Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Contact
    • Twitter
    • Instagram
    • gmail
  • Tutorial
  • Tips
facebook twitter instagram Email

NASEHA SYAHIRA

Assalamualaikum

Entry kali ni lain daripada yang lain. Sebab aku akan ceritakan pengalaman/review tentang makanan! Aku tak pernah lagi buat review pasal makanan or just entry tentang makanan. Memandangkan tak tahu nak cerita apa, aku just nak share pendapat aku bila makan di Mr. Dakgalbi ni lah ye. hehehe.. Pendapat aku mungkin tak sama dengan pendapat orang lain.

Nak dijadikan cerita, aku hang out dengan kawan aku semalam. Dia kata dia nak try makanan-makanan yang lain dari yang lain. Macam makanan korea ke or makanan yang tengah trending. Jadi, kawan aku ni pon survey harga dan makanan untuk semua restoran korea yang ada dekat mall. Mr. Dakgalbi akhirnya menjadi pilihan. Aku macam biasalah, bab makanan ni follow je orang. 😬

Setibanya dekat Mr. Dakgalbi dan pilih satu meja, tiba-tiba datang seorang waitress with some foods dekat atas tray. Dia tanya, "2 orang ke?" Aku jawablah ya. Pastu dia susun makanan tu atas meja kitorang. Aku clueless gila. Jadi aku cakaplah, "eh, ni bukan kitorang punya kot sebab kami tak order lagi.." Then waitress tu cakap "ni memang side dish nya and semua orang akan dapat. It's free". Ouh lahhhh, baru aku faham. 😂 Nampak sangat first time! HAHAHA. Kawan aku pula pergi buat lawak dia tanya "so, kalau kami makan ni lepastu terus balik pon boleh lah ye? free kan 😏" Waiter tu pon mengiyakan je. HAHAHA.

kimchi, cabbage salad, white carrot, soup (side dishes)
Antara semua side dishes ni, aku boleh tolerate dengan soup. The soup is nice. Kimchi tu bolehlah, but the taste is quite weird for me. Cabbage salad tu rasa manis. Aku tak sure apa benda yang dia letak atas kubis tu tapi rasa dia memang manis. Untuk lobak putih tu pulak, hmm.. Tak tahu nak describe macam mana. hahaha



Macam yang korang nampak dekat gambar atas ni. Diorang akan masak depan kita tau. Macam kat atas ni, dia tengah masak Special Fried Rice + Cheese. Harga Fried Rice ialah RM18 while Chesse tu kena add-on RM8. Other than that, kitorang beli juga satu set ayam. Aku tak ingat apa nama ayam tu tapi itu ialah ayam yang paling pedas dalam menu. Harganya ialah RM18.


Apa yang bestnya pasal ayam tu ialah, ayam tu takde tulang. Jadi kita boleh je makan terus! Puasss sangattt dan rasanya memang sedap. Pedas dan manis. Macam samyang pon ada, tapi aku rasa ayam ni lagi sedap. Tapi tulah, pedas sangat rasa macam keluar api kat telinga ni ha! Lidah pon terbakor je rasa. AHHHHHH tapi memang worth it lah. Siapa yang nak challenge makan pedas dengan kengkawan bolehlah try ayam ni.

Nasi goreng dia pon sedap. Korang boleh makan nasi goreng tu dengan kimchi, cabbage salad or ayam. Cuma satu je masalahnya. Bila kita makan denga benda-benda yang lain, rasa nasi goreng tu hilang sebab rasa ayam, kimchi and that cabbage tu lagi kuat. Macam aku, aku makan begitu sahaja sebab makan macam tu pon dah cukup sedap.

Total cost aku makan pada hari itu ialah RM32 termasuk satu drinking water yang hanya berharga RM1. Bagi aku, harga tu memang kira normallah kalau makan tempat-tempat macam ni. Sebab kita nak try kan, takpelah spend lebih sikit daripada kebiasaan. hehe..

Overall, saya suka makanan melayu lebih lagi! 😂
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Older Posts

ABOUT ME

Hello there. Welcome to the blog! I am a final year finance student from a public university in Malaysia and have a huge enthusiasm of sharing random things to the public.

MY WISHLIST

Dean's List Foundation
New phone
Umrah/Haji
Own Car
Own House

Categories

  • Food Review
  • Ghost Story
  • IIUM
  • Islam talk
  • KISAS
  • Movie Review
  • Positive Vibes
  • Puisi tepi jalan
  • Random
  • Tips
  • Tutorial

Blog Archive

  • October 2021 (1)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (1)
  • May 2021 (2)
  • February 2021 (4)
  • January 2021 (1)
  • December 2020 (2)
  • November 2020 (1)
  • October 2020 (1)
  • August 2020 (2)
  • July 2020 (2)
  • June 2020 (1)
  • April 2020 (2)
  • February 2020 (1)
  • January 2020 (7)
  • December 2019 (1)
  • November 2019 (2)
  • October 2019 (3)
  • June 2019 (1)
  • May 2019 (2)
  • April 2019 (1)
  • March 2019 (4)
  • February 2019 (3)
  • January 2019 (4)
  • December 2018 (7)
  • September 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • April 2018 (4)
  • March 2018 (1)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (1)
  • November 2017 (1)
  • October 2017 (2)
  • September 2017 (4)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (2)
  • June 2017 (5)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (1)
  • January 2017 (2)
  • December 2016 (2)
  • November 2016 (3)
  • October 2016 (1)
  • September 2016 (1)
  • August 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (1)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (2)
  • April 2015 (1)
  • January 2015 (1)

My Blog List

  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Pengalaman Mengambil Lesen Memandu Kereta Kelas DA di Kudat
  • Travelog Syuhada Salleh
    Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah!
  • Jurnal Shikin Razali
    Di Sebalik Nama SRLavender Studio: Dari Starlavenderluna ke Dunia Kreatif Saya
  • thesuraya
    Seikhlas Kasih Ahmad Nanas by Izzraff
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Salam Maal Hijrah 1448H
  • Jari Jemari Menari
    Ulasan Buku- Atas Lantai Bumi by Liza Nur
  • kisah aienienka
    2024 will end too....
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Alien Oren
    Movie Review: The Pope's Exorcist
  • Naimy
    Pentingnya belanja bulanan bagi seorang isteri dan mak.
  • Adinda Baizura Mazlan
    Training ESQ Angkatan 112 : Comeback!

Kontraktor Ubahsuai Rumah

Related image
Kontraktor Ubahsuai Rumah

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates