TEGURAN DARI PENCIPTA
Assalamualaikum
Entry kali ini hanya pendek tapi memberi peringatan yang cukup mendalam dalam diri aku, dan mungkin kamu.
================================
Pagi tadi aku pergi speedmart. Selepas dapatkan semua barang yang aku perlukan, aku pergi ke kaunter pembayaran. Ada seorang Uncle tengah buat pembayaran. Dia speaking and his face is like Chinese. Fair skin. Lepas dia bayar, dia tanya cashier, "can you do me a favor? tak sampai 10 saat pon". Waktu tu aku just terfikir dia ni nak menjual produk dia or insurans ke something lah kan. Aku hanya menunggu jelah. Cashier tu pun jawab "yes, what is it?"
Uncle said, "Selawat ke atas nabi 3 kali"
Aku kat belakang, tersenyum! Masyaallah, bagusnya Uncle ni. Bibir aku automatic terkumat kamit membaca selawat. Uncle tu pun cakaplah kita dapat ganjaran 10 kali ganda sebab kita berselawat ke atas nabi. Hari ini, Alhamdulillah, dah dapat pahala berselawat. Uncle pandang aku and dia kata "awak pun berselawat kan? Alhamdulillah dah dapat pahala hari ni. Terima kasih lah ye mendengar tazkirah ringkas daripada pakcik hari ni hahaha" Aku pun gelak and senyum sekali. Akhirnya Uncle tu berlalu pergi.
Guys, mudah bukan nak mengajak manusia untuk melakukan kebaikan?
Sedarkah kita, betapa kedekut dan bakhilnya kita untuk selawat ke atas nabi?
Selawat? Dalam solat jelah selawat. Kalau solat. Kalau kita tak solat?
Peristiwa hari ni bagaikan teguran untuk diri aku daripada Allah. Betapa kurangnya aku ingat pada kekasih-Nya. Betapa kurangnya selawat aku ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Betapa besarnya kecintaan kepada dunia berbanding yang haq. Kita terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga lupa modal insan yang perlu kita ikuti, Allah yang perlu sentiasa kita utamakan.
Tidak salah bekerja, belajar, menguruskan hal duniawi. Kerana kita juga ialah Khalifah yang perlu memakmurkan dunia, tapi janganlah lupa dan leka bahawa kita masih abdi dan perlu taat patuh pada pencipta.
3 comments
Waalaikumussalam. Subhanallah. Teguran daripada Yang Maha Kuasa
ReplyDeletesubhanallah bersyukurnya Allah ingtkn kita kan..
ReplyDeleteAllahu setiap pertemuan bukan satu kebetulan melainkan ketentuan..
ReplyDelete