SOLAT KAU CAMPAK MANA?
Assalamualaikum
Pukul 7 tadi aku baru je balik daripada Penang. Perjalanan balik tu tak payah ceritalah. Jammed yang amat! Padah balik time hari raya. But actually it's not our fault. Kitorang pergi Penang pun dengan satu tujuan. Untuk menghantar kakak sulung ke Universiti Sains Malaysia (USM). Tahniahlah akak dapat juga menjejakkan kaki ke universiti pilihan. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.
Jadi apa kena mengena dengan tajuk entry yang macam nak cari gaduh dengan orang?
Ni apa yang diceritakan oleh mak akulah.
Sesi pendaftaran pada hari itu sangatlah mencabar fizikal dan mental.
Kakak aku dapat ' TEKUN ' . K, tak tahulah pembahagian apa yang diaorang buat tapi kakak aku dapat pelajar tekun. *tekun ke kau? hahaha (gelak macam orang jahat)*
Sesi pendaftaran bermula pada pukul 2:30 petang. Kami sampai pada pukul 2 petang. Jadi masih ada masa berbaki setengah jam. Tapi walaupun setengah jam, kakak aku dah 'TEKUN' beratur dekat line pendaftaran. Ia adalah satu strategi di mana lebih baik beratur terus daripada pukul 2:30 baru terhegeh-hegeh nak beratur. Logiknya beginilah, kalau kau beratur lebih awal, kau mungkin orang ke 100, tapi kalau beratur lambat kau mungkin orang ke 1000. *Bijak mak aku*
Jap, apa kaitan?
OK fine! aku tahu korang nak tengok point entry je. Ceh! Nanti aku buat entry khas untuk luahkan kisah pahitnya merantau ke Penang. *jangan salah sangka, aku suka pi Penang. Cuma dugaan tu jaa *
Aku rasa kalau hari tu tak hujan, tak teruk sangat kot. Tapi Allah takdirkan hujan juga. Mungkin nak menguji ketabahan hamba-hambanya yang nak menghantar anak-anak ke USM ni? Apa-apalah. Perancang terbaik itu allah.
Untuk ke asrama kakak aku, kami perlu meredah jambatan dulu. Boleh bayangkan tak beribu-ribu orang dan beg yang dibawa bukan sikit! Tangan penuh kiri kanan. Jalan lecak apa semua. Kalau tak silap aku, ada yang dapat ujian lebih daripada Allah. Dia terjatuh! Kesiankan?? huhuhuu...
Kami pun diuji juga.. Dengan kepayahan membawa beg besar dan banyak, tiba-tiba pencuci baju kakak aku yang masih lagi baru terjatuh. ' Bagai jatuh ditimpa tangga'. Dahlah jatuh, penutup pecah, sabunnya pun keluar juga. Air mata kami pun keluaq juga.. huhuhu *part air mata tu rekaan semata-mata. takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia*
Dah sampai asrama. Alhamdulillah! Wah, ada lif! hmmm, tapi bila ramai sangat dah berasak-asak nak naik lif, kau rasa? Dengan tenaga yang masih bersisa, kami menggagahkan juga segala otot, sendi, urat dan juga tulang segala jenis tulang untuk menggunakan perkhidmatan tangga. Alhamdulillah ada tangga. Kalau takde tangga aku 'call' cicakman mai datang tolong. Boleh shortcut panjat dinding. ermmm..
" Aku support hero buatan Malaysia. "
Tiba-tiba...
"Tak payah sibuk fikir pasal solatlah!"
Deng deng DEENGGGGGGG!!!!
Astaghfirullahalazim. Saya tahulah pakcik penat. Pakcik panas. Kita semua melalui perkara yang sama. Kita semua menghadapi dugaan yang sama. Tapi pakcik tak sepatutnya cakap macam tu.
Solat itu bukan perkara main-main. Bukannya satu benda yang remeh. Solat itu ialah perintah daripada tuhan yang menciptakan kita. Solat itu ialah satu hadiah untuk hambanya. Solat itulah yang mampu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi setiap duri-duri kehidupan.
Aku ni takdelah baik sangat macam malaikat. Aku tahu aku ni banyak buat dosa dan andai kata dosa itu mampu dilihat dan baunya busuk, takde siapa yang akan dekat dengan aku. Pandang pun tak nak macam boleh mati heart attack tengok aku. Kita manusia tidak pernah lari daripada kesilapan *ye aku tahu ayat cliche.* Orang selalu kata " hek eleh! Kau pun buat! Sembang je lebih! "
Ingatlah kata-kata daripada seorang ulama ini
لا أنظر إلى من قال, أنظر إلى ما قال
" jangan lihat pada siapa yang bercakap, lihatlah apa yang cuba dia sampaikan"
dan buat si pemberi nasihat ingatlah kalam suci daripada allah ini
" wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan?"
"amat besar kebencian disisi allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
Semoga perkongsian hari ini dapat memberikan ibrah buat diri aku dan kamu.
1 comments
selalunya dahulukan solat dulu kalau nak buat apa pun. Kalau tak solat lagi rasa ada hutang besar tak settle lagi. bertabahlah dengan ujian jatuh ditimpa tangga :P
ReplyDeleteAnyway, singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)