MY SECOND SEMESTER LIFE IN CFS IIUM

by - 07:01

Assalamualaikum

Semester kedua, boleh aku katakan semester yang paling malas sekali. Semester kedua ialah semester pendek (short sem). Hanya ada 7 minggu sahaja lecture week. Untuk semester ni pula, aku ada 2 subjek sahaja iaitu English Language dan Introduction to Business. Subjek English tu tak memberi kesan pun pada CGPA aku. Cumanya, setiap student perlu melepasi tahap yang tertentu. Kalau tidak, kena belajar lah sampai pass dan mungkin akan perlu extend masa belajar Asasi di IIUM. Mestilah tak nak kan?

Nasib baiklah untuk subjek Business ada Project Entrepreneurial Day. Kalau tak, senduuuunya sem kedua ni. haih...

Entrepreneurial Day

Untuk mudah faham, macam projek menjual lah. Berbusiness. Tema malam itu ialah pasar malam. Kumpulan aku jual Yong Tau Foo. Maklumlah duduk dalam 'hutan', susah nak merasa makanan macam ni. Jadi kitorang juallah. Dan alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Belum buka gerai, ramai yang dah beratur. Kumpulan lain dah habis menjual, kami masih lagi menjual sebab kitorang beli banyak sangat stok. 😅 Nak katanya, dari awal sampai akhir memang tak menang tangan. Malam tu pon aku makan sikit sangat, sekadar mengalas perut sebab kepala aku dah mula pening-pening. Tunggu masa je nak pengsan. HAHA

My teammates

Some scenes during the E-day

RESULTS FOR SEM 2

Alhamdulillah, aku berjaya mengekalkan 4.0 atau grade A untuk subjek teras. Subjek teras untuk semester ni Business tulah. hehe.. Tapi CGPA tak mampulah nak 4 flat. Dapatlah Dean List lagi untuk semester kedua ni. Alhamdulillah. Apa yang menggembirakan lagi ialah, aku berjaya pass subjek English. Aku risau sangat aku tak lepas. Lebih-lebih lagi masa speaking test. But, Alhamdulillah, I had succeed. 






You May Also Like

6 comments

  1. wah, jual Yong Tau Foo! haha sedap tuu
    Congrats dean list untuk semester kedua! :D

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya daat selempang ya ;)

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya untuk sem2 mendatang..

    jemput singgah

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. goodluck in your unilife :) saya jalan follow sini sekali :D mind followback if free ya :)

    https://sayesyadiya.blogspot.com/2020/01/pilihan-airport-transfer.html

    ReplyDelete
  5. cantiknya dewan.. teringat zaman sy kat CFS dulu. time kitorg (Batch 2006-2008) still lagi kat PJ. alamak.. nostalgia lak kejap~

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete