DRAMA REVIEW: TAXI DRIVER

by - 12:59

    Rainbow Taxi Company. Daripada luaran, nampak sahaja macam company taxi yang biasa-biasa. Rupanya ada rahsia lain yang mereka simpan. Selain daripada menyediakan servis pengangkutan kepada masyarakat, mereka juga menyediakan servis untuk membantu sesiapa yang ingin membalas dendam terhadap orang-orang yang telah memusnahkan hidup mereka. Konsep cerita ni sahaja dah lain daripada yang lain dan menarik kan? Dan sememangnya menarik pun cerita ni! 

    Drama Taxi Driver ini kebanyakannya diinspirasikan daripada kisah jenayah sebenar yang telah berlaku di Korea Selatan. Bila based on true story ni, selalunya best tau sebab terasa dekat dengan kita. Walaupun tidak dinafikan ada beberapa kes yang mereka tokok tambah. Tetapi pada dasarnya, kes tersebut memang pernah berlaku di Korea Selatan! Bila tengok cerita ni, aku tak sangka yang kes-kes seteruk itu pernah berlaku dekat dunia ni. Sebab tak termasuk dek akal!

    Antara kes-kes yang yang pernah berlaku dan diserapkan ke dalam drama ini ialah kes pembebasan pelaku sexual kanak-kanak (Cho Doo Soon), eksploitasi pekerja OKU, kes buli di sekolah dan keganasan (violance) di tempat kerja. Korang boleh baca lebih lanjut tentang kes-kes ni di sini:- https://www.creatrip.com/en/blog/10165   

    
    Drama ini dilakonkan oleh Lee Je Hoon, Lee So Young, Kim Eui Sung, Pyo Ye Jin, Jang Hyuk Jin dan Bae Yoo Ram. Pelakon-pelakon dalam cerita ni, semuanya tak mengecewakan. Watak yang paling aku suka dalam cerita ni mestilah Kim Do Ki (Lee Je Hoon)! 😝 Dia seorang boleh tumbangkan berbelas penjahat. Tapi sejujurnya, macam tak logik lah juga sebagai seorang manusia biasa boleh sehebat tu. Aku rasa mesti lunyai dah kalau real life. Tapi aku layan jelah~ Hahahaha

    Apa yang menariknya lagi dalam cerita ni, team Rainbow Taxi ni semuanya expert dalam bidang masing-masing. Ada yang jadi hacker, mechanic and of course yang pandai melawan. Sebab mereka ni balas dendam dengan cara "kejahatan dibalas dengan kejahatan". Memang boleh nak masukkan je penjahat dalam penjara atau dalam kata lain melalui undang-undang. Tapi, bagi mereka, undang-undang ni buat kerja lambat dan selalunya hukuman tak setimpal dengan jenayah yang telah dibuat. Belum cakap lagi pasal korupsi. Sebab tu mereka ni buat keputusan untuk buat servis balas dendam ni.

    Bila cakap pasal "kejahatan dibalas dengan kejahatan"  ni, polis tak tangkap ke? Yelah, sebab seolah-olah macam takde beza sahaja dengan penjahat-penjahat tu semua. Haa, mestilah polis pun ada terlibat dalam cerita ni. Polis ni lah cabaran lain yang Rainbow Taxi ni perlu hadap. Kalau mereka kena tangkap dengan polis, sah-sah kena masuk lokap walaupun niat mereka baik. Sebab itu orang kata, "niat tidak menghalalkan cara". 

    Overall, aku recommend sangat dekat korang untuk tengok drama ni. Setiap episod menarik dan makin intense. Cara diorang balas dendam pun best dan power. Tapi aku nasihatkan, sesiapa yang tak tahan tengok keganasan, tak payahlah tengok. Aku pun kadang-kadang rasa tak sanggup nak tengok. Lebih-lebih lagi episod pasal buli di sekolah dan keganasan di tempat kerja. 

Personal rate: 9/10


 
   




You May Also Like

2 comments