DONE #CUCUKMYAZ

by - 16:38

 ASSALAMUALAIKUM

    Alhamdulillah, dalam berjuta rakyat Malaysia, aku berjaya mendapatkan temu janji vaksin covid-19. Bukan mudah nak dapat temu janji vaksin Astrazeneca ni. Yelah, kena berebut slot dekat website. Website pula problem yang tersangat problem! Bila teringat balik, geram pula rasa. Ditunda 15 minit dah satu hal. Tiba-tiba tak boleh tekan negeri pula dah. Bila dah boleh tekan negeri, semua tarikh dan lokasi penuh. Tapi 'tab' tunjuk warna hijau (available slot). Aku nak masuk slot menunggu pun ada problem. Haihhh. Apa-apa pun, alhamdulillah aku dapat juga temu janji. Ingatkan tak dapat. Aku dah sedih dah time tu sebab parents dengan kakak aku semua dah berjaya dapat slot. Aku dapat pun beberapa hari lepas hari pendaftaran. Itu pun sebab aku ada baca dekat twitter suruh check application MySejahtera. 

    Tapi aku ada masalah juga walaupun dah dapat temu janji. Temu janji aku tu jatuh pada hari aku menduduki final exam. 2 paper, dari pagi sampai lewat petang. Temu janji aku tu pula pukul 2:00 petang. Macam mana aku nak pergi temu janji tu kalau aku ada exam waktu tu?! 😫 Hari-hari aku fikir apa nak buat. Nak cancel appointment takut lambat nak dapat temu janji baru pula. Aku nak dapat vaksin cepat. Satu-satunya cara yang aku fikir untuk membolehkan aku datang temu janji tu ialah jawab exam cepat-cepat. Aku dengar yang kita boleh je datang lambat untuk temu janji tapi dengan syarat perlu datang pada hari yang sama. 

    Maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah aku dapat siapkan exam tu lebih awal. Lepas je exam, aku terus pergi ke PWTC, KL. 

credit: Harian Metro
    Sampai je di PWTC, aku rasa risau sebab aku orangnya mudah sesat. Dahlah mudah sesat, pelupa pula tu. Alahai. Sebab tu kalau pergi mana-mana tempat yang aku tak familiar, aku perlu berteman.  Tapi pada hari tu, aku terpaksa pergi sorang-sorang sebab family aku semua dapat tarikh yang berbeza-beza. Dengan penuh kerisauan, aku pun turun dari kereta dan terus jumpa dengan polis yang bertugas dekat luar PWTC. Aku pun tunjukkan slot temu janji aku (MySejahtera app) dekat polis tu. Waktu tu dah risau dah kena tahan sebab aku kan datang lewat. Tapi alhamdulillah, boleh je masuk~ 😍 Aku pun ikut laluan yang abang polis tu bagitahu.

    Sepanjang dalam PWTC tu, aku jamin yang korang takkan sesat sebab memang ada laluan, tanda yang tunjukkan arah dan papan tanda setiap station. Kalau korang masih sesat pun, ada abang-abang polis dan sukarelawan yang korang boleh tanya nanti. 

    Selepas tu, aku diberi 2 helai borang yang sama untuk diisi beserta dengan nombor panggilan. Aku nasihatkan korang tunggulah dulu penerangan daripada sukarelawan dekat situ sebelum isi, takut tersilap isi. Bila dah siap isi, aku pun tunggulah nombor dipanggil. Tak ambik masa lama pun. Aku rasa tak sampai 10 minit lah tunggu. Mungkin 5 minit macam tu je. Lepas tu, sekali panggil tu dia panggil banyak nombor. Memang laju lah. Lepas dipanggil tu, ingatkan boleh cucuk terus. Rupanya ada lagi beberapa step yang kena buat. 

macam ni lah korang akan menunggu untuk dipanggil

    Next step ialah korang akan dibawa ke bahagian consultation. Dekat sinilah korang boleh tanya apa-apa yang korang nak tanya dekat petugas kesihatan tu. Tapi haritu aku tak tanya apa-apa pun sebab tak tahu nak tanya apa. HAHAHAHA. Aku ada nampak sorang aunty ni macam-macam dia tanya. Ha, jadi nanti kalau korang nak tanya apa-apa, tanya je. Jangan segan silu. 

credit: malaysiakini
    Lepas dah consult, apa tunggu lagi. Cucuklah! 😆 Waktu ni aku dah seram dah. Lama tak kena cucuk lah katakan. Last pun time sekolah menengah. Bila dah sampai tempat untuk injection, aku pun masuk lah dalam bilik kecil yang volunteer tunjukkan sebelum tu. Sepanjang dalam bilik tu aku tak tengok langsung barang-barang untuk injection. Aku takuttt HAHAHAHA. Tapi aku pernah dengar yang kita ada hak untuk tengok berapa banyak ml yang doktor inject kat badan kita. Cuma tulah, tak berani punya pasal. Aku redha dan percaya jelah dekat doktor tu. 

macam ni lah suasana bilik-bilik untuk injection
    Bagi aku, nak kata tertutup tu tak sangat. Satu bilik dua orang pula. Boleh je orang lagi satu tu tengok aurat korang. Belum cakap lagi orang dekat luar boleh nampak juga. Nak selamat, maybe selak sikit jelah kot kawasan lengan tu. Nak comment banyak-banyak pasal ni pun tak boleh juga en. Mungkin ada sebab kenapa diorang buat macam ni. Oh by the way, aku dapat doktor perempuan. Lega juga lah sebab tak segan. Walaupun memang boleh je kalau yang inject tu lelaki. Tapi I is segan. 👉👈😬

    Selesai sahaja injection, tak boleh balik terus tau. Kita kena stay selama 15 minit dahulu untuk dipantau. Tak buat apa pun waktu tu. Duduk je dekat tempat yang disediakan sampai tamat 15 minit. Waktu tu, kalau rasa tak sedap badan ke apa, boleh terus pergi jumpa petugas dekat situ. Macam aku, aku cuma rasa kebas-kebas dekat tangan je. Benda tu normal, jadi tak perlu pun jumpa dengan petugas. Lepas habis 15 minit, bolehlah balik. 

    Untuk vaksin Astrazeneca ni, tarikh untuk second dose tak ditetapkan terus tau. Aku cakap macam ni sebab ada kenalan aku ambik Pfizer dan tahu terus tarikh untuk 2nd dose. Tapi tak tahulah dia sahaja yang macam tu atau bukan. Apa-apa pun, korang kena check balik aplikasi MySejahtera selepas 5-12 minggu daripada hari korang ambil first dose. Itu berdasarkan apa yang petugas kat sana cakaplah. Tapi, aku tak kebah lagi dari side effect vaksin dah dapat temu janji untuk dose kedua. Alhamdulillah. Apa-apa pun, korang checklah selalu aplikasi MySejahtera tu. 

    Bagi yang tak dapat lagi temu janji vaksin, aku percaya lambat laun korang akan dapat juga. Insyaallah. Tak kisahlah vaksin jenis apa sekali pun. Vaksin yang terbaik ialah vaksin yang paling cepat korang boleh dapatkan. Sekarang ni, aku cuma nampak sedikit sinar harapan melalui program vaksinasi je. Faham-fahamlah kenapa. Nak berharap lebih pada 'mereka' macam buang masa dan tenaga je..





    

You May Also Like

2 comments

  1. Tahniah dah cucuk 1st dose! My turn pagi esok... Tak tahulah which vaccine.. nervous je ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah urusan vaksin dipermudahkan. Lepas ni sama2 lah kita tunggu second dose punya ya.

    ReplyDelete