Memori Terindah ---> STEM 2015

by - 23:31


Assalamualaikum

Sebenarnya Nas sebak nak cerita pasal kem STEM ni... kenapa?? sebab kem ni sangat-sangat best! Bila Nas nak cerita, Nas rasa sedih sebab terpaksa meninggalkan kem yang best and banyak input ni. Tapi apalah daya Nas sebagai seorang hamba untuk menghentikan masa. Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Lagipun ia hanyalah kem! kem untuk menambahkan ilmu dan pengalaman bagi setiap pelajar yang menyertai kem ini.

Nas ingat lagi, waktu tu periksa Sivik. Last day examination bagi setiap pelajar. Kecuali Naslah sebab Nas ada lagi 3 paper tak jawab. sebab Nas demam haritu.. huhu.. Tiba-tiba dua orang Cikgu Nas masuk. Dia ketuk pintu.

"Maaf mengambil masa kamu sekejap. Cikgu ada pemberitahuan. Ada sesiapa yang berminat untuk menyertai kem STEM tak? Maksud STEM ni ialah Science Technology Engineering Mathematics. Kem ni akan diadakan di UKM,Bangi. Seramai 20 orang cikgu perlukan. Semuanya percuma. Kem ini peringkat kebangsaan. Akan diadakan selama 6 hari 5 malam.. Ada sesiapa berminat??"
Nas dah tahu beberapa hari sebelum cikgu bagitahu hari tu. Nas mula-mula fikir tak nak sertai kem ni. Sebab 6 hari kut! Nas telah mengambil 6 hari yang penting daripada cuti pertengahan tahun ni! Nas takkan bazirkan masa selama 6 hari untuk kem yang entah best atau tidak ni. Lagipun Nas agak fobia bila dengar perkataan 'KEM' ni.. why?? sebab Nas pernah merasa 'alone' kat kem. dan Nas tak sukakannya. Sampailah hari tu, tak tahu kenapa, hati Nas tergerak nak pergi. Nas tanya kawan Nas kat belakang. Nas tanya dia nak pergi atau tidak. Dia kata dia nak pergi. Makin semangatlah Nas nak ikut! Orang depan and kiri Nas pun nak pergi. Nas pun pinjam telefon cikgu untuk mintak kebenaran kat ibu Nas. Al-maklumlah, Nas ni budak asrama. Nak tak nak, terpaksa pinjam telefon jugak.  Dengan izin Allah, allah telah gerakkan hati ibu Nas untuk memberi kebenaran kepada Nas untuk menyerta kem ini.

Pagi petang siang malam hati Nas teragak-agak. Betulke keputusan yang aku buat ni?? Tapi banyak kali jugak Nas berbisik dalam hati Nas, 'Perancangan Allah itu yang terbaik untuk aku. I'll just follow the flow. Percaya kat Allah Nas'. Setiap kali lepas solat, Nas tak pernah lupa untuk titipkan doa supaya Nas akan dapat kawan baru kat sana. Nas cakap yang Nas nak cuba rapatkan ukhuwah antara sesama muslim. Nas juga ada cakap untuk keselamatan Nas jugak.

Setelah 2 hari berlalu, harinya tiba jua. Pada 30 Mei, 7 pagi. Nas sampai di bumi tarbiyah (SAM Hulu Langat). Hati Nas masih tak henti berbisik Betulke keputusan yang aku buat ni?? Nas masih tak percaya yang Nas sertai kem ni. Bila ternampak kawan-kawan Nas yang sertai kem ni jugak, Nas lupa semua kerisauan yang bertandang di hati. Yang Nas rasa hanyalah kebahagiaan bersama sahabat Nas.

orang belakang promote novel tu.. belilah ye?


so, this is some picture of me before we went to UKM. Pukul 8, kitorang bergerak ke UKM, Bangi naik kereta cikgu. Sampai kat pintu gerbang UKM, kitorang mula mencari Kolej Pendeta Za'ba di mana kitorang akan menginap. Susah jugaklah nak cari sebab UKM ni besar! banyak kali jugaklah kitorang pusing-pusing satu U ni. Namun walaubagaimanapun, Allah telah menunjukkan jalan. Kami sampai jugak ke kolej. Kitorang pun check-in bilik. Nas duduk sebilik dengan Khalisah dan Nabilah Harom. Walaupun biliknya kecil, tapi ia cukup memadai dan tak pernah kami terasa sedih kerana duduk 1 dorm 3 orang.

antara bilik paling hujung
Selesai letak barang. Nas and semua budak SAM10 gerak ke perhentian bas. Kitorang naik bas untuk pergi ke Dewan Budiman. Dalam Bas, Nas duduk dengan Nabilah Harom. Sebelum dapat tempat duduk tu adalah kawan Nas ni nama dia Umar. Dia kata macam ni "Weh Naseha. Duduklah sebelah die" Dia suruh Nas duduk sebelah lelaki. Lawak apa dia buat?~ #Hambar hahaha! ok2 sambung.. Akhirnya Nas pun duduklah dengan Nabilah. Depan seat kitorang ade sorang perempuan. Nabilah pun tanya "Sape name?" Dia pun cakaplah nama dia Aina. Kitorang pun mula bertukar-tukar perihal diri. Waktu tu, Nas rasa bersyukur, sebab Nas dah berjaya dapat seorang rakan baru.  Sampai sahaja kat Dewan Budiman tu, kitorang beratur untuk ambil tag. Pada mulanya Nas fikir tu tag biasa je, tapi sebenarnya tag kumpulan. Nas dapat tag warna ungu yang melambangkan unit Urban Infrastruction. yeah, i'm an engineer in this camp. ohohoho~ mula-mula Nas rasa macam apahal aku jadi engineer?! aku nak jadi Accountant! tetibe je..

Lepastu kitorang pun masuk dan dengar taklimat daripada akak fasi. Lepastu dengar pulak penerangan daripada penaja iaitu syarikat cari gali minyak dan gas iaitu EXXONMOBIL. Pernah dengar station minyak Esso?? itu bawah diorang. Tapi sekarang dah dibeli oleh Petron. Kereta f1 Mobil 1 pun diorang punya gak. Dekat setiap dunia ni, ada syarikat EXXONMOBIL ni. Nampak tak betapa kayanya diorang. 

penerangan hari ke-3 tentang pembinaan dasar pelantar minyak.

Selesai penerangan daripada EXXONMOBIL, kami diarahkan untuk duduk di dalam unit masing-masing. Kami duduk dalam kumpulan. Kumpulan Nas ialah Khalisah, Kamilah dan Robi. Robi ni kawan baru Nas. Orangnya sangat baik. Nama dia Robiatul Adawiyah. Kitorang mula belajar tentang Isaac Newton's Law. KLIK SINI kalau nak tahu lebih lanjut tentang 3 law yang dibuat oleh Isaac Newton. Kitorang buat experiment jugak. Experiment first kitorang kene buat payung terjun and jatukan pemberat kat tempat yang bertanda X sambil berlari. it's quite hard.. but still we make it. Experiment ni berkaitan dengan law pertama oleh Isaac Newton. Experiment ke 2 pula kitorang disediakan tali, tape, belon and straw. 1st kitorang tiup belon and lekatkan kat straw. straw tu pula masukkan kat tali tu. dua orang pegang setiap hujung tali and bagi tegang. lepastu lepaskn belon tu and kira berapa masa yg diperlukan. WTC (what the change) dia panjang straw and besar belon tu.

Lepastu kitorang disediakan minum pagi. Ingat lagi, Nas and kawan Nas Kamilah tak puas hati sebab kitorang tak faham konsep law Isaac Newton. Kitorang dok cari kat pakcik google. Lepas makan, kitorang masuk balik and belajar pasal Faraday Law. KLIK SINI kalau nak memahami tentang Faraday law ini. Kitorang x dapat buat cause kekurangan bahan so, kitorg just belajar mcm2 tu je.
Kemudian kami makan petang and balik ke bilik masing2. Lepas bersiap semua kami kena pergi ke surau untuk tunaikan solat maghrib. Sejujurnya Nas cakap sekolah Nas selalu yang terlambat datang. Walau macam manapun, kami tak pernah tak solat berjemaah waktu maghrib. Kami lambat bukan apa, sebab nak mandi kena take turn. Air pulak kecik cekenot je.. memang lambatlah.. ye dok? Usai solat, kami diberi makan malam. Kemudian solat isya'. Lepastu kitorg masuklah ke bilik unit masing-masing. Tak tahu kenapa, bilik inilah yang paling saya rindukan. Mungkin kerana banyaknya kenangan dan ilmu yang saya dapat di bilik ini. Bilik ini ialah bilik kimia.



Hari pertama di bilik tu, kami belajar cara engineer menilai kebersihan air. Kami belajar cara untuk cari ph air. Then akak-akak and abg fasi ada bagi air kolam kat kitorang. Mula-mula tu saya fikir air tu kotor. Yalah, mana taknya. air warna coklat! ada benda2 pelik pulak dalam tu. Tapi lepas dengar penjelasan diorang, sebenarnya air itu bersih sebab ada haiwan mikrovertebrata kat dalam air itu. haiwan2 ini hanya akan tinggal kat tempat yang bersih sahaja. Jadi ini bermakna air ini memanglah bersih. 1 malam sahaja, saya dah suka dengan kerjaya sebagai engineer. Pukul 10:30 malam, kami diberi supper. Lepastu balik dorm masing-masing.



Keesokan harinya Nas bangun pukul 5 pagi. Sebenarnya nak bangun pukul 4:30, tapi terlajak pulak! Nasib kawan terbangun. Kami pun siap-siap. Pergilah solat subuh kat surau Pendeta Za'ba. Usai solat, kitorang pergi semula ke Dewan Budiman dan dengar penerangan daripada EXXONMOBIL. Selesai minum pagi kitorang pergi ke bilik unit masing2. Hari ke 2 kami belajar cara membuat waterwheel. You know, Kincir air? Yeah, that's exactly what we do. Just using a bottle, tape, rope and pemberat. So, this what i've made with my group.

antara waterwheel paling kecil >//<
Lepastu, kitorang belajar cara buat pam air. Pam air ni digunakan untuk mengambil air drpd bawah tanah. Ini lah pam2 air yang unit urban buat.


Lepastu kitorang belajar cara untuk mengambil tanah. Tak tahu nak terangkan macam mana, but engineer ada guna benda ni. 
Malam itu, ada sharing daripada seorang prof kalau x silap. Dia cakap pasal Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam perspektif Islam. Jadi inilah antara slot paling best kat Dewan Budiman.. haha.Prof ada cerita tentang sejarah barat. Katanya, org kristian (paderi) akan bunuh org yg ilmunya bercanggah dengan agama. Maka terjadinya peperangan antara org2 barat and paderi kristian. Akhirnya paderi kristian kalah, dan mereka (org barat) meletakkan agama serendah2nya. Sebab itulah sekarang, ada ilmu yang bercanggah dengan agama. Nas ada tips untuk pembaca sekalian.

bacalah :- bismillahi tawakkaltu ala allah wala haula wala kuwwata illah billahi a'liyil a'zim..   kalau baca ni, maka syaitan akan mengangkat bendera putih.

Selesai sharing drpd prof, kitorg balik dorm. Then tidurlah.. krrooooooooooooohhhhhh~~~~~~

The next day, as usual.. EXXONMOBIL bagi penerangan. lepas minum pagi pergi bilik unit. Ok, hari tu kitorg belajar tentang filtration. Kitorang ambik tanah and campurkan dengan air. lepastu kitorang ambik kertas turas and letakkan kat satu bekas. then tunggulah sampai air tu kering. ok.. lepastu kitorang belajar tentang tegasan sentuh. The best learning and panic moment since i'm in unit urban infrastracture. kitorg kene buat model bangunan yang kukuh. beberapa lama menyiapkn bangunan, inilah hasilnya~~ tadaa!!




actually this is not what i'm thinking.. but it just we dont have much time to make it better. i've made a wrong calculation for it's base. so yeah, bangunan ni x kukuh sgt. = =" so ini ada video masa nak uji kekukuhan bangunan kitorg.. sebelum tengok, Nas mintak maaf kalau video ni terlalu bising dengan sara Nas yang tak merdu ini.. haha!


bangunan paling kukuh drpd grup 2

bangunan yg roboh smasa menguji kekukuhan bangunan

Lepastu, kitorang belajar tentang Waste Mangement.. what's that? ok, dimanakah sampah2 daripada rumah anda (yg x boleh dikitar semula) dibuang? do you even think about it? actually, sampah2 itu dihantar ke tempat pelupusan sampah. Caranya ialah dengan menanam sampah2 tersebut dengan tanah. Adalah cara2 spesifiknya.. Nas xleh nak terangkn. Kalau anda nak tahu, bertanyalah kat ruangan komen. Inshaallah Nas tolong jawab.

menguji tahap kebocoran sampah yg ditanam
Lepastu kitorg belajar psl Natural Disaster such as gempa bumi, letusan gunung berapi and something like that..

kotak2 tu mewakili bangunan. ini utk menguji bangunan mana yg akn jatuh dahulu

 Then, kitorg belajar pasal frekuensi. Setiap benda di dunia ni ada frekuensi. Contohnya seorang perempuan menyanyi. Ttibe gelas terpecah. Gelas tu pecah kerana frekuensi suara perempuan tu dgn gelas tu sama. it's the same bile sesebuah bangunan tu jatuh.. Lepastu, kitorg pun balik. and lakukan rutin mcm biasa. Malam itu ade perkongsian tntg math. but unfortunately, Nas x fhm habuk pun. cause Nas masuk lmbt. x ingat sbb ape. tpi yg pasti Nas masuk lmbt.

Esok paginya (hari ke 4) pagi2 ada ceramah daripada Kak Yam. dia bagi ceramah 2 hari. setiap pagi. ni antara gmbr sempat Nas curi2 ambik.. hehe

hari ke 4. dek kerana sume ngantuk, buat kat luar surau

hari ke -5.


Hari ke 4, hari terakhir Nas akan duduk kat bilik kimia. bilik unit urban infrstructure. pelajaran terakhir waktu tu ialah bagaimana cara tanah terhasil. actually tanah terhasil drpd batu yg telah melalui proses luluhawa. batu pulak ada 3 jenis. (yg Nas bljrlah). Igneus,Sedimen and Metamorf. Igneus terhasil drpd magma (larva) apabila magma mengeras. Sedimen pula terhasil drpd tanah melalui proses luluhawa pastu dimampat lalu terjadilah batu. Metamorf pula batuan yg mengalami tekanan and haba yg tinggi.

Itulah dia pelajaran yg terakhir, dan kali terakhir Nas masuk dlm bilik tu. Lepas tu, Nas diarahkn utk masuk ke dlm grup Smart City. Smart City ni akn digabungkn drpd semua unit. 3 Urban (Nas, Adriena and Ammar), 2 Energy (Fathimah and Atiqah), 2 Transportation (Pavithra and x ingat sorg lagi but indian jgk) and 2 Wireless (Faris and x ingat) hehe.. itulah dia group Nas.  Group Nas telah bercadang untuk buat Smart Island iaitu satu2nya pulau dlm program smart city ni. Dengan bantuan Fathimah, group ni berjalan agak lancar. Nas dalam group  ni jadi juru ukur bahan ngan Atiqah. Actually, Nas agak terkilan sbb dpt jawatan ni. yelah, penat2 Nas belajar selama 3 hari ni utk jdi engineer, but i just get juru ukur bahan. tpi, perancangan Allah itu yg terbaikkn? Nas pun redha jelah.

Macam2 rintangan yg Nas lalui selama 2 hari selebihnya ni. Kene marah ngan Fathimah, pening dengan perangai Dato' Bandar (Faris) yg slalu hilang entah ke mana. Nas sbenarnya x berapa suka dengan Fathimah. sbb ego dia terlalu tinggi. Tapi Nas cuba fahami dia. Nas tahu, dia nk terbaik utk group dia. Dan Nas tahu dia mewarisi sifat tegas ayah dia. Nas cuba untuk fahami diri dia. Tapi apa jelah yg Nas boleh buat. Nas manusia jugak. Nas tak pernah tak terasa hati bila bersama dengan dia. Tapi Nas tak bencikan dia. Nas tahu, sebab dialah.. oppss! xleh smbg, nnti spoil lak!.. hehe.. sorry, nnti smbg balik.

Tibalah hari terakhir, iaitu hari pameran. And, island kitorang dinamakan sebagai 'Last Minute Island'. semuanya bermula sebab Nas nak buat punchline jer.. tapi fasi kata bagus jugak letak nama tu. Nas ckp last minute island sbb pulau yg kitorg buat ni last minute. and kitorglah group terakhir yg siapkn. so, mmg last minute.


gua yg menyebabkn terjadinya pulau last minute island. (mnjdi tarikn pelancong)

atas gunug tu ada kincir angin. bangunan hujung kiri tu ialah residential.

airport

pulau solar. 
bersama Dato' Bandar (Faris)
Nas nak share sikit antara smart city yg dibina oleh group lain...







Actually ada lagi yang gempak, but tak ada masa nak ambik cause kena layan juri and tetamu yang hadir.. Tibalah waktu pelancaran kem STEM ni.. Umar, kawan Nas yang kacau Nas masa kat bas tu duk kayuh basikal ni.. jom tengok!


sorry for the bad quality..

Setelah beberapa lama, tetiba abg fasi Nas. Nama dia Abg Muaz. Dialah yang banyak bantu Nas sejak kat unit Urban lagi. Dialah antara fasi yang Nas rindu. Abg Muaz dengar cite yg group kitorg dpt tempat pertama dlm smart city. Nas fikir dia tipu! sebab dia ni mmg suke loyar buruk sikit. Tapi tengok2, mmg betul! Kitorg menang tempat pertama! Nas mmg x percaya! sebab kitorg dh lah buat last minute. Kalau korg tengok, bangunan kitorg pun xde havoc sgt! cmtu2 je.. tpi mng.. Abg kate yg kitorg mng sbb semua barang2 elektrik berfungsi. Alhamdulillah, allah permudahkan segalanya. Nas memang selalu mendoakan supaya group Nas akan menang. Tanpa disangka-sangka, Allah terima doa Nas. Alhamdulillah.. terima kasih ya allah. Nas nak sambung pasal Fathimah.. Nas nak cakap yg Nas tak mampu nk benci dia.. sebab dia dh banyak berjasa pd group Nas, kalau dia tak bertegas, mungkin group kami tak akan menang. Terima kasih Fathimah. Tapi tulah, tak mo garang sgt na~ macam rimau! takut org nk dekat! hehehe..

Itulah sedikit sebanyak apa yg berlaku di kem STEM. Semoga anda yang membaca ni terhibur dan mendapat ilmu baru.

Sebelum Nas nak undur diri.. Nas nak cite pasal abg fasi sorg ni. Nama dia Abang Taufiq. Dia ni ganteng bak kate org indonlah.. hahaha... dia selalu jugaklah kacau Nas. Dia panggil Nas ni Habibah. Pasai muka Nas ni sebijik macam kwn dia yg nama Habibah. Kdg2 klu terjumpa, mulut dia ringan ja panggil Nas Habibah. Waktu mula2 tu mmg pelik and kekok jgklah.. tapi lama2 dh biasa. Dan skrg ni, rasa rindu pulak bila dah tak jumpa abg Taufiq. Semuanya hanya kenangan sekarang. Ingat lagi, hari terakhir kat STEM. Nas tak duduk pasai takde kerusi. Nas pun berdiri jelah. Abg Taufiq wktu tu kat blkg je. Dia kate cmni.

"eh, duduklah.. pergi ambik kerusi"
"eh, x pelah abg.. saya dh lama dh duduk nak berdiri pulak lah" Nas jawab cmtu. ttiba dia ckp cmni!
"abg ckp betul ni.. klu tak nak ambik, abg ambik kn" kaki dia dh mula bergerak nk ambik kerusi utk Nas. Wktu tu Nas tersentuh sgt2! Tak pernah ada fasi sebaik mcm ni.. Nampak macho pun ada gak.. Bertuah betul Nas dpt jumpa org sebaik abg Taufiq.
"abg! tak payahlah.." Nas menolak. Dia pun tak ambikkan 
Ada lagi satu ayat dia yg buat Nas tersentuh. Waktu tu kat bilik urban. Waktu ni first time, dia ckp dengan Nas. And waktu nilah yg dia bgi tahu psl kwn dia Habibah tu.

"eh, nak tahu tak? abg ada kawan muka sebijik mcm kamu. mcm kwn kamu lgi sorg tu pun sama"
"yeke? abg ade gmbr die?" Nas tanya abg tu.. yelah nkkn kepastian.. pasal dh ramai sgt org ckp muka Nas ni same dgn tulah.. inilah. Abg tu sengih kat Nas. pastu dia cakap.
"Abg tak simpan gambar perempuan.. ceh~" Dengar je ayat yg terpacul keluar kat mulut abg Taufiq ni Nas terus kaku. Macam.. ya allah, bagusnya abg ni.. Nas pun senyum jelah.. pastu smbg eksperiment.
Itulah kisah abg Taufiq.. akan ku kenang sampai bila-bila. Nas sangat2 tak menyesal pergi kem ni. Kem ni yang paling best antara semua kem yang Nas dh pergi. Nas akan sentiasa ingat memori ni. Dan akan Nas simpan memori ni dengan sebaiknya dalam kotak memori. Terima kasih ya allah kerana memilih aku untuk menyertai kem ini





You May Also Like

0 comments