KES SATU VIDEO MAJALAH REMAJA : YOUTH TALK JADI KECAMAN?

by - 17:24

Assalamualaikum

Benda ni dah viral aku rasa lebih-lebih lagi dalam kalangan budak-budak politeknik. Mostly in twitter lah kot. Facebook tak buka lagi so aku tak tahu. Harapnya tak lah yekk haaa

"Tak, ni apa cerita ni??"


================


For those yang tak tahu, majalah remaja ni ada account youtube. Baru-baru ni diaorang buat rancangan baru nama dia Youth Talk. Ada satu video ni, diaorang panggil budak-budak sekolah menengah untuk membincangkan tentang hala tuju  selepas SPM dan STPM tu okay ke? Kalau based on tajuk, memang this is a helpful video for those yang baru lepas SPM. Tapi yang jadi kesnya ialah apabila salah seorang jemputan ni mengeluarkan statement/fakta yang salah tentang politeknik. Netizan marah bak hanggg sebab macam downgrade budak-budak politeknik ni. 

Budak tu kata, mereka yang dapat politeknik ni, dia tak boleh sambung kat mana-mana IPTA dan hanya boleh amik degree dekat politeknik tu sendiri. Itu fakta yang salahlah sebenarnya. Lepastu ada jugaklah yang dia cakap dia tidak dinasihatkan untuk sambung ke politeknik (sila hadam betul-betul ayat dia. seseorang nasihatkan dia, bukan dia tidak menggalakkan pelajar lepasan spm untuk masuk politeknik) kerana apa? kerana fakta yang tak tepat tadi tulah. 

Yang sebenarnya, bagi aku, apa-apa tempat belajar pon is good. Everything ada pros and cons. Orang memandang tinggi kepada mereka yang dapat Asasi/Foundation contohnya. Because why? Diorang masuk universiti dan belajar setahun je. Tempat pengajian untuk degree dah sah-sah dapat. Tapi apa kekurangan dia ialah lepasan Asasi-Degree ni tak dapat pendedahan praktikal sebanyak dekat politeknik. Ni antara sebabnyalah. Politeknik ni 50% teori 50% praktikal. Kalau aku sebagai seorang majikan pon aku akan lebih memilih mereka yang ada praktikal ni. Yelah, dia dah biasa buat right? Something like that lah. Politeknik ni sebenarnya ialah IPTA dan boleh je nak sambung kat mana-mana IPTA yang lain. 


=================

'BUDAK TU'

Aku just nak cakap yang budak ni memang salah sebab mengeluarkan fakta yang salah dan boleh mengelirukan budak-budak yang tak habis SPM lagi bila tengok video ni. Cause we know nothing kottttt. 

Tetapi, manusia buat kesilapan. Tak kisahlah dia ni seorang yang hebat ke apa. Aku rasa semua orang pernah tersilap cakap. Dan mungkin juga, budak ni tak sempat nak kaji semua pilihan untuk sambung belajar after SPM ni. Kerana sejujurnya, aku yang dah nak masuk Asasi ni pon tak habis kaji semua tu! HAHA Sebagai contoh politeknik ni lah. Sebab aku tak target nak masuk politeknik. Aku nak sambung asasi, matrikulasi atau diploma dekat universiti. Tak sabar nak merasa hidup U lah kononnn. Jadi aku tak kaji lah pasal politeknik ni. Tahu sikit-sikit je.Tapi aku tak pernah memandang keji apa-apa institusi dan apa bidang sekali pun. Macam aku cakap, semua ada pros and cons dan rezeki tu, Allah nak bagi apa, itulah yang terbaik untuk kita. Kenapa nak keji rezeki Allah? Rezeki kau sendiri pun Allah yang bagi.



Alkisahnya budak tu dah mintak maaflah okay you guys. Dia mintak maaf kat ig dia. Terkini dia ada buat video cakap dia mintak maaf apa semua. I just hope semua orang stop hentam dia lah. Dia dah mintak maaf  dan ambik pengajaran. 

Aku just nak highlightkan pengajaran yang kita boleh ambik;

Bila kita tak tahu atau tak pasti dengan sesuatu perkara, berterus terang jelah. Kadang-kadang terlampau konfiden pun boleh makan diri jugak. Cakaplah yang 'saya sebenarnya tak berapa pasti' ke hape ke. Kedua, jangan pernah pandang rendah pada apa-apa sekali pun. Okaylah mungkin dia tak sengaja atau apa yang dia nak sampaikan tu lain dengan apa yang dituturkan. Generally, don't ever downgraded other people.

Netizen sekalian, maafkanlah dia. YA.

==================

'NETIZEN'

Kau tahu jelah tentera bawang kat Malaysia cemane! Haaa

Aku berdekah jugaklah ketawa. I don't know why aku gelak. Terhibur kejap. Tapi netizen, HENGKAU PUN BERSALAH HOKAYYYY


Aku gelak bukan apa tau. Menunjukkan rakyat Malaysia ni hebat stalk orang weh. Padu betul kecaman korang ehhh. "otak tak empuk!" HAHAHA Hadoilahh.. Ye, aku tahu dia tiru siapa. hehe abaikanlah kisah rumah tangga orang kejap ye. Dah tamat dah kisah dorang. Nak tahu tak, diaorang stalk sampai tahu pencapaian budak tu dalam Nilam, tahu sekolah mana, tahu ig dia. Salute lah yang tu tapi macam... Entahlah aku tak tahu nak cakap apa. Pastu kau kaitkan dengan pendakwah pulak dah.. Ah sudahhhh. Ingat bahan budak tu je, dengan sekolah-sekolah, budak-budak sekolah tu, cikgu kaunseling, dengan pelajar bekas sekolah pon naik sama. HEBAT. *sigh*

Aku tak tahulah macam mana nak betulkan balik Malaysia ni. Aku tak tahu. Kita sebagai seorang muslim, tak sepatutnya nak tegur orang dengan cara makian. Siap ada yang berdoa keburukan untuk orang lain pulak tu! Astaghfirullahalazim. Dalam menegur tu, biarlah berhikmah. Jangan sampai nak memaki hamun orang. Tahu marah, tapi kawal marah tu. Rasulullah pon ada suruh kita untuk bersabar bila marah. Ada caranya. Aku boleh kata ni mcm cyber bully dah. Siap ugut-ugut bagai. 


Ni ialah Ustaz Syaari. Dia hebat dalam membedah al-quran, tafsir. Aku pernah jumpa dia face to face, dengar kuliah dia. Ilmu yang sangat tinggi. Yang ni dia bercakap tentang isu fynn jamal. Aku x sure pasal apa jadi aku tak nak cerita dekat sini. Tapi, apa yang Ustaz Syaari cakap, memang ada kena mengena dengan cerita yang kita tengah bincangkan ni. Renung-renungkanlah.

=================

'MAJALAH REMAJA'

Secara ringkasnya, aku nak kata, Majalah Remaja pun ada silapnya. Sepatutnya diaorang lebih meneliti apa yang disampaikan oleh jemputan diaorang. Bila tahu ada fakta yang salah, cut lah scene tu ke apa ke. Tak pun moderator dorang tu betulkan at that time ke atau after that ke. Pandai-pandailah. Benda ni pun dah dijelaskan oleh Majalah Remaja sendiri. Diaorang dah ada buat kenyataan yang rasmi. Adalah juga dia jelaskan benda-benda lain yang aku dah kupas tadi.

Apa-apa hal pun, I just hope that they will delete the video. 

Untuk mengelakkan kekeliruan di masa akan datang.



Aku nak tunjuk kat semua, yang manusia ni semua ada buat silap. Jadilah manusia yang betul-betul mengamalkan islam. Inshaallah, aku pun tengah cuba. Sama-sama cuba jadi baik. Inshaallah.

So, tu jelah aku nak story.





You May Also Like

2 comments

  1. ada sorang cikgu kat stam, dia dah pengalaman sampai phd. diaa ada cakap. kalau rasa tak boleh bawa stam, tak minat nak menghafal, kena paksa ngan makayah je, dia suggest tempat terbaik bagi dia politeknik. sebab pembelajaran kat sanaa lagi meluas. Kos belajar kat sanaa pun tak semahal U. Bagus laa ekceli. Entah lah betul la nas cakap, mana mana tempat pun ekceli ada pro and cons dia. yang penting cara kita adapt dengan suasana dan usaha kitaaa tara mana. hahaha tapi kesian sungguhla ngan budak tu tak pasal pasal kena kecam :')

    ReplyDelete
  2. JADIKAN AGEN KAMI MENJADI FAVORIT ANDA ,
    AYOO BERGABUNG BERSAMA RIBUAN MEMBER KAMI YANG LAINNYA
    HANYA DI HTTP :// WWW.ARENA-DOMINO.COM
    BONUS ROLLINGAN TERBESAR 0,3 % SETIAP MINGGUNYA .
    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di: WA : [+855]964967353

    ReplyDelete