FUTURE PATH AKU

by - 21:13

Assalamualaikum

Inshaallah sikit je content hari ni 




Haritu aku pergi shopping dengan family aku. Shopping raya hehe. Semoga panjang umur untuk sambut Syawal. Faham ke idok apa yang aku nak sampaikan ni? We never know when we will die. 
Dalam jam 12:30 tengah hari macam tu, aku pergi satu website ni. Aku masukkan ic pastu tunggulah dia berpusing-berpusing (loading) sampai muncul benda yang aku nak tengok. 

HAHA AKU DAPAT MASUK IIUM WEH.

Aku ditawarkan masuk untuk Foundation in Economic and Mangement Science. Reaksi aku bukan gembira do. Reaksi aku menggigil, takut. Aku takut waktu tu. Aku takut sangat pilihan yang aku buat ni salah. Pastu aku luah lah kat someone ni. Pastu dia cakaplah, semua yang Allah bagi tu semua yang terbaik untuk kita. Waktu tu aku yakinkan lah diri aku kat Allah. Tu jelah yang aku mampukan.Ustaz Ebit kata, kita ni kena sangka baik dengan Allah. Kita rasa itu yang kita nak, tapi Allah tahu sebenarnya bukan yang tu. Jadi Allah bagilah yang lain kan. Yang paling terbaik kau memang deboom! haaaa 

amik kt google

Bagi yang follow blog aku, tahulah yang aku nak pursue in IT.  Sebab tulah bila dapat IIUM, aku macam, kalau tak dapat tukar course ni mampuslah. mecenggituhhh.. Tapi pada masa yang sama aku nak sangat masuk IIUM sebab aku suka. Lawa. (Ciss kata korang dalam hati). Tapi, tercapailah cita-cita aku nak masuk IIUM. 

Tapi aku murung weh haritu sebab ada tanya senior psl pertukaran course drpd yg takde ambik fizik and chemistry time SPM macam aku ni, kepada Foundation in CS. Dia kata rasanya tak lepas sebab takde subjek tu. Pastu aku rasa dunia aku kelam. Akhirnya aku sendu dan menangis di dalam tandas dan sambung sikit kat atas katil. HAHA Tapi aku ni jenisnya , aku nak tengok dengan mata aku sendiri yang aku ni tak layak. Jadinya waktu tu aku masih ada harapan sikit.

Pastu sekarang ni aku dah rasa terbukalah hati nak teruskan jelah in ECONS. Maybe not in accounting but something else pasal kewangan jugak. Sebab aku suka duit. Kaching-kaching ehee Aku suka baca pasal macam mana nak manage duit something like that. Because bagi aku sangat membantulah dalam keadaan ekonomi kita sekarang. Mecentuhhh... Maybe aku akan ambik minor in IT. Inshaallah tengok aku mampu ke tak. 

Begitulah kisah aku yang tak menarik. 



Sehingga kita bertemu lagi dalam kisah hidup aku di IIUM after this. Mungkin cerita kawen? HAHAHA




You May Also Like

0 comments