KWANG SOO TINGGALKAN RUNNING MAN SELEPAS 11 TAHUN

by - 21:55

 



    Aku pasti mesti ramai yang dah tahu tentang Lee Kwang Soo yang secara rasminya telah keluar daripada rancangan realiti popular Running Man. Sebagai seorang peminat Running Man, berita tentang Kwang Soo meninggalkan Running Man ni sangat-sangat menyedihkan! Aku sendiri tak sanggup nak tengok episod terakhir Lee Kwang Soo. 😭 Selain daripada Kang Gary, aku paling minat Lee Kwang Soo. Gelagat dia dalam Running Man memang selalu buat aku ketawa sehinggakan kalau aku stress atau sedih, mesti aku tengok Running Man sebab nak tengok Lee Kwang Soo. 

    Aku mula tengok Running Man pada tahun 2012. Kira lambat juga lah sebab Running Man ni bermula pada tahun 2010. Tahu pasal Running Man ni pun sebab kakak aku yang mula-mula tengok. Last-last minat juga sebab rancangan ni sangat menghiburkan dan menarik. Lain dari yang lain pula tu! Mana ada rancangan realiti yang guna konsep macam Running Man. Siap ada yang jadi spy, special episod yang menakutkan, cabaran-cabaran yang mencabar dan banyak lagi. 

    Bila Kang Gary keluar, aku dah mula kurang sikit tengok Running Man sebab sedih member yang aku paling minat dah takde. Lagi sedih, Monday Couple dah takde 😭. Tapi lepas beberapa lama, aku tengoklah balik Running Man dan sebenarnya best je. Se Chan dengan So Min tu okay je. Menghiburkan juga. Kadang-kadang sedihlah juga bila ada peminat-peminat Running Man macam tak suka diorang berdua dan hanya suka member-member yang asal sahaja. Sekarang, Lee Kwang Soo pula keluar. Ya Allah, sedihnya macam lebih teruk dari putus cinta! 💔😢 


    Lee Kwang Soo keluar daripada Running Man disebabkan oleh masalah kesihatan dia. Tahun lepas (2020), Kwang Soo terlibat dalam kemalangan menyebabkan kaki dia mengalami kecederaan. Seperti yang diketahui umum, rancangan Running Man memerlukan pergerakan yang banyak. Jadi disebabkan kecederaan yang dialami oleh Kwang Soo, susahlah untuk dia perform dengan baik. Bagi aku sendiri, baguslah Kwang Soo mengutamakan kesihatan dia. Dia pun muda lagi dan masih ada peluang yang cerah di masa hadapan.

    Aku bangga sangat dengan Kwang Soo sekarang sebab dulu dia tak dikenali sangat pun. Untuk sampai ke tahap "Prince Asia", bukan mudah. Kalau korang tengok Running Man daripada episod pertama, korang boleh nampak sendiri perubahan Kwang Soo. Mula-mula tu dia sangat pendiam. Bila dia nak bercakap je, orang semua tak dengar. Selalu kena ignore. Menyedihkan betul tengok, tapi pada waktu yang sama  kelakar pun ya juga. Hahaha. Of courselah, ada je characteristics yang aku sebut tadi sampai ke sudah masih ada. Tapi korang boleh nampaklah perubahan dia. Dalam episod 37, ahli-ahli Running Man perlu dapatkan 30 orang yang nak sign diorang. Ada sorang perempuan dekat booth fan sign Kwang Soo kata "You can't fix your low popularity". 😭💔 But look at him now! Everyone loves him!

    In short, walaupun Lee Kwang Soo dah takde dalam Running Man, aku akan sentiasa support dia dan tengok lakonan-lakonan dia. At the same time, of courselah still support Running Man. Bagi aku, jangan disebabkan seorang yang keluar, kita dah tak support dah rancangan ni. Ahli-ahi Running Man yang lain masih ada dan berkerja keras untuk menghiburkan kita. Lastly, nak tanya, siapa minat Lee Kwang Soo kat sini boleh munculkan diri dekat komen tak dan bagi luahan perasaan korang? Jomlah kita nangis bersama-sama 😭

Goodbye Lee Kwang Soo! Thank you for your hard work throughout these 11 years! 

You May Also Like

1 comments

  1. peminat Lee Kwang Soo disini !
    berjasa betul dia kerana menghiburkan kita sejak kecil huhuhu

    ReplyDelete