Outing! Karnival SK Sungai Kantan!

by - 22:53

Assalamualaikum

Untuk entry kali ini aku nak throwback pada hari sabtu 11/4/15 Adalah satu hari ni Nisa Zamberi (seorang blogger juga) ajak aku ikut dia pergi karnival kat SK Sungai Kantan iaitu sekolah lama dia. siapa nak tolak? Karnival kot! Jadi, aku cakaplah nak ikut.. Then beberape hari lepastu, Nisa ajaklah lagi 2 orang iaitu Aqilah Najihah dan Aqilah Idris. Kitorang pun call lah mak ayah nak confirmkan boleh ke tidak ikut Nisa pegi karnival tu.. Aqilah Najihah je yang mak die tak bagi.. sebab mak dia suruh die belajar.. Jadi, aku, Aqilah Idris dan Nisa sahaja yang akan menjejakkan kaki di SK Sungai Kantan.

Tibalah hari itu, kitorang bangun kul 5:30 (hambik kau, mangat gile nak gi karnival) then mandi.. kul 6 solat.. pastu kul 7 pulak mak Nisa sampai.. kitorang pun pergilah SK Sungai Kantan! Dalam hati duk jerit SK Sungai Kantan mu tunggu kami datang! hehe Setibanya kat situ, kitorang duk pusing-pusing satu sekolah sebab tak tahu nak buat apa. gerai semua belum buka lagi.. ada lah beberapa pic yang kitorang sempat ambil sebagai kenangan..





Fokus utama kami ke karnival ni sebenarnya untuk masuk rumah hantu!


ha! pocong sudah menanti..
OH YEAH.. tgk pocong tu.. wuishh, seram kau! ahah! Nak dipendekkan cerita, kitorang kena masuk dengan ade 2 orang budak ni.. Ya allah, bila dah kat depan pintu tu memang jantung ni tak boleh berhenti berdeguplah senang cerita.. memang gementar habislah! Aku dok kata kat Nisa "Nisa, takutnya!!" herm, ni baru kat luar.. aiseh, dalam macam mane ntah.. yang ajaibnya budak dua orang tu steady je.. tak nampak gementar langsung! waktu tu aku dengan Nisa macam tercabarlah juga.. BUDAK KECIK KOT??? kita yang dah besar ni pun takut.. aih..

"ok, masuk!" my god, itulah ayat yang paling menakutkan bagi aku waktu tu.. kita dah nak masuk rumah hantu! dengan berbekalkan keberanian yang masih bersisa, aku pun mengagahkan kaki untuk melangkah masuk.. budak dua orang tu kat depan, kitorang bertiga kat belakang diorang. Bila cikgu tutup je pintu, dua orang budak tu mula tolak satu sama lain.. "Kau pergi lah dulu!" "Kaulah!" Kau!" "Kau!" itulah dialog diorang.. sampai kan cikgu bukak pintu sampai 3 kali! yang kitaorang kat belakang ni duk tunggu.. bila nak jalan.. bile nak jalan?? kitorang senyap jelahkan.. pastu tiba-tiba diorang datang kat kitorang and tolak kitorang ke depan.. "Akak pergilah dulu! Pergilah dulu!" herm.. camtulah ayat diorang.. Aku pun ok ja, Aku duk depan sekali.. bila nak gerak tu, tak boleh nak gerak! sebab apa? sebab budak-budak tu duk tarik ke belakang.. sampai tak boleh nak jalan.. Aku pun tarik diorang kuat-kuat untuk masuk...

Baru start masuk ni aku dah konfius.. "Nisa, lalu mana ni??" sebab Nisa duk belakang aku. Nisa jerit "STRAIGHT!" aku pun iyakan.. jalan-jalan, aku pandang atas.. nampak ada benda tergantung, dalam hati aku terdetik "ok, gerenti benda ni jatuh nanti.." beberapa saat lepas tu benda tu ke bawah. benda tu ialah KEPALA!! Aku tak jerit pun.. sebab dah spoil. yang jerit budak-budak tu lah.. pastu jalan-jalan lagi nampaklah ada patung pocong apa tu semua.. bila sampai kat satu corner aku dengan Nisa terjatuh! sebab budak-budak tu tarik kitorang... Aku dah naik angin waktu tu aku pun marah diorang. Kesian budak tu.. harharhar "xpayahlah tarik2!!!" tapi diorang mcm buat dek je cause diorang terlampau takutlah kut.. i was like, kalau takut sangat baik tak payah masuk.. hehe

pastu cikgu datang, dia cakap "eh2! bangun2!" pastu aku tanya cikgu tu mana jalan keluar? pastu cikgu tu pun tunjuklah.. bila nak keluar tu ternampaklah ade 'jembalang' ni menjenguk.. Aku dalam hati terdetik "o..k, ade hantu kat situ" Aku pun lalu lah.. bila lalu tepi hantu tu aku sapa hantu tu "hai~" lol.. pastu keluarlah.. tamatlah ekspedisi paling membengangkan kitorang.. Semua cerita duk polak ngan budak tu.. Tudung Nisa kene tarik sampai brooch die tercabut! nasib dia sempat tangkap.. Aqilah pula, keluar-keluar ja tudung dah senget benget.. alahai, siannya diorang.. Tabahlah ya? Dugaan... hihihi

Selepas itu, kitorang pun merelakskan otak dengan main buih sabun.. lol..


tetapi malangnya! waktu main buih sabun pun ada lagi perkara yang membuatkan kitorang stress.. ada budak laki ni dia terlanggar bekas sabun kitorang.. banyak gila yang tumpah..Aku tengok ja budak tu.. budak tu pulak buat muka cam nothing happened.. annoying betul.. hehe tu jelah yang kitorang buat kat situ.. walaupun banyak benda yang membengangkan kitorang, but actually itu semua boleh dijadikan kenangan.. kenangan yang ia takkan dapat diulang kembali.. tak kesahlah ianya memori yang pahit ke manis ke, ia tetap akan menjadi kenangan yang berharga buat aku.. Apa-apa pun, aku happy gila hari tu! Terima kasih Nisa sebab pelawa kita pergi SK Sungai Kantan!




You May Also Like

0 comments