Project Designing Blog!

ASSLAMUALAIKUM

Hari ini Nas sangat happy cause this is the first time Nas cantikkan blog orang! Alhamdulillah, Nas sangat puas hati dengan kerja Nas.. (tapi tak tahulah orang nye suka atau tidak cause dia tak tengok lagi hasilnya) hehe.. Ingat lagi, dulu Nas stress sangat tengok blog sendiri sebab serabut tengok blog buruk sangat! Sekarang ok dah.. (yelah kot? haha) Sekarang Nas pula buatkan orang punya.. 

Actually orangnya kawan baik Nas juga.. Dia dah lama mintak suruh cantikkan blog dia, tapi Nas takde masa. Jadi cuti sekolah yang panjang ni Nas ambil kesempatan untuk tolong cantikkan blog dia. Hopefully kau suka lah ek Qilah! Aku buat ni satu malam je..

Bagi sesiapa yang nak Nas cantikkan blog korang, boleh bagitahu kat mana-mana.. kat ruang comment ke, insta ke, twitter ke, facebook ke bagi jelah tahu. Tapi! Kena bayar dululah.. hehe. Bayarannya tak terfikir lagi nak charge berapa? Tapi tak lebih RM10.. 

Now, ini ada sedikit preview blog kawan Nas tu. 

ATTENTION!! K-POP DETECTED!



For those who want to see this blog, you guys can click the link below 

Syarahan Lagi??

ASSALAMUALAIKUM

Setelah sekian lama blog ini menjadi rumah labah-labah, lipas, cicak dan sebagainya, hari ni Nas akan membersihkan kembali blog ini daripada binatang-binatang yang tidak dikehendaki. (Suka hati je ko letak perumpamaan entah hape-hape ko tu!) 

Sejujurnya, Nas sendiri takde bahan nak dicoretkan di blog yang tidak femes ini.. uhuhuk! Apalah nasib.. hanya mampu menangis meratapi hakikat bahawa blog ini hanya dipandang sebelah mata sahaja... 

Fikir punya fikir, Nas decide nak meluahkan perasaan yang memang takde kena mengena dengan hidup korang dan korang pun mesti tak nak dengar sebab entry ni bosan giler.. FUHHH..

Ok, mulakan sesi luahan perasaan. Nas sekali lagi masuk acara Syarahan Bahasa Melayu untuk mewakili rumah sukan Nas 'Salman Al-Farisi' . Sejujurnya, Nas gembira dapat jadi wakil untuk firqah Nas untuk acara ni. Memang daripada tahun lepas dah terfikir nak masuk sebab nak membalas dendam sebab tahun lepas dapat no 2 je. Jadi tahun ni nak cuba dapatkan tempat pertama.

 Maka, berlalulah hari-hari Nas dengan perasaan penuh ceria.. Hari berganti hari, tiba-tiba Nas terdengar desas desus mengatakan ada seorang budak ni tukar acara daripada Syarahan Bahasa Arab ke Syarahan Bahasa Melayu. Time tu, rasa tercabar pun ada juga sebab Nas tahu dia ada potensi. ( Act, yang lain pun ada juga! hehe) 

Nas ada dengar yang dia tukar atas permintaan cikgu juga. Cikgu tu nakkkkk sangat dia jadi wakil sekolah untuk syarahan bahasa melayu. Cikgu tu puji melangit! Cakap yang dia ada intonasi yang pelbagai dan berani! OK. Nas tak heran pun sebenarnya hak hak..

Cuma ada satu benda sahaja yang Nas agak terkilan dengan apa yang cikgu tu buat. Cikgu telah membantu budak tu untuk membuat teks yang sudah semestinya tatabahasa dan penggunaan kata yang tepat lagi mantap! Tapi kami yang lain? Kami kena buat sendiri ye?? Kami olah sendiri.. Budak tu? Petik jari je... Yang tinggal cuma kena praktis sahaja.. 

Kalau macam itulah cikgu, apa kata dia lawan sorang-sorang? Cikgu nak dia jadi wakil kan cikgu? Lagi senang.. 

Maaf... Saya hanya meminta keadilan daripada cikgu untuk kami!