Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Contact
    • Twitter
    • Instagram
    • gmail
  • Tutorial
  • Tips
facebook twitter instagram Email

NASEHA SYAHIRA

Assalamualaikum

Entry kali ini hanya pendek tapi memberi peringatan yang cukup mendalam dalam diri aku, dan mungkin kamu. 

================================

Pagi tadi aku pergi speedmart. Selepas dapatkan semua barang yang aku perlukan, aku pergi ke kaunter pembayaran. Ada seorang Uncle tengah buat pembayaran. Dia speaking and his face is like  Chinese. Fair skin. Lepas dia bayar, dia tanya cashier, "can you do me a favor? tak sampai 10 saat pon". Waktu tu aku just terfikir dia ni nak menjual produk dia or insurans ke something lah kan. Aku hanya menunggu jelah. Cashier tu pun jawab "yes, what is it?" 

Uncle said, "Selawat ke atas nabi 3 kali"

Aku kat belakang, tersenyum! Masyaallah, bagusnya Uncle ni. Bibir aku automatic terkumat kamit membaca selawat. Uncle tu pun cakaplah kita dapat ganjaran 10 kali ganda sebab kita berselawat ke atas nabi. Hari ini, Alhamdulillah, dah dapat pahala berselawat. Uncle pandang aku and dia kata "awak pun berselawat kan? Alhamdulillah dah dapat pahala hari ni. Terima kasih lah ye mendengar tazkirah ringkas daripada pakcik hari ni hahaha" Aku pun gelak and senyum sekali. Akhirnya Uncle tu berlalu pergi. 

Guys, mudah bukan nak mengajak manusia untuk melakukan kebaikan? 

Sedarkah kita, betapa kedekut dan bakhilnya kita untuk selawat ke atas nabi?

Selawat? Dalam solat jelah selawat. Kalau solat. Kalau kita tak solat? 



Peristiwa hari ni bagaikan teguran untuk diri aku daripada Allah. Betapa kurangnya aku ingat pada kekasih-Nya. Betapa kurangnya selawat aku ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Betapa besarnya kecintaan kepada dunia berbanding yang haq. Kita terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga lupa modal insan yang perlu kita ikuti, Allah yang perlu sentiasa kita utamakan. 

Tidak salah bekerja, belajar, menguruskan hal duniawi. Kerana kita juga ialah Khalifah yang perlu memakmurkan dunia, tapi janganlah lupa dan leka bahawa kita masih abdi dan perlu taat patuh pada pencipta.
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum

Bila aku masuk UIA ni, aku adalah berangan nak ada kawan international. Tak kisahlah negara apa pon kan. I just dream to have one, or more. If possible. HAHA. Alhamdulillah, it is not just a dream anymore. It had become a reality. I have an international friend! Her name is Arub Amin and she's from the UK. So whenever I need to communicate with her, I need to speak in English. She still cannot speak in Malay but she already knows some of the words like comel, cantik and etc.

I get to know her when we met at Merdeka Night. Malam tu, every student encouraged to wear kain batik (for sisters) because we want that patriotism spirits. There was a lot of cultural performance and theater that night. So on that night, Arub experienced new things and knows more about our culture. Aku macam bangga gila do waktu tu. HAHAHA Why? Sebab dia kata, dekat negara dia tak sambut kemerdekaan semeriah negara kita. Bangga kan? She saw my kain batik and she would like to have one because it's so pretty! So, I decided to buy one for her.

I bought this one at Bandar Tun Razak less than RM20
So starting from that day we are friends! What makes me really proud of myself is I can speak in English and she understand what I'm trying to say. I have really low self confidence when it comes to English, but I challenge myself to use that language, get used to it because I know how important it is for my future. 

ISLAMOPHOBIA EXPERIENCE

Bila cakap pasal Arub ni, gosh.. She's so nice and she makes me realise betapa bertuahnya kita dilahirkan sebagai seorang Muslim di negara Islam. Aku tanya dia pasal Islamophobia dekat UK. Memang ada and dia pon pernah kena. Verbally. Still alhamdulillah sebab not physically. 

Dia dekat sekolah waktu tu and dia ada satu bag yang dia bawak pergi sekolah. Then a guy cakap dekat dia, "what's in your bag? A bomb?".  Dia pon pernah experienced orang kata dia terrorist. Bila dia cerita tu aku teringat perjuangan orang-orang Islam dulu. Kena caci, kena seksa and everything because of our faith. Kita tak pernah rasa semua tu dekat Malaysia because majority is Muslim. That's another thing that we need to be grateful.


HER FAITH

I am only a human dan aku tak rapat pun dengan dia sangat. Tapi based on apa yang aku perhatikan, dia jaga agama dia. Like after solat dia akan luangkan masa sikit untuk berzikir. Aku ni ya allah... iman tu macam berterabur je. HUHUHU 

Ada sekali tu aku teman dia untuk hantar assignment dekat bilik lecturer. Dia kena slide je assignment tu melalui lubang kat bawah pintu tu. You get what I mean? Tapi disebabkan assignment tu ada ayat Quran and pasal agama dia berat hati nak slide through the door sebab kat lantai kan. She asked me banyak kali, "is it okay?" aku terkelu lidah nak cakap. Sentap jugaklah waktu tu sebab aku baru je hantar assignment yang sama, slide bawah pintu jugak tapi aku tak terfikir pon ada ayat Quran, it is not appropriate lah apalah bla bla! Akhirnya dia slide je sebab dia yakin dengan ustaz dia sebab ustaz yang suruh buat macam tu.

Kalau cakap pasal social media pon dia selalu share pasal agama. Bagus sangattt. :') She always said masyallah tabarakallah, alhamdulillah, inshaallah. And she also very grateful that she can call people here as sisters or brothers because islam itu kan bersaudara. Aku masuk UIA bila kena cakap sister and brother macam cringe sikit. But luckily aku dah biasa sebab kat kisas lagilah kena cakap muslimin muslimat je. Haram sebut nama lelaki pula tu! HAHAHA poodaaahh aduhai jahatnya aku. wakakakaka. But yeah baguslah ada 'sister' and 'brother' ni since kalau aku nak panggil orang yang I don't even know boleh je panggil "SISTERRRR!!!" selain "WOI PEREMPUANNNN!!" okay okay tu gurau. HAHA 

Before I end my entry for today, I would like to share with you guys some screenshots from her status. Semoga memberi ibrah dan pengajaran or just anything that you can get. That's all from me. Until we meet again in the next entry. Inshaallah I will be talking about APT and EPT exam because currently, I've got an email from someone, asking me about these exams. I believe that there are lots of people out there that are still confused. And if you want to ask me, or share your opinions or ask my opinion tak kisahlah apa-apa, just email me and I will roger2 you later. Cewah haha. 

So, tu jelah aku nak story.










Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Itu sahaja yang aku mampu cakap. Baiknya tuhan beri aku nikmat ni. Nikmat yang setiap orang impikan, dan akulah antara orang yang diberi kesempatan untuk merasai nikmat yang terindah ni. Sampai ke saat ni, aku rasa aku tak layak pun. Mengenangkan dosa-dosa yang aku buat, aku rasa aku tak layak pun untuk dapat semua ni. Baiknya Allah. 

Sebelum masuk dalam dewan, kitorang semua pelajar-pelajar ni kena berkumpul dekat COE (Centre Of Excellence). Macam dewan terbuka macam tu lah kalau korang nak bayangkan. Kami dengar taklimat, perjalanan majlis graduasi, keluar masuk, adab di dalam majlis dan banyak lagilah. Dalam jam 10 pagi, rata-rata dah pegang telefon masing-masing. Menunggu keputusan SPM masing-masing melalui SMS. Aku? erm... TAK BERANI WEYH. 

Masuk dewan aku borak-borak dengan orang sebelah. Tiba-tiba ada cikgu datang. Dia pandang, aku pandang dia. 

" Bak sini tangan kiri kau! "

Aku dah terkebil-kebil. Tengok-tengok kat tangan aku ada siker warna hijau tulis no 56. Aku gabra tahap apa dah, tak tahu nak cakap. Jujurnya aku tahu apa maksud stiker tu. Tapi aku tak boleh nak percaya. Kawan rapat aku, dia pandang aku dengan muka bersinar-sinar and cakap tahniah. Aku tak habis-habis menidakkan. Bila kena beratur kat luar dewan pun aku tak habis menidakkan walaupun tahu dah apa maksudnya. Sampai ke hari ni, aku tak percaya apa yang aku dah capai, walaupun aku dah tenung, tatap slip result aku. Jelas-jelas dah kat situ. Betapa aku tak sangka. 

================

MEDIA BUAT HAL?

Kecoh dalam group batch aku pasal ada satu media ni dia buat cerita pasal "SBP ditegur agar jangan melampau membuat sambutan hari kecemerlangan pelajar sehingga terlalu mengangkat pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan".

Haih, aku sumpah tak tahu nak cakap apa.

Macamnilah eh, sekolah lain semua dah graduasi. Sekolah aku ni pula dia buat pada hari yang sama ambil result majlis graduasi tu. Point lain, semua batch aku naik pentas pada hari itu. Tidak ada yang dikecualikan kecuali mereka yang tidak dapat hadir. Kami semua diraikan. Sedangkan sekolah lain punya majlis graduasi lagi grand. Buat kat hotel. Habis seratus lebih juga untuk majlis graduasi. Kitorang buat kat sekolah je. Mungkinlah nampak macam meriah sebab ramai orang. Imagine lah, batch kitorang je ada 307 pelajar. Campur mak, ayah, atuk, nenek, pakcik, makcik, adik, abang, kakak, cikgu-cikgu.. Tak ke nampak meriah? 

Begitulah luahan hati kami. 

Bukan apa, dah bertahun buat macam ni. Kamu dah graduasi, kami? :') 

Dia jadi cetus kontroversi sebab gambar yang diorang letak untuk posting tu gambar sekolah kitorang. Tu yang terasa tu. Nak letak gambar untuk cerita macam tu, hati-hatilah. huhuhu Rasa nak suruh sekolah tutup pintu untuk media je. HAHA 


NETIZEN PULA BUAT HAL??

Sorrylah panjang sikit entri ni. Aku tak puas hati sebenarnya. HAHA 

Aku ada kawan. Dia dapat 11A+ dalam SPM. Muka dia memang popular lah dekat blog-blog berita en. Kes ni dekat twitter. Biasalah, orang akan tanya, " apa rahsia kejayaan anda? " Kawan aku ni cakaplah "rahsianya ialah amalkan membaca yasin setiap hari". Batch kitorang memang selalu amalkan baca yassin pagi-pagi dekat musolla lepas subuh. Aku je yang selalu tak join sebab bangun lambat pagi-pagi. Selalu masbuk pula tu. HAHA baik sikit solatlah dulu, pastu bergegas mandi. Jahat kan aku? Tu aku tak percaya aku dapat result macam tu. Baiknya Allah. 

Sambung balik, pastu ada lah orang tweet cenggini.

" maksudnya org cina dan india tak baca yassin tu dpt keputusan yg paling teruklah spm tahun lalu"


Mengeluh panjang aku baca.

Macam mana nak cakap eh, kepercayaan kita lain-lain tau. Sedangkan rezeki yang Allah nak bagi ni, Allah boleh nak bagi kat sesiapa je. Ramai jugak kita dengar orang yang berjaya ni daripada orang cina dan india kan? Tapi adakah kepercayaan dia pada islam? Tidak. Aku ada kawan, dia memang solehah. Solehah sangat. Tapi dia tak dapat pun straight A. Kenapa dia tak dapat? Allah kejam ke? Tak. Allah tak kejam. Allah tahu apa yang terbaik untuk dia. Semua ibadah yang kita buat ni hanyalah sebagai satu jalan untuk Allah redha kat kita. Tapi tolong sangat, ikhlas dalam ibadah.

Ramai daripada kita ni bertuhankan peperiksaan. Bila periksa je jadi baik. Selalu baca quran, duduk kat sejadah, berzikir. Dah habis exam semua hilang. Dengan ikhlas tu kita takkan rasa kecewa dengan Allah. Memang tak patut pun kecewa, tapi aku tahu ada je. Allah suruh kita terima qada qadar. Bahkan semua itu ialah salah satu daripada rukun iman kita. 

Itu jelah nak story hari ni. Lepas ni aku dah sibuk, dan mungkin tak banyak entry yang aku mampu buat. Maafin gue ya. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Assalamualaikum

google

14 Mac 2019

Aku tulis entry ni sehari sebelum result nak keluar. Jujurnya, aku tak target straight A pun. Aku rasa aku memang tak mampu langsung. Aku rasa menipu sangat lah untuk aku dapat. Based on apa yang aku jawab haritu, Edmet, Ekonomi, Akaun, Bahasa Arab, aku rasa merepeknyalah aku jawab. Aku cuma harap keputusan yang keluar esok dapatlah melayakkan aku untuk masuk universiti. 

Aku tahu ramai tengah berdebar, tak senang duduk. Ada yang awal-awal lagi dah menangis, mimpi *akulah tu hahhaha* 

Beruntungnya mereka yang bergelar muslim. Nak tahu kenapa tak? Sebab aku percaya, apa pun yang aku dapat lepas ni adalah rezeki yang Allah nak bagi, dan aku tahu, itu ialah yang terbaik untuk aku pada KETIKA ITU.  Tuhan dah lakarkan masa depan kita macam mana. Aku harap aku mampu terus kuat hadap semua dugaan lepas ni.

Aku ada baca satu motivasi punya mesej tentang rezeki yang Allah bagi ni pada masa yang tepat untuk KITA. Aku takut orang salah faham aku bagi contoh. Ada orang dapat jadi CEO ketika berumur 25 tahun. Ada orang dapat jadi CEO ketika berumur 45 tahun. Tapi dua-dua dapat rezeki untuk jadi CEO. Rezeki ni Allah je yang boleh bagi dan Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Sepanjang aku menunggu result ni jujurnya aku takut dengan masa depan aku. Adakah aku akan menjadi penganggur kehormat lepas ni? Adakah aku akan menambahkan beban keluarga aku sebab aku nak sambung belajar tinggi-tinggi ni? Adakah aku bahagia dan yakin dengan keputusan yang aku ambik ni? Masa depan itu menakutkan aku, merisaukan aku. Mungkinlah sebab aku ni perempuan OVERTHINKING atau pun nak fikir KE HADAPAN sangat. Entahlah aku pun tak tahu. Aku tak nak susahkan keluarga aku je dan aku boleh hidup kat luar sana tanpa buat mak ayah aku risau.  

Tapi itulah. Kita kena percaya pada Allah. Terima dengan hati yang terbuka. 











Maaflah aku rasa entri ni macam tergantung. Emosi aku tengah terganggu dan aku tak pasti bila nak elok balik. Aku tengah sedih dan kecewa dengan diri sendiri yang macam.. ERGH aku tak tau nak luah macam mana. Tapi takde kaitan dengan result okeh! Dahlah bye. 

Oh ye, terima kasih untuk pembaca yang selalu baca blog aku. Aku fikir aku syok sendiri dan tak menarik pun blog aku ni. Tapi ada je yang setia. UHUHU thank you ye... 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum

Masih lagi segar dalam ingatan aku. Aku terjaga jam 6:30 pagi bila tiba-tiba mama buka pintu bilik aku. Aku memang mudah terjaga orangnya. Aku pandang mama, mama pandang aku dan cakap,

"Sya, jom balik kemas barang. Kita balik kampung. Atuk sakit" 

sendu. Suara mama macam nak nangis. 

Aku dah sedia maklum minggu tu akan balik kampung untuk sambut kepulangan atuk aku daripada umrah. Plan asal hari jumaat baru kitaorang akan gerak. Tapi apabila mendengarkan khabar tentang atuk aku dimasukkan ke wad icu, kami sekeluarga ambil keputusan untuk balik pada hari itu juga (khamis).

Malam sebelum tu, aku baca whatsapp family besar aku. Katanya atuk demam malam tu. Entah kenapa entah waktu tu aku rasa atuk aku dah tak lama. Aku tepis je rasa tu sebab belum apa-apa lagi dah fikir bukan-bukan. Aku tidur je sampailah pagi tu yang mak aku kejut aku tu.

Sampai sahaja Johor, kitaorang terus pergi ke Hospital Sultanah Aminah. Jam 4:30 petang baru kitaorang dibenarkan melawat. Aku masuk dan menjenguk atuk. Atuk seorang je dalam wad icu tu yang dalam bilik. Atuk kena kuarantin sebab takut ada virus yang boleh berjangkit. Saudara-saudara aku kata, kalau doktor nak masuk pun dia akan pakai pakaian khas. Atuk kena masuk tiub pernafasan daripada mulut. Katanya kena jangkitan pada paru-paru tapi masih tidak dapat dipastikan samada virus atau bakteria.

Dalam perjalanan nak ke Johor tu jantung atuk berhenti sekali. Alhamdulillah, allah panjangkan umur atuk lagi. Aku sempat tatap atuk walaupun daripada tingkap kaca sahaja. Aku statik. Aku rasa aku nak tatap je atuk aku lama-lama. Walaupun aku tahu atuk aku akan kekal statik tak bergerak. Aku nak tengok atuk aku puas-puas. 

Keesokan paginya, hari jumaat 14 Disember 2018. Aku tengah melepak dekat ruang tamu. Tengok whatsapp big family aku nak tahu perkembangan atuk. Tiba-tiba nampak satu whatsapp daripada pakcik aku yang dekat hospital.

" jantung dah berhenti. Datanglah siapa free"

Aku terkaku. Macam tak percaya. Tapi masih ada harapan yang aku letakkan. Mama kat luar waktu tu. Aku tak dengar sangat apa yang mak aku cakap dengan papa. Mama masuk suruh aku siap-siap untuk ke hospital. Aku masuk bilik untuk cari baju yang nak dipakai. Tengah cari-cari tiba-tiba nenek aku masuk bilik tu sebab almari nenek aku memang kat situ.

"Ya allah, aku kuat ya allah. Aku kuat!" Nenek aku urut-urut dada dia. Aku pergi kat nenek aku dan usap belakang badan dia. Aku tak tahu nak buat apa.

Aku lari balik dekat ruang tamu aku, nak ambik fon. Nak tengok perkembangan atuk aku. 

"Doc nk Cuba lagi 5 mnt"
"Ya allah..."
"otw"
"Moga x ada apa yg buruk"

"Allah dh xde"

Kaku. Aku macam tak percaya. Betul ke? Tiba-tiba aku dengar suara nenek aku menangis dekat dapur. Aku berlari anak ke dapur. Aku nampak nenek aku dalam dakapan pakcik aku. Dua-dua menangis. Tanpa aku sedar, air mata aku pun tumpah juga. Mama keluar dari tandas dengan tangisan. Aku tekup mulut aku. Sebaknya hati ini allah je yang tahu. Adik aku datang dan berdiri sebelah aku. Tanya kenapa, aku diam. Tak mampu aku nak cakap apa-apa.


Urusan atuk semuanya dipermudahkan. Mandi dan kafan semuanya dibuat di hospital. Jenazah sampai di rumah untuk disolatkan. Selesai sahaja solat, anak-anak atuk diberi kesempatan untuk kucup arwah atuk buat kali yang terakhir. Aku takde rezeki nak cium atuk untuk kali terakhir sebab aku kat luar rumah. Lepas tu terus dikebumikan.

Pakcik aku kata arwah tersenyum. Mama kata atuk berbau harum dan tenang rasanya. Masa dikebumikan angin bertiup lembut je. Hujan mula turun renyai. Sebaik sahaja selesai dikebumikan dan hendak ditalkinkan, hujan mula turun.

Atuk pergi pada pagi jumaat 14 Disember 2018 pada jam 10:18 pagi. Pada penghulu segala hari. Atuk pergi selepas pulang daripada umrah. Sewaktu dirinya masih suci. Alhamdulillah. Aku tak perlukan tangisan untuk pemergian atuk yang indah ini. Semoga arwah atuk ditempatkan di kalangan para solihin.

Setiap yang hidup akan merasa mati. Kematian itu mengajar kita bahawa hidup ini tujuannya ialah untuk mencapai redha allah. Bukan mengumpul kekayaan dunia semata. Sesungguhnya penyakit yang paling berbahaya di dunia ini ialah penyakit 'nahwan'. Penyakit cintakan dunia.

Semoga kematian kita berada dalam husnul khatimah. Aamiin. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Setiap manusia itu takkan pernah lari daripada melakukan kesalahan. Ya benar. Sebab itu tuhan itu maha pengampun dan membuka seluas-luasnya pintu taubat. 

Tapi aku nak tanya satu soalan.

Mudah ke untuk berubah?

Ramai yang akan katakan tidak. Betul. Semua tahu akan hakikat itu. Tapi aku tak tahu kenapa, manusia itu tak pernah ada rasa sabar. Kenapa aku cakap begitu?

Ada manusia yang buat kerja dakwah. Tak, dia bukan ustaz atau ustazah. Cukuplah kita membayangkan sebagai seorang sahabat dalam konteks ini. Sahabat yang ingin menarik sahabatnya yang hampir jatuh ke lubang jahannam untuk bersamanya ke syurga. 

TEGURAN.

Dalam kerja dakwah, mesti ada teguran supaya manusia itu sedar akan kesilapannya. Tapi, ada caranya untuk menegur. Aku nak tanya, adakah menegur tanpa mengaibkan itu cukup sekadar tidak menyatakan nama orang yang ingin ditegur tersebut di khalayak ramai sedangkan setiap butir peluru yang penegur katakan itu semuanya hanya terarah kepada seorang? yakni dia yang ditegur? Bagi aku itu juga mengaibkan. Bagi aku, lebih baik tegur secara personal berbanding menegur dikhalayak ramai.

Kadang bila mendakwah itu perlu berfikiran rasional walau dalam keadaann emosi berkecamuk sekalipun.

PERUBAHAN.

Berbalik kepada persoalan aku yang pertama. Untuk berubah itu bukan mudah, dan aku harap semua dapat fahami konteks ini. Berubah bukan boleh berubah dalam masa 2-3 hari. kadang memakan berbulan. kadang makan bertahun. Bila manusia itu terlalu taksub untuk mengubah orang, boleh resign daripada title dai'e. Naik pangkat jadi tuhan. Ingat, yang memberi hidayah itu tuhan. Bukan engkau!

Yang bergelar manusia, aku mohon beri masa untuk mereka berubah. Tolong faham yang dia bukan sekadar melawan diri daripada melakukan dosa tersebut, tapi juga melawan emosi dan dirinya sendiri. Dan itu bukanlah satu kerja yang mudah. Aku mohon minta semua faham dan bertenang. Jangan terus mengeji bila kau rasa dia tak berubah. Mungkin ada yang malas nak dengar. Tapi ada juga yang sedang berubah, tapi engkau tak nampak perubahan yang dia sedang buat itu. Kau tak nampak pertarungan hebat dia dengan diri sendiri. Dengan emosi. Dengan nafsu. Tolong faham dan tolong beri masa.

Bila manusia itu terlalu taksub untuk mengubah orang, boleh resign daripada title dai'e. Naik pangkat jadi tuhan. Ingat, yang memberi hidayah itu tuhan. Bukan engkau! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

ABOUT ME

Hello there. Welcome to the blog! I am a final year finance student from a public university in Malaysia and have a huge enthusiasm of sharing random things to the public.

MY WISHLIST

Dean's List Foundation
New phone
Umrah/Haji
Own Car
Own House

Categories

  • Food Review
  • Ghost Story
  • IIUM
  • Islam talk
  • KISAS
  • Movie Review
  • Positive Vibes
  • Puisi tepi jalan
  • Random
  • Tips
  • Tutorial

Blog Archive

  • October 2021 (1)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (1)
  • May 2021 (2)
  • February 2021 (4)
  • January 2021 (1)
  • December 2020 (2)
  • November 2020 (1)
  • October 2020 (1)
  • August 2020 (2)
  • July 2020 (2)
  • June 2020 (1)
  • April 2020 (2)
  • February 2020 (1)
  • January 2020 (7)
  • December 2019 (1)
  • November 2019 (2)
  • October 2019 (3)
  • June 2019 (1)
  • May 2019 (2)
  • April 2019 (1)
  • March 2019 (4)
  • February 2019 (3)
  • January 2019 (4)
  • December 2018 (7)
  • September 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • April 2018 (4)
  • March 2018 (1)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (1)
  • November 2017 (1)
  • October 2017 (2)
  • September 2017 (4)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (2)
  • June 2017 (5)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (1)
  • January 2017 (2)
  • December 2016 (2)
  • November 2016 (3)
  • October 2016 (1)
  • September 2016 (1)
  • August 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (1)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (2)
  • April 2015 (1)
  • January 2015 (1)

My Blog List

  • Travelog Syuhada Salleh
    Smoked Duck Aglio Olio & Carbonara
  • Jurnal Shikin Razali
    PERTANDINGAN TIKTOK MENCIPTA SAJAK KEMERDEKAAN 2026
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Cadangan Homestay di Melaka?
  • thesuraya
    Seikhlas Kasih Ahmad Nanas by Izzraff
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Salam Maal Hijrah 1448H
  • Jari Jemari Menari
    Ulasan Buku- Atas Lantai Bumi by Liza Nur
  • kisah aienienka
    2024 will end too....
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Alien Oren
    Movie Review: The Pope's Exorcist
  • Naimy
    Pentingnya belanja bulanan bagi seorang isteri dan mak.
  • Adinda Baizura Mazlan
    Training ESQ Angkatan 112 : Comeback!

Kontraktor Ubahsuai Rumah

Related image
Kontraktor Ubahsuai Rumah

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates