Random

Outing! Karnival SK Sungai Kantan!

07:53:00

Assalamualaikum

Untuk entry kali ini Nas nak throwback pada hari sabtu 11/4/15 Adalah satu hari ni Nisa Zamberi (seorang blogger juga) ajak Nas ikut dia pergi karnival kat SK Sungai Kantan iaitu sekolah lama dia. siapa nak tolak? Karnival kot! Jadi, Nas cakaplah nak ikut.. Then beberape hari lepastu, Nisa ajaklah lagi 2 orang iaitu Aqilah Najihah dan Aqilah Idris. Kitorang pun call lah mak ayah nak confirmkan boleh ke tidak ikut Nisa pegi karnival tu.. Aqilah Najihah je yang mak die tak bagi.. sebab mak dia suruh die belajar.. Jadi, Nas, Aqilah Idris dan Nisa sahaja yang akan menjejakkan kaki di SK Sungai Kantan.

Tibalah hari itu, kitorang bangun kul 5:30 (hambik kau, mangat gile nak gi karnival) then mandi.. kul 6 solat.. pastu kul 7 pulak mak Nisa sampai.. kitorang pun pergilah SK Sungai Kantan! Dalam hati duk jerit SK Sungai Kantan mu tunggu kami datang! hehe Setibanya kat situ, kitorang duk pusing-pusing satu sekolah sebab tak tahu nak buat apa. gerai semua belum buka lagi.. ada lah beberapa pic yangg kitorang sempat ambil sebagai kenangan..





Fokus utama kami ke karnival ni sebenarnya untuk masuk rumah misteri!


ha! pocong sudah menanti..
OH YEAH.. tgk pocong tu.. wuishh, seram kau! ahah! Nak dipendekkan cerita, kitorang kena masuk dengan ade 2 orang budak ni.. Ya allah, bila dah kat depan pintu tu memang jantung ni tak boleh berhenti berdeguplah senang cerita.. memang gementar habislah! Nas dok kata kat Nisa "Nisa, takutnya!!" herm, ni baru kat luar.. aiseh, dalam macam mane ntah.. yang ajaibnya budak dua orang tu steady je.. tak nampak gementar langsung! waktu tu Nas dengan Nisa macam tercabarlah juga.. BUDAK KECIK KOT??? kita yang dah besar ni pun takut.. aih..

"ok, masuk!" my god, itulah ayat yang paling menakutkan bagi Nas waktu tu.. kita dah nak masuk rumah hantu! dengan berbekalkan keberanian yang masih bersisa, Nas pun mengagahkan kaki untuk melangkah masuk.. budak dua orang tu kat depan, kitorang bertiga kat belakang diorang. Bila cikgu tutup je pintu, dua orang budak tu mula tolak satu sama lain.. "Kau pergi lah dulu!" "Kaulah!" Kau!" "Kau!" itulah dialog diorang.. sampai kan cikgu bukak pintu sampai 3 kali! yang kitaorang kat belakang ni duk tunggu.. bila nak jalan.. bile nak jalan?? kitorang senyap jelahkan.. pastu tiba-tiba diorang datang kat kitorang and tolak kitorang ke depan.. "Akak pergilah dulu! Pergilah dulu!" herm.. camtulah ayat diorang.. Nas pun ok ja, Nas duk depan sekali.. bila nak gerak tu, tak boleh nak gerak! sebab apa? sebab budak-budak tu duk tarik ke belakang.. sampai tak boleh nak jalan.. Nas pun tarik diorang kuat-kuat untuk masuk...

Baru start masuk ni Nas dah konfius.. "Nisa, lalu mana ni??" sebab Nisa duk belakang Nas. Nisa jerit "STRAIGHT!" saya pun iyakan.. jalan-jalan, Nas pandang atas.. nampak ada benda tergantung, dalam hati Nas terdetik "ok, gerenti benda ni jatuh nanti.." beberapa saat lepas tu benda tu ke bawah. benda tu ialah KEPALA!! Nas tak jerit pun.. sebab dah spoil. yang jerit budak-budak tu lah.. pastu jalan-jalan lagi nampaklah ada patung pocong apa tu semua.. bila sampai kat satu corner Nas dengan Nisa terjatuh! sebab budak-budak tu tarik kitorang... Nas dah naik angin waktu tu Nas pun marah diorang. Kesian budak tu.. harharhar "xpayahlah tarik2!!!" tapi diorang mcm buat dek je cause diorang terlampau takutlah kut.. i was like, kalau takut sangat baik tak payah masuk.. hehe

pastu cikgu datang, dia cakap "eh2! bangun2!" pastu Nas tanya cikgu tu mana jalan keluar? pastu cikgu tu pun tunjuklah.. bila nak keluar tu ternampaklah ade 'jembalang' ni menjenguk.. Nas dalam hati terdetik "o..k, ade hantu kat situ" Nas pun lalu lah.. bila lalu tepi hantu tu Nas sapa hantu tu "hai~" lol.. pastu keluarlah.. tamatlah ekspedisi paling membengangkan kitorang.. Semua cerita duk polak ngan budak tu.. Tudung Nisa kene tarik sampai brooch die tercabut! nasib dia sempat tangkap.. Aqilah pula, keluar-keluar ja tudung dah senget benget.. alahai, siannya diorang.. Tabahlah ya? Dugaan... hihihi


muka sedih tak dapat menikmati ekspedisi rumah misteri dengan jayanya..


Selepas itu, kitorang pun merelakskan otak dengan main buih sabun.. lol..


tetapi malangnya! waktu main buih sabun pun ada lagi perkara yang membuatkan kitorang stress.. ada budak laki ni dia terlanggar bekas sabun kitorang.. banyak gila yang tumpah.. Nas tengok ja budak tu.. budak tu pulak buat muka cam nothing happened.. annoying betul.. hehe tu jelah yang kitorang buat kat situ.. walaupun banyak benda yang membengangkan kitorang, but actually itu semua boleh dijadikan kenangan.. kenangan yang ia takkan dapat diulang kembali.. tak kesahlah ianya memori yang pahit ke manis ke, ia tetap akan menjadi kenangan yang berharga buat Nas.. Apa-apa pun, Nas happy gila hari tu! Terima kasih Nisa sebab pelawa Nas pergi SK Sungai Kantan!