DEGREE: FIRST DAY IN GOMPAK CAMPUS

by - 11:38

 ASSALAMUALAIKUM

Setelah beberapa bulan aku menyepi, kini aku kembali dengan membawa khabar berita bahawa telah bermulanya fasa baharu dalam kehidupan Naseha Syahira. AKU DAH MULA DEGREE!!! Betapa pantasnya masa berlalu. Rasanya baru daftar asasi haritu. 

 


***********

Disebabkan aku merupakan seorang student di bawah Kuliyyah of Economics and Science Management (KENMS), jadi aku telah ditempatkan di Mahallah Nusaibah. 

Pendaftaran aku waktu pagi di Mahallah Office. Sebelum mendaftar lagi aku dah pakat dengan roommates tahun lepas, nak sama bilik. Tapi, UIA ni penuh dengan kejutan. Rupanya, kitaorang tak boleh nak duduk sekali dengan orang yang kita nak, macam yang senior-senior katakan. Mungkin, tahun ini sudah berbeza. Bilik kitorang telah ditetapkan awal-awal oleh pihak Mahallah. Daftar, ambik kunci, ambik kad matrik, blah. Gituwh. Fake hopes kan? :) Tapi, dengar-dengar students Engineering boleh pilih roommates. hm. Kami andaikan ini di bawah keputusan pihak Mahallah masing-masing.

Selesai pendaftaran, aku dengan kawan-kawan pergi jalan-jalan. Pusing-pusing kawasan Mahallah Nusaibah dan Sumayyah. Sebab tiada apa yang nak dibuat. Hampir sesat jugaklah, sebab UIA dah serupa hutan. HAHAHA Sekeliling banyak pokok, rasa macam sama ja setiap tempat. Petang itu juga, kawan aku yang lain whatsapp dalam group, ada monyet masuk bilik! UIA bukan setakat hutan, jadi zoo pun boleh. Monyet, biawak, tupai. Sebab tu bila duduk sini, aku tak berani buka tingkap. 

Malam pula kitorang ada program di ICC. Ini kisah paling menyayat hati. Kampus besar gila, banyak tangga, berbukit. Kami kena berjalan kaki ke ICC ya. 30 minit juga perjalanan. Paling sakit bila kena naik tangga. Ya allah, duduk UIA ni rasa macam dah tak perlu dah nak exercise! Ulang-alik ke kelas pun dah cukuplah tu exercise nya. Kereta pula 4th year baru boleh pakai. Paling-paling pun kitorang boleh pakai motor atau basikal kalau nak ke kelas. Itu sahaja yang dibenarkan. Sampai je bilik, aku rasa macam dah takde kaki. Esok paginya cramp. Haih, macam manalah kehidupan aku selepas ini ya? :)


THINGS THAT I LOVE IN UIA GOMBAK

Disebabkan pokok-pokok di UIA, udara nyaman dan fresh. Lagi-lagi waktu pagi. Tapi tengah COVID ni kena pakai mask, tak terasa lah sangat segar nya. Kalau buka mask, memang segar sangat. 

Bangunan dan pemandangan yang lawa-lawa. Ini adalah antara sebab utama kenapa aku nak study dekat UIA. Sebab bangunan dia cantik-cantik. Bila ada suasana yang cantik ni, rasa macam happy, tenang. Tapi tak tahulah macam mana perasaan aku di masa akan datang. Orang yang tak selalu datang Kampus Gombak of course lah jakun dan rasa cantik. Hahaha. Harapnya perasaan ini takkan berubah. 

***********

I graduated from CFS with CGPA 3.92. Alhamdulillah. Now, I'm pursuing my studies in Bachelor of Science (Islamic Finance). I'm not sure if this is the best choice. The only thing that I am very certain of is I love Mathematics. Kata hati aku mengatakan aku perlu pilih Islamic Finance. Tawakal. 

Entry ni sebenarnya dah seminggu lebih dalam draft. Pagi ni buka email, ada seseorang tanya tak post blog lagi ke? Allahu. Saya terharu sangat awak! T^T Terus update ni ha. Saya masih hidup dan terima kasih kerana masih setia membaca blog saya. Terima kasih juga untuk pembaca yang lain! Dah rasa semangat balik dah nak rajin update. 💪😄


WATCH MY FIRST DAY IN GOMBAK CAMPUS ON MY YOUTUBE CHANNEL:-

https://www.youtube.com/watch?v=wleQJv2ATf8&t=33s

You May Also Like

7 comments

  1. semoga berjaya.. orang finance ni banyak peluang kerja sb semua syarikat mmg nk kne ad orang jaga kewangan kan..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lebih-lebih lagi kewangan islam. sebab bidang kewangan islam sekarang ni baru nak berkembang, jadi peluang pekerjaan tu masih banyak. Insyaallah. Terima kasih sis.

      Delete
  2. Replies
    1. Belajar apa pun susah awak. hehe. Yang penting awak minat nak belajar :)

      Delete
  3. saya baru nak mula asasi bulan 12 ni. haha tengah usha2 blog budak2 uia, usha yours punya menarik sekali dapat tau minat sama. nanti boleh la keep updating about your course isfin ;") kalau ada rezeki hajatnya nak sambung tu jugak

    ReplyDelete