahagian bagi pelajar universiti bila dapat group member yang function. Momen yang lain ialah aku dapat pengalaman bekerja dengan MRC dan Fellow. Sebelum aku masuk Gombak lagi aku dah target nak jadi MRC. Jadi dengan pengalaman ni, dapatlah sedikit pengalaman dan berkenalan dengan MRC dan Fellow. 

    Aku ingat lagi, waktu tu aku seorang sahaja bukan MRC. Aku cuma sukarelawan je waktu tu. Bila ada fellow ni tengah kenalkan barisan MRC yang baru dekat fellow-fellow yang lain, sampai dekat aku je madam terdiam. Yelah, sebab dia tak kenal aku. 😂 "Madam, saya bukan MRC. Saya volunteer je harini hehe" aku terus cakap dekat madam macam tu. Tergelak dia hehe. Nak dipendekkan cerita, fellow-fellow suruh aku apply MRC tahun depan. 😬 Tapi entah diorang ingat lagi ke tidak agaknya ya muka aku ni tahun depan. hihi

    Oh ye, mesti rasa pelikkan dengan jalan cerita aku ni. Kata belajar online, tiba-tiba dapat jumpa fellow bagai. Sebenarnya aku stay dekat kampus untuk sebulan lebih masa awal-awal semester haritu. Lepastu aku balik rumah masa PKP. Memikirkan mak ayah aku yang asyik risau dengan keadaan aku dekat kampus tu, maka aku buat keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa semester satu ni dekat rumah. 

********

RESULTS

    Siapa yang follow Instagram aku tahulah result aku lebih awal. Alhamdulillah, aku dapat results yang memuaskan. Aku berjaya dapat Dean's List untuk semester yang pertama ni. Masih ada lagi 7 semester berbaki. Semoga yang lainnya pun Dean's List juga. hehe. Memang itulah impian yang aku nak capai. Masa Asasi dulu alhamdulillah aku berjaya dapat Dean's List setiap semester dan 4.00 berturut-turut untuk 2 semester. Nak dapat 4.00 untuk Degree ni, aku tak rasa mudah. Tapi aku yakin, it is achieveable. I will do my best! 


Instagram: @blog.nasihattermasyhur




    

    

You May Also Like

0 comments