ME & MY SMALL BUSINESS
ASSALAMUALAIKUM
Pengalaman aku dalam berbusiness ni dah agak lama sebenarnya. Unofficially start minat dengan business masa sekolah rendah. Waktu tu, takdelah buat produk atau join dropship ke apa. Aku tolong jaga gerai masa ada program sekolah je. Kira macam cashier lah waktu tu. hehe. Tapi aku sedar yang aku memang minat menjual. Kegembiraan bila kira duit lepas tutup gerai tu macam adalah satu kepuasan bagi aku. Walaupun tak banyak mana.
Masuk sekolah menengah, aku mula join jadi agent dropship. Waktu tu, aku jadi agent dropship untuk syarikat print baju custom-made. Aku buat keputusan untuk join niche business ni sebab waktu tu aku perasan yang hampir setiap tahun ada demand untuk buat baju kelas, persatuan dan lain-lain. Aku nampak ini adalah satu peluang untuk aku jana pendapatan sampingan dekat sekolah. Tapi, waktu tu aku pemalu. Walaupun aku nampak itu sebagai satu peluang, aku masih tak dapat nak promote servis yang aku boleh tawarkan dekat orang-orang sekeliling aku. Aku cuma promote dekat facebook page je waktu tu. Akhirnya, aku cuma dapat dua customer sahaja sepanjang lebih kurang setahun aku menjadi agent dropship untuk servis tu. Satu daripada rumah sukan dekat sekolah aku dan lagi satu daripada kenalan kakak aku.
momento: rumah sukan 'Khalid' pakai baju yang aku jual |
Selain daripada menjual baju custom-made, waktu tu pun aku ada tolong senior aku jual planner. Dapatlah beberapa orang. Tak sangka juga berjaya dapat beberapa orang. Aku pun pelik kenapa bila aku tolong senior aku promote planner dia ni lebih berjaya daripada business aku sendiri. Takpelah, rezeki dia kan. Aku pun tumpang gembira juga sebab dapat tolong. Sejak dari tu, sampailah sekarang aku tolong dia promote planner dia dekat kenalan aku.
Selain daripada menjual chocojar dan popia, aku pun ada join buka stall masa ada program dekat universiti. Macam-macam aku jual dekat stall tu. Yang aku ingat aku jual kuih-muih, burger dengan mac & cheese. Dan of courselah aku ada selit jual sekali popia dan chocojar aku tu! 😝 Program ni bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk jana pendapatan sepanjang hari program. Aku apa lagi, mestilah join! hehe. Penat tu memang penat, tapi aku still gembira. Selain daripada dapat duit lebih, aku happy juga sebab makanan yang aku jual tu, sampai ada orang whatsapp aku minta contact number supplier tu (dia nak jual untuk program akan datang sebab sedap).
1 comments
sunnah berniaga ni... teringin jugak nak menjual tapi nk jual apa pun tak tahu hehe
ReplyDelete