Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Contact
    • Twitter
    • Instagram
    • gmail
  • Tutorial
  • Tips
facebook twitter instagram Email

NASEHA SYAHIRA

Assalamualaikum


21 Februari 2001

Maka terlahirlah aku, iye di dunia ini. Aku sebenarnya rasa tak perlu pun cerita benda ni tapi aku bosan. 😭😭😭 Malam tu, i mean jam 12 malam, aku mula syahdu sorang-sorang sebab aku rasa macam, sedihnya birthday aku tahun ni sebab takde siapa yang wish aku tepat jam 12 malam. Gedik betul HAHA. Lagi-lagi kita mengharapkan orang yang kita sayang akan wish kita. Tapi malangnya, aku tak tahu kenapa semua orang ngantuk sangat malam tu!! Tinggallah aku sorang-sorang tak boleh tidur, melayan perasaan bersama juraian air mata yang macam.. aku tak tahu nak kata apa. Efek dia pagi esoknya macam nak bengkak mata aku. 

Esok paginya, aku tak tidur lepas subuh sebab aku ada mission penting pagi tu. Mission apa?? Adalah y'alls sibuk je. Aku buka laptop, buat kerja marketing sikit lepastu capai fon. Ting! Satu mesej masuk. My first wish that day! Daripada kawan kisas aku. Alkisahnya aku tak rapat sangat pun dengan dia. Maka, aku sangat terharu sebab dia ingat birthday aku dan jadi orang pertama pula tu! (Tapi tak tahulah angkara fb reminder ke apa! haha) Lepastu barulah mak aku dan kawan-kawan.

Aku tak pernahlah sibuk dengan fon macam haritu sekali. Ramai sangat yang wish aku tak larat nak melayan. Siap jumpa kawan-kawan sekolah rendah yang aku dah tak ingat dah. kejamm gue. 

Sebenarnya nak cerita benda lain, termasuk tajuk lain pula. Aduhai..

Aku takut sebenarnya nak jadi dewasa ni. Tak yakin diri. Mampu ke aku survive dengan dunia realiti ni. Masuk alam kerjaya, berkeluarga. Aku tak boleh bayangkan dan sungguh aku takut. 

Aku ingat lagi dulu masa kecil-kecil aku nak sangat jadi besar. (heleh, korang pun sama en.. macam aku tak tahu. hmmph!) Betullah orang kata. Bila dah besar nak jadi kecik balik. Masa kita muda, kita tak tahu lagi dunia macam mana. Sekarang bila dah besar ni haa, macam-macam tanggungjawab kita pegang. Macam-macam masalah yang timbul. Dulu, kalau masalah pun masalah apa je? Kawan baik bermasam muka, homework tak siap. Dah besar ni, dah pegang jawatan macam-macam, handle macam-macam. Barulah tahu hidup ini susah. Tapi jujurnya, aku sukakan cabaran dalam hidup, aku suka sibukkan diri. Bila takde apa-apa tu, aku mulalah malas, takde vision dan rasa banal je hidup ni.










Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum

Seperti yang dikhabarkan. Aku nak bercerita tentang program yang aku pergi tempoh hari dekat USIM. Nama program tu ICT Click. So, when we talk about ICT, terbayang-bayanglah korang dengan komputer and technology. Program ni dia terbuka untuk sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar universiti. Ada 4 modul yang dioarang bawakan iaitu:

  1. Microsoft office and Cloud, Photoshop, Speed typing (primary school)
  2. Video Editing, Photoshop, Mobile Graphy 
  3. Web development
  4. Arduino 
Program ni ada setiap tahun dan yang aku join ni kal yang ke-5.




Aku pilih untuk join Web Development sebab aku memang suka dan sedang berjinak-jinak dalam coding-coding ni semua. Aku tak tahulah. Aku suka. Walaupun kalau tengok kat instagram atau apa-apa jelah, banyak meme yang dibuat untuk programmer ni yang diorang ni takde life, takde bf/gf, and they do silly jokes using the programming language. Tapi aku suka juga, hahaha

Nak dijadikan cerita, aku tak tahulah aku ni macam bagai jatuh di timpa tangga ke macam mana takdir aku pada haritu. Tapi, akulah satu-satunya perempuan yang join Web development tu. Kau boleh bayang tak, lelaki besar-besar budak universiti more than 10 people dan kau seorang perempuan kecik, pendek yang baru je lepasan SPM dikelilingi oleh lelaki besar-besar! Aku rasa nak balik je waktu tu. huhuuhu

Alhamdulillah ada fasi perempuan. Kalau takde, aku tak tahulah nak buat apa weyh. Aku takkan bertanyalah kot satu hari tu. Sebab apa-apa hal aku akan tanya sis kat situ je. Yelah, aku ni segan orangnya bila dengan lelaki. Dengan perempuan je huru hara. hehe 

Brother yang ajar haritu dia sakit tekak. Ni pun nasib malang aku pun aku tak tahulah haha. Tapi disebabkan itu suara dia sangat perlahan, sayup-sayup kedengaran gitu. Mamat yang duduk belakang aku ni pula bising. ermmmm ya allah dugaan betul nak menuntut ilmu ni. hehe Nasib baik jugalah brother yang ajar tu ada round-round and kerap juga datang kat aku tanya "faham ke?". Dia tanya, aku jawablah! Kalau tak, memang taklah weh. Tak berani nak memekik "saya tak faham!" sampai satu kelas dengar. Mahu kena nganjing.

tengah register. I datang awal sejam y'all.

Tu jelah sebenarnya nak cerita. Point utama dia aku segan sebab dikelilingi oleh lelaki daripada pagi sampai petang. Dan, bilamana kau belajar guna komputer ni, orang yang mengajar ni of course akan tengok hasil kerja kita kat computer tu en. What do you expect? Mesti dia duduk sebelah en? Itu lagi satu hal! I kennot, I segan sangat haritu. Sebab brother yang ngajar tu duduk sebelah. Cakap pun cam, bagi aku dekatlah. HAHA. Ada sekali tu, aku rasa dia sedar kot aku cam segan, tak selesa so dia berdiri jauh sikit. Aku tak pandang muka dia sangat pun sebab aku segan namati. Bukan dia je, semua yang digelar lelaki pada hari itu! 

Sejak hari itu, aku macam terfikir, macam mana aku nak hidup kat real life lepas ni. Aku tak boleh nak expect yang semua lelaki akan berdiri sedepa dari aku. Aku takut takleh nak bersikap professional centulah. Bila kita bercakap, kita kena pandang orang tu supaya mesej tu dapat disampaikan. Tapi, aku tak mampuu huhuhu. Macam mana eh? HUHUHU



About CSS + HTML

Dua benda ni yang kita gunakan untuk front-end. Contohnya macam blog yang kita boleh nampak ni. HTML ni apa yang aku faham macam content and benda yang utama, base untuk buat web. CSS ni untuk mencantikkan. Tambah kaler contohnya. 

<h2>This is heading atau guna untuk title</h2>   <p>this is paragraph</p>  

Yang atas nilah contoh html yang aku ingat. Sama kan macam yang ada dalam blog? Yang kita duk main coding-coding nak cantikkan blog tu nilah dia!

h2{ color : red; 
 yang atas ni pula CSS. Maksud yang atas tu, dia nak warnakan tulisan title kita tu.


Tu jelah nak share apa yang aku belajar. Nak tulis semua tak boleh sebab ada guna software yang khas untuk belajar bendalah ni. Kalau nak belajar pun boleh juga secara online. Contohnya belajar dekat codecademy.com




Sampai di sini sahaja entri kali ini sebab I nak makan malam. kbye. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum

Aku tak plan pun nak cerita pasal kisas sebenarnya. Tapi, baru-baru ni ada orang komen dekat aku punya blog, entry pasal kisas lah en. Lepastu, aku tak ingat sangat pun aku cerita apa sebenarnya. Aku bacalah balik entry aku tu, dan aku mula sedar like, " oh cenggini eh aku cerita. patutnya aku buat nota kaki nih" 

Maka hari ini, aku nak tambah sikit atau perjelaskan sesuatu dekat sini pasal kisas. 

my classmates during form 4 with my lovely english teacher, Teacher Jenna


Bila kau bertanya tentang kebahagiaan, jawapannya subjektif. Tak semua orang rasa bahagia. Kita tak tahu kisah hidup mereka sepanjang berada di kisas. Apa yang aku cuba sampaikan, bila tiba masa hati kau terdetik untuk masuk kisas, buat solat istikharah dan bergantung sepenuhnya dengan Allah.

Aku tak kata kau akan bahagia sepenuhnya, sebab dalam hidup ni akan sentiasa ada duri dan halangan. Kisas bukan syurga. Bila tiba masa kau dah masuk kisas, buatlah apa yang akan membuatkan diri kau bahagia dan benda yang betul disisi 'dia'. 

Membosankan, tak membosankan. Aku akan jawab, tak bosan pun sebenarnya. Aku lelah. Itu perkataan yang sepatutnya aku guna sebelum ni. Tapi, entahlah, aku pun tak tahu kenapa aku tulis bosan. HAHAHA. 

Pasal pressure dengan cikgu tu, betullah aku memang pressure pun dengan 'cara' mereka. Tapi tidak bermakna aku benci dan tidak beradab dengan mereka. Aku tahu, mungkin ada yang membaca ni akan rasa, "ini ke budak kisas? E, TAK BERADAB DENGAN GURU" Bukan itu maksud aku. Cuma, bukankah guru itu masih seorang manusia yang kadang ada cacat dan celanya? Sungguhpun begitu, aku tak pernah bersikap kurang ajar dengan cikgu. (kalau yang tak sengaja tu tak tahulah)

Apa yang aku nak tekankan ialah, kisas untuk mereka yang betul-betul nak fokus untuk belajar. Pressure sangat tinggi dan aku harap, mereka yang tak berapa nak kuat, atau tak boleh belajar dengan tekanan yang sebegini rupa, aku sarankan takyah masuklah eh. Takut kau depressed, macam aku dulu. 

Kecemerlangan tu tak bergantung sepenuhnya pada sekolah pun. Memanglah kisas ni top 5 SPM dalam Malaysia. Tapi, kecemerlangan tu sebenarnya banyak datang daripada diri kita sendiri dan atas rahmat Allah. Kau belajarlah menuntut ilmulah di mana-mana pun. Kalau diri sendiri tak mampu untuk tolong, kejayaan takkan dapat datang. Gagal? Kisas pun ada budak gagal. 

Nak tunjuknya, fikirlah masak-masak. Aku takut ada yang tak mampu. Kalau yakin, silakan. Boleh tambah ilmu hidup berjauhan dengan keluarga, berbahasa pelbagai loghat dan ilmu agama yang inshaallah lah bolehlah tolong korang sikit-sikit. 

Itu jelah kot aku boleh cerita. Ni pun nak maghrib dah. Aku nak cerita pasal program ICT Click aku pergi haritu kat USIM sebenarnya. Takpelah, daripada aku takde mood nak menulis pasal bendalah ni baik aku terus tulis en. 





*kisas boleh bahagia ke? ni sebenarnya hashtag kawan aku kat ig! kahkahkah!! 


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

ABOUT ME

Hello there. Welcome to the blog! I am a final year finance student from a public university in Malaysia and have a huge enthusiasm of sharing random things to the public.

MY WISHLIST

Dean's List Foundation
New phone
Umrah/Haji
Own Car
Own House

Categories

  • Food Review
  • Ghost Story
  • IIUM
  • Islam talk
  • KISAS
  • Movie Review
  • Positive Vibes
  • Puisi tepi jalan
  • Random
  • Tips
  • Tutorial

Blog Archive

  • October 2021 (1)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (1)
  • May 2021 (2)
  • February 2021 (4)
  • January 2021 (1)
  • December 2020 (2)
  • November 2020 (1)
  • October 2020 (1)
  • August 2020 (2)
  • July 2020 (2)
  • June 2020 (1)
  • April 2020 (2)
  • February 2020 (1)
  • January 2020 (7)
  • December 2019 (1)
  • November 2019 (2)
  • October 2019 (3)
  • June 2019 (1)
  • May 2019 (2)
  • April 2019 (1)
  • March 2019 (4)
  • February 2019 (3)
  • January 2019 (4)
  • December 2018 (7)
  • September 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • April 2018 (4)
  • March 2018 (1)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (1)
  • November 2017 (1)
  • October 2017 (2)
  • September 2017 (4)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (2)
  • June 2017 (5)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (1)
  • January 2017 (2)
  • December 2016 (2)
  • November 2016 (3)
  • October 2016 (1)
  • September 2016 (1)
  • August 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (1)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (2)
  • April 2015 (1)
  • January 2015 (1)

My Blog List

  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Salam Maal Hijrah 1447
  • thesuraya
    Separuh Takdirku Ada Kamu by Ezza Mysara
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    TERIMA KASIH UNTUK 13 JUTA PAGEVIEWS BLOG
  • Travelog Syuhada Salleh
    WHY Froyo
  • Jurnal Shikin Razali
    Catatan diari – Dunia yang kian tua
  • Jari Jemari Menari
    Shopee 6.6 Jualan Lagi Murah: Diskaun Sehingga 66% Untuk Keperluan Harian
  • kisah aienienka
    2024 will end too....
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Alien Oren
    Movie Review: The Pope's Exorcist
  • Naimy
    Pentingnya belanja bulanan bagi seorang isteri dan mak.
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.

Kontraktor Ubahsuai Rumah

Related image
Kontraktor Ubahsuai Rumah

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates