2017 TEARS


Aku serius takde bahan yang nak dikongsikan dengan korang. Sebenarnya aku suka kongsikan benda-benda yang boleh menjadi iktibar dan pengajaran untuk korang daripada apa yang aku nampak, apa yang aku dengar, apa yang aku lihat dekat dunia ni. Sebab semua orang ada perkara yang dia sendiri rasa tapi tidak orang lain. 

Aku harap entry kali ni dapat beri sesuatu kesan pada hati korang. 

Entry kali ini biasa-biasa sahaja. Hanya sekadar coretan sejarah setiap detik air mata berharga aku ni mengalir keluar dari tubir mata. Sebab aku jarang menangis dan lebih banyak tersenyum. Aku rasa bibit-bibit kehidupan aku yang inilah paling banyak pengajaran yang boleh diambil. mungkin?

bismillahirrahmanirrahim.

UNEXPECTED SPLASH!

B1.

Itu dorm aku. Tengah lepak-lepak dengan budak dorm, tiba-tiba ada seseorang datang. Dia kata ada perjumpaan batch antara blok A dengan blok B. Dalam hati aku meroyan sendiri. Aku paling tak suka bila ada perjumpaan melibatkan batch. Sebab? sebab aku tak suka pon batch aku. Golongan 'senget' yang terlalu banyak dalam batch buat aku sesak. Merasakan tarbiah di situ rosak kerana mereka. Sedangkan aku tak sedar yang aku pun bukannya baik sangat.

Aku jenguk ke bawah dari koridor. Takde siapa pun yang berkumpul. Yang ada cuma beberapa jemah yang sedang menaikkan warisan permainan tradisional. ( main baling-baling selipar) Aku kira baiklah waktu tu still menunggu dekat koridor sampai semua orang datang. Sebab minggu-minggu terakhir, aku rasa nak cuba buat memori dengan batch. Kalau tak, rasanya aku masuk dorm dan pura-pura tidur. 

Tengah usya-usya tu, ada orang tepuk belakang aku. 

" Jomlah turun" 

Aku bagi banyak alasan. Tapi dia kata " takpe, turun je dulu " Aku akur. 

Bila turun, diaorang ajak main baling-baling selipar. Aku join untuk pertama kalinya dengan budak-budak 'senget' . Fake. Waktu tu fake happy. Entahlah weh. Aku tak faham kenapa sampai waktu tu takleh terima diaorang. Tengah main, tiba-tiba...

" ok, 1.. 2.. 3!!"

SPLASHH!! 

Aku kini lencun disimbah dengan air sabun. Tergamam. Terkedu. Takde satu perkataan pun yang mampu aku ungkapkan. Halwa telinga aku mula didendangkan dengan lagu-lagu berunsur persahabatan.

" oh kawanku, ku akan tetap merindui mu.. Walau jauh.. "

maaf aku tak ingat lirik. Tapi memang terharu waktu tu. Ya, aku menangis. Menangis sebab aku tak sangka yang 'senget' pon masih peduli tentang aku. Tahu yang aku akan tinggalkan bumi mukmin professional ni. Dalam keadaan air mata aku masih mengalir, mereka memeluk tubuh aku dengan erat.

Belajar untuk terima baik dan buruk orang lain. Perangai orang berbeza-beza. Percayalah, bila kita mampu untuk terima baik buruk seseorang itu, perasaan benci itu akan hilang. Jangan pernah fikir diri kau paling mulia!

LEAVING

Tiba hari yang aku tak pernah jangkakan akan menjadi kenyataan. Rupanya kata-kata aku sejak tingkatan 1 untuk berpindah menjadi kenyataan. Bukan lagi sekadar harapan. Aku tak nak cerita panjang tentang momento ini sebab aku rasa semua orang lalui benda yang sama. 

Hargai setiap saat engkau bersama mereka. 


STRUGGLING ALONE

Aku participate dalam pertandingan buat video. Dalam satu kumpulan ada 5 orang. Tapi sepanjang aku siapkan video, aku rasa aku seorang yang menggalas beban dan masalah. Daripada A sampai Z. Daripada mencari software, tebalkan muka pinjam laptop senior, berurusan dengan budak-budak ragbi yang kau tahulah macam mana diorang pakai masa tengah latihan, hadap jelingan ketua-ketua pelajar yang merasakan aku telah membuat satu dosa besar, duduk dalam satu bilik yang semuanya lelaki ( aku bawa geng dua orang je ).

Paling teruk ialah bila aku seorang yang perlu hadap kelembapan laptop masa mengedit. Hari terakhir terpaksa export lebih daripada 3 kali hanya kerana beberapa kesalahan dalam video. Sekali export 2 jam. Serius penat.

Ahli yang lain semua lepas tangan. Selalu memberi alasan. Mungkin sebab diaorang takut dipandang serong oleh orang-orang lain. Tapi aku lain. Aku jenis yang tak kesah apa yang orang lain fikir pasal aku. Nak cemuh, nak caci, suka hatilah. Selagi aku tahu apa yang aku buat itu bukan benda yang salah aku akan tetap buat! 

Aku seorang yang terpaksa bersengkang mata. Mendidik kesabaran dalam hati. Melihat semua orang buka buku, tapi aku? Aku terpaksa hadap laptop. Selalu sangat bagi alasan nak study. Ingat kau sorang je ke nak study? Nak perform dalam exam? Nak banggakan mak ayah? Aku pun nak. Aku seorang sahaja yang bergerak. Aku seorang sahaja yang berusaha. Tapi yang lain dapat certificate tanpa perlu berusaha. 

Terima kasih atas sedikit usaha yang korang dah sumbangkan. Ya, aku masih menghargainya. Walaupun air mata kekecewaan itu tetap mengalir. Setidaknya bila aku memaksa, korang masih bergerak. 

Terkadang kita tak boleh nak selfish. Sentiasa ingat dan fikir apa cabaran atau kesusahan yang orang lain kena tempuh juga. Kalau sesuatu kerja tu dibuat bersama-sama, hasilnya mungkin akan menjadi lebih baik dan paling penting tak menyusahkan individu yang betul-betul mengharapkan kejayaan satu kumpulan. Alasan itu yang sebenarnya menghalang seseorang daripada mendapatkan apa yang kita inginkan. Kurangkan memberi alasan!

A GOOD LEADER

Aku tak pernah menggalas tanggungjawab yang besar seumur hidup aku. Tapi bila aku menjadi salah seorang warga kisas, macam-macam jawatan yang aku dapat. Daripada penolong ketua dorm, Biro akademik dalam sistem rumah, Pra-ketua pelajar, Timbalan pengerusi unit seranta, AJK kebersihan kelas, Setiausaha kelab taekwando dan Pengerusi gemawan bagi pihak muslimat. 

Setiap jawatan tu ada kesusahan yang aku kena hadap. Tapi satu jawatan yang berjaya mengalirkan air mata aku yang sangatlah jarang nak keluar ni ialah pengerusi gemawan. Tapi mungkin faktornya sebab aku dilantik bila mana ada 'event' yang perlu aku uruskan. Kalau takde 'event' tu rasanya aku okay je. 

'Event' biasa je pun sebenarnya. Sekadar Jamuan Akhir Tahun. ( kelakar pula aku menangis hanya sebab ni ) Tapi mungkin sebab aku tak pernah handle benda-benda macam ni, ditambah lagi dengan masa yang sangat packed, kerjasama daripada pihak muslimin macam entah pape, aku rasa aku sendiri yang buat kerja. Ya, again. Masalah ni lagi. Kadang-kadang aku terfikir yang aku sendiri yang cipta masalah ni. Disebabkan prinsip ' tak nak susahkan orang lain ' , aku membelenggu diri aku sendiri dengan masalah. 

Aku belajar satu benda yang sangat bernilai. Prinsip ' tak nak susahkan orang lain ' tu tak boleh digunakan setiap masa. Bila kita dalam organisasi, pemimpin tu kena pandai agihkan tugas. Percaya pada kebolehan orang yang dipimpin. Pastikan segalanya mengikut perancangan.



Rasanya cukup sampai di sini sahaja. Entry kali ni pun dah cukup panjang. Terima kasih kerana sudi mendengar sebahagian daripada momento kesedihan aku. Carilah ibrah disebalik setiap apa yang kita dah tempuhi. Ada certain yang kita boleh nampak terus. Ada yang dalam jangka masa beberapa tahun baru kita sedar tentang hikmah di sebalik kejadian tu. Yang paling penting, setiap yang berlaku itu ada sebabnya. cliche? Tak nak percaya sudah.

Tapi aku belajar daripada pengalaman.

senyum.