MOVIE REVIEW : PIHU

by - 09:10

Assalamualaikum

It's movie review time!! 

Aku dah lama gila tak buat movie review. Salah satu sebabnya ialah aku memang tak sempat nak menaip dan inti dalam movie review aku ni memerlukan untuk aku search sikit dekat pakcik gugel. Jadinya, aku baru buat satu sahaja movie review iaitu pertama dan terakhir sekali pada tahun 2016! 

Sekarang saat yang dinanti-nantikan! JENG JENG JENGGGG....


==============================


SINOPSIS

Mengisahkan tentang Pihu (Pihu Myra Vishwakarma), seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun terperangkap di dalam apartmen rumahnya bersama-sama mayat ibunya. Pihu tak tahu pun sebenarnya mak dia dah mati. Dia fikir mak dia masih tidur. 

Apa yang membuatkan cerita ni sangat menarik dan buat meremang bulu roma orang ialah bila Pihu try to do everything on her own. Since mak dia tak bangun-bangun dia buat semua sendiri without knowing benda tu sebenarnya bahaya. Apa yang kita boleh expect daripada budak dua tahun? 

Aku share beberapa benda bahaya yang berlaku ialah Pihu pernah panjat penghadang dekat balkoni sebab patung dia terjatuh, pernah masuk dalam peti ais, main-main dengan microwave sampai hampir terbakar, iron terbuka. Dia dikelilingi dengan surrounding yang boleh membahayakan diri dia sendiri.


GENRE
thriller


BARISAN PELAKON
Pihu Myra Vishwakarma, Prerna Vishwakarma


DURASI FILEM
2 jam 30 minit


RATE
4/5 bintang. Not bad since cerita ni berjaya bagi aku thrill gila. 



SCENE REVIEW




So guys, aku memang sarankan korang tengok kalau korang nak rasa perasaan thrill tu. Mak aku pun tak berani nak tengok tau hehe.. Apapun, pengajaran yang aku boleh dapat daripada cerita ini ialah, as a parent lah kan, kita kena fikir dua-tiga kali sebelum membuat sesuatu keputusan. Kalau pun kita ada masalah satu sama lain cuba untuk berbincang elok-elok. Kalau memang tak selesai juga, berpisahlah dengan cara yang elok. Sebab mangsanya nanti, anak-anak juga. 

Sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat dan movie review daripada saya. Semoga kita bertemu sekali lagi dalam movie review seterusnya kahkahkah!

You May Also Like

1 comments