Movie Review

MOVIE REVIEW : I AM A HERO

06:44:00


ASSALAMUALAIKUM

Selepas dunia digembar-gemburkan tentang filem zombie 'Train To Busan', hari ni Nas nak recommend korang tengok filem yang lebih kurang sama dengan TTB tapi lebih epic, menakutkan dan penuh dengan darah!

Don't judge the film by it's title!
SINOPSIS
Filem ni mengisahkan tentang Hideo Suzuki, seorang pembantu pelukis komik a.k.a manga yang berumur 35 tahun. Hideo Suzuki tersekat dalam hidupnya yang penuh dengan cabaran, gaji yang Hideo dapat tidak setimpal dengan kegigihannya dalam bekerja, impian Hideo untuk terbitkan komik masih lagi tidak tercapai walaupun sudah berkali-kali mencuba nasib. Tidak cukup dengan itu, hubungan Hideo bersama teman wanitanya iaitu Tekko semakin renggang, berpunca daripada pekerjaan Hideo dan keadaan Hideo yang menumpang tinggal di rumah Tekko.

Pada suatu hari, dunia diserang oleh virus ZQN yang akan menukarkan manusia menjadi homidical maniacs atau senang cerita macam zombie. Manusia yang terkena virus ini akan membunuh dan memakan sesiapa yang berada dekat dengan mereka. Berbekalkan senapang, Hideo cuba untuk menyelamatkan diri. Hideo bertemu dengan orang-orang yang tidak dikenali yang turut sama cuba untuk kekal hidup. 

GENRE
Horror, Psychological, Thriller, Gore. (Gore tu Nas tambah)

BARISAN PELAKON
 Yo Oizumi, Kasami Arimura, Masami Nagasawa

DURASI FILEM
2 Jam

NASIHAT
Jangan makan atau minum semasa menonton filem ini.
Sesiapa yang tak tahan darah-darah ni dah boleh undur diri. Kalau berani, silakan dan ENJOY!
Mungkin ada benda geli-geli. Sabar dan istighfar.

RATE 
Nas bagi 4/5 bintang! 

Actually filem ini diadaptasi daripada manga yang bertajuk sama juga iaitu I am a Hero. Nas puas hati tengok cerita ni dan kadang-kadang macam.. aggghhhh, sesak nafas tengok citer ni! oh ye, zombie dalam cerita ni pula lain sangat daripada zombie Train to Busan sebab dalam citer ni ada zombie yang boleh lompat setinggi 7 kaki! and zombie ni boleh cakap tapi setiap satu zombie tu cakap benda lain.

SCENE REVIEW





KPOP Talk

LIFE AS A KPOPPER

19:43:00

Everyone knows KPOP. Daripada budak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, makcik-makcik dan pakcik-pakcik serta ostad dan ostadzah semua tahu. To be honest, Nas pun KPOPPERS. pfffffffffttttttttttt!!

Well, actually mula mendaftar sebagai ahli pada tahun 2012 atau lebih spesifik darjah 5. *Teruk betol aku* Tapi, Nas kenal Korea masa darjah 3 atau 4. Nas pun tak ingat. Tu pun sebab kawan perkenalkan cause time tu famous cerita Boys Over Flower. Kawan-kawan Nas memang fanatik, fangirling dengan cerita tu. Tak habis-habis cakap hensem hensem bagai.. Nas pun try tengok and sorry to say, itu bukan lauk Nas time tu. Style rambut yang pelik-pelik *bagi Nas time tu lah* memang tak hensem langsung! Lagi-lagi rambut Gu Jun Pyo. 


Tahun berganti tahun, tibalah tahun 2012. Tahun Nas mendaftarkan diri. Asbab yang mendorong Nas menjadi kpoppers ialah kakak Nas sendiri. Tapi percaya atau tidak, sekarang Nas seorang je yang kpoppers. Kakak Nas Otaku. Cittt!!! 

Semuanya bermula bila kakak Nas suruh tengok B.A.P debut. Lagu 'Power'. Kakak Nas dah fangirling dah time tu. Dia cepat-cepat sebut "ni akak punya!!" sambil jari telunjuk menunjuk ke arah seorang lelaki bermata sepet yang sedang rap dengan kelajuan super sonic yang Nas tak faham ape ke benda die sebut. Shock! Yes I am. Laju giler baiii.... Tapi time tu fangirling pun, terpesona je. Nas pun dengan rileks jawab "ambillah, tak nak pun".

Kakak Nas tak mengalah. Dia tunjuk lagi satu boyband. EXO. Debut juga dengan tajuk lagu 'MAMA'. Ok, ini Nas tumbang. Seriouslah! Mula-mula MV dia cam creepy plus mystery semua benda bagai. Pastu lagu die rancak walaupun tak faham! Die cam WOW! Jadi Nas pun termelekatlah dengan EXO dan daftar pula menjadi ahli EXO-L. *sampai sekarang, agagagaga*



Tahun 2012 merupakan tahun fangirling gile tak ingat dunia. 2013 pun same. Ingat lagi, Nas ada kawan yang minat EXO juga dan kami saling berebut siapa tahu lebih banyak pasal EXO. Yeah, I know it's sound so silly. Kanak-kanak ribena kan? Bila dah makin matang ni terfikir, fanatik sangat buat ape, bukan die kenal pun. Ntah-ntah pandang pun tak hingin! Nas pun pernah boikot sasaeng fans. 
sasaeng fans lebih berbahaya daripada kpoppers sebab diaorang fanatik sangat sampai satu tahap pecah masuk bilik kpop idol dan curi barang diaorang termasuk spender/boxer 

Hari-hari Nas melekat kat depan TV, nak tengok M Countdown. Seolah-olah ada daya tarikan magnetik yang luar biasa. Macam ada yang memanggil-manggil gitu. Ala, macam zaman sekaranglah. Nak berenggang dengan phone pun tak boleh. Acah jer nak lepak kat kedai mamak, nak borak-borak kan? Tup tup borak ngan fon juga! Ok, dah melalut. Nas pun selalu buka google image usha bias kesayangan lah sangat sambil tersenyum sorang-sorang macam orang tak waras. Hafal lirik lagu. Ingat semua muka dan cuba cari perbezaan muka diaorang. *biasalah, muka band2 korea kan cam nak dekat sama semua* Usaha beb! Paling susah nak beza time tu Chanyeol dengan Baekhyun.


Lagu-lagu diaorang semua salin sebab nak nyanyi hari-hari. Beli majalah epop yang berharga RM4 semata-mata nak baca gosip pasal diorang dan nak dapatkan poster. Waktu tu berangan nak tampal kat biliklah, jadi hari-hari dapat tatap. Tuihhh. Tapi, seriouslah, Nas dapat poster tu~ Lepastu beli baju diaorang. Nas ada 2 t-shirt and 1 sweater. Pastu beli phone keychain gambar diaorang. Actually gambar dia tak cantik sangat tau. Tapi sanggup beli semata-mata nak tunjuk Nas ni EXO-L dan akan sentiasa support diaorang.

Tahun lepas, EXO buat comeback lagu 'Call Me Baby'. guess what? Nas belajar choreography tu kott. Dan Nas sangat gembira plus bangga dapat menari lagu tu dari awal sampai habis. Tapi time ni dah tak gila sangatlah. Group idol yang baru-baru debut pun tak tahu sangat. Tahun tu jugalah, Nas membuat pengorbanan yang bagi Nas berat gile iaitu buang keychain EXO yang Nas beli. Waktu-waktu tu jet2 nak tinggalkan dunia KPOP. Yelah, Nas lalai sangat. Astaghfirullahalazim... 

geleng kepala 10 kali. ok, stop.

Kalaulah korang tengok macam mana rupe KPOPPERS, mashaallah dah macam penghuni Hospital Bahagia. Hari-hari bahagia. Pandang orang, tiba-tiba menyanyi. Dah habis nanyi menjerit macam orang histeria. Pastu jerit kuat-kuat "AHHH, HENSEMNYA!!" Bila dalam kereta, terdengar lagu kpop kat radio, buka kuat-kuat dan mula menyanyi sambil berangan seolah-olah berada di konsert kpop. Dalam gallery banyak gambar bias. Lagu banyak lagu kpop. Nyanyi banyak lagu kpop. Everything is KPOP!!!

fuhhh~ lap peluh...


Alhamdulillah, Nas tak gile sangat dah. Kira waras jugalah. Tak gila cam dulu. Nas dah boleh checkout daripada Hotel Bahagia. Cuma sekarang obses sikitlah dengan drama 'Sweet Stranger and Me'

Ok, sape layan cerita ni angkat kaki!! *sambil menulis aku turut mengangkat kaki, dan syndrome fangirling aku kembali menular di dalam salur darah arteri dan vena*

Jadi, siapa rasa tengah menghidap penyakit ni bolehlah comment supaya kita sama-sama jadi gila. agagagagaga! 

#aku_gurau   peace! 



GIVEAWAY PENGHARGAAN SA-VIORS

16:52:00



Silalah join giveaway ni sebelum giveaway ni tamat. Katanya tamat pada bila-bila masa je~ btw, Nas tak kesah dapat hadiah apa, kecuali yang last tu! hehehehe... semoga tuah menyebelahi aku kali ni. huhuhu T^T

Nama blog: Naseha Syahira
Email: naseha.syahira@gmail.com

Positive Vibes

19:40:00

ASSALAMUALAIKUM

Hi. Actually Nas sedang dalam dilemma. As you guys know, PT3 dah habis. So, now is the time I need to decide whether I want to stay at my current school atau ke sekolah yang lebih baik? Bila Form 4 nak ambil aliran sains atau akaun? Nas pasti semua orang pernah menghadapi benda ni.

Nas ada banyak cita-cita. I have 4. Nas nak jadi pensyarah/guru, dietition, financial accountant and penulis. Sejak Nas balik semalam daripada hostel, Nas gigih explore apa itu dietition and accountant. Kebanyakan orang yang bagi talk pasal pemilihan kerjaya kat sekolah Nas kata, kita mesti spesifikkan kerjaya apa yang kita nak. Matlamat apa yang kita nak. Jadi, sebab tu Nas buat research untuk pastikan betul ke Nas boleh buat?
Pasal jadi penulis tu, Nas tak fikir sangat sebab itu hanyalah sebagai hobi.
 Secara jujurlah, Nas nak gila pindah sekolah sebab nak lari daripada budak-budak yang mencemarkan nama islam kat sekolah Nas. * I don't want to mention it* Dia rasa cam menyampahlah tengok diorang. Astaghfirullahalazim. 

Nas pun searchlah sekolah-sekolah agama dekat KL and Selangor. guess what? I don't think I'll move there. sebab pertama ada dua buah sekolah ni yang sering berlaku masalah air. So, Nas tak boleh kalau tak mandi atau tak basuh baju selepas seharian berpeluh. Jadi buhbye! Sekolah-sekolah lain pula lebih jauh daripada sekolah Nas sekarang. Nas tak sampai hati nak menyusahkan mak ayah. Nas sendiri nampak pengorbanan mak ayah yang hantar kakak Nas belajar jauh-jauh. So, NO!

Jadi Nas buat keputusan untuk teruskan belajar di sekolah Nas sekarang. Well, takdelah teruk sangat. Still sekolah kluster. * I don't want to brag. yeke? hehe* Tapi betullah, Nas sendiri fikir cam " sekolah ni dapat kluster? haha, aku mimpi ke?" well, satu mungkin sebab result Nas yang cam entah hape-hape but still dapat top 10 student dalam form nampak cam budak sekolah ni tak genius cam MRSM and SBP or other sekolah kluster. but still adalah senior sekarang yang otak dia gila genius sampai mostly anugerah dia yang kaut. And dia setiap masa belajar. I mean, bukanlah yang dalam buku teks semata tapi ilmu lain juga. Termasuklah pasal otak manusia!! I adore her~ aahhhh

kalau ada mana-mana sekolah MRSM or SBP yang nak disuggestkan bolehlah comment. I need your help!
 Pasal kerjaya. I guess I will be a financial accountant. Dietition, Nas kena ambil sains right? Berdasarkan ujian RIASEC, Nas dapat Social, Artistic and Conventional. I'm not an investigative type. Nas pun lebih minat pengiraan daripada sains. So, aku akan jadi financial accountant!!

Nas dengar-dengar, orang melayu ni susah nak dapat kerja kalau jadi accountant. Serious, I'm scared. Tapi rezeki itu ada dimana-mana right? Dan Allahlah yang bagi segalanya. Jadi, kita sebagai manusia jangan pernah berputus asa untuk meminta dan berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak. No matter how hard it is, I'll never stop! Because that's not what muslim suppose to do. Eventhough memang dah buntu sangat, there's still a way. Dua'. Itulah senjata yang paling kuat. Rezeki itu Allah yang beri. Yang penting, kita mintak. Jangan nak sombong sangat.
Pada sesiapa yang berkerjaya sebagai seorang akauntan, bolehlah comment untuk bagi sikit ilmu kat budak kecik cam Nas ni. I really need help right now. *sob sob...

Popular Posts