Tidur

Sedang kita bergembira dek cuti sekolah akibat jerebu
Kita lupa satu perkara
Perkara yang mampu menyebabkan nafas menjadi sempit
Ketakutan yang tidak mampu digambarkan
Suatu ancaman yang daripada beribu-ribu tahun telah diberitahu
Namun kita masih tidak menyiapkan apa-apa untuk menempuh hari itu!

Kerana apa?
Kerana harinya masih kekal misteri
Dek kerana tarikh yang tidak diketahui
Kita dibuai dengan kemewahan dan kegembiraan nikmat dunia!
Tanpa mengingati hari yang sangat menggentarkan itu!

Pabila matahari terbit dari arah barat, 
Baru kita sedar.. 
ALLAH! ALLAH! ALLAH!
Aku tak bertaubat lagi ya Allah!
Aku tak mampu untuk tempuhi hari ini ya Allah!
Kau ampunilah aku ya Allah!!

Tika itu, rintihan mu tidak langsung bererti..
Apa yang kau lakukan sebelum ini?
Aku beri kau banyak masa untuk bertaubat!
Tapi apa yang kau lakukan?
Penuhinya dengan maksiat dan benda-benda yang lagha!
Kau lupa pada Allah!

Maka pabila kau dihitung..
Beratlah hitungan kejahatanmu..
Akhirnya kau pun DICAMPAK ke dalam neraka..
ingat, CAMPAK! sebagai mana kau campak sampah ke dalam tong sampah..
Begitulah kau akan dicampak!
Malah mungkin lebih dari itu!

Awak... ada satu tanda-tanda besar kiamat iaitu bumi ini akan keluar dukhan (asap). Ada kemungkinan besar jerebu inilah asapnya! Awak... sementara dajjal masih tidak datang.. Yakjuj makjuj belum keluar... Matahari masih terbit di sebelah timur.. Taubatlah! Taubatlah! Taubatlah! Sebelum kita menangis di akhirat kelak.. Maaf, Nas tak tahu macam mana nak sedarkan ummat islam yang masih TIDUR. Kalau ada akak-akak atau abang-abang di luar sana, jom sedarkan umat islam sebelum mereka persoalkan kita. Kenapa kau tak tegur aku dahulu?! Nas bukan dai'e.. jauh pula pendakwah yang hebat! Nas hanya orang biasa.. tapi cuba untuk mengingatkan ummat islam yang sedang leka. 

Nas pernah terfikir. Siyes. "Kenapa Allah nak uji manusia? Kenapa tak letak sahaja manusia dalam syurga?" Lepastu Nas fikir balik dan dapat jawapannya. Allah nak uji manusia sebab Allah nak tengok sejauh mana ketaqwaan kita kepada Dia. Sejauh mana cinta kita kepada Dia. Sebanyak mana pengorbanan yang kita lakukan untuk mendapat keredhaan Dia! Allah ciptakan syurga hanya untuk manusia yang terbaik! yakni Luar Biasa ketaqwaannya. 

Dunia ini ialah ujian terbesar untuk manusia. Hawa nafsu dan bisikan syaitan menguatkan lagi ujian itu.. Hanya dengan iman dan doa sahaja kita mampu tumbangkan ujian ini! Ayuh muslimin dan muslimat! Kita kejar Jannah! Bukan kejar pakwe or makwe.. bukan kejar tudung bawal crepe yang tengah buat sale.. dan bukan kejar gadget-gadget yang melaghakan.. cukuplah..