KPOP Talk

MARATHON

21:27:00

Hello guys! ufufu.. sorry, dua hari ni Nas macam orang gila sikit. Well, nak bagitahu semua yang Nas sedang marathon Korean Drama. Tajuk cerita is "W". Nas yakin ramai dah tengok cerita ni, especially kpoppers dan fan drama korea. Dekat sekolah Nas sekali pun sama-sama gila tengok cerita ni. Kadang-kadang gelak sorang-sorang, senyum sorang-sorang.. (I know that feel bruhhh) 

At first rasa cam " haloh best sangat ke cik kak oi! Layan Mob Psycho 100 lagi best! "

p/s: Mob Psycho 100 ialah anime. I recommend you to watch it!

Actually lepas tengok kegilaan dorang tu rase nak try tengok. Dan macam biasa Nas sering terlupa sebab masa tu sedang gila tengok anime. Ditambah lagi dengan pemikiran yang mengatakan drama korea ni banyak cintan cintun plus nangis-nangis. And paling tak suka scene kisssss. 

Macam yang korang tahu, Nas baru sahaja habis PT3, alhamdulillah. Dan Nas pun cuti tanpa izin sampai hari ini ( to be more specific, 3 hari cuti tambahan). So, masa yang banyak ni Nas pun marathon. Actually baru start semalam and sekarang dah sampai episode 10. Gila kan? Yes I am. Mak Nas sendiri fikir Nas dah gila. Sorry Mama... Nas memang macam ni. 

W sangat unik. Plot dia gila gempak. It just, kalau tak banyak scene kiss I guess it better. Nas boleh kira, rasa lebih 5 kali diorang kiss. Dan Nas tak faham asal orang suke tengok scene kiss? Sweet? errrr.. more to disgusting in MY OPINION.

By the way, siapa tak tengok lagi. Silalah tengok sebab korang akan sukakannya. 


PENGUMUMAN!

Inshaallah lagi seminggu ni, lepas Nas balik daripada penjara (hostel) Nas akan buat my first GIVEAWAY! Hadiah, inshaallah best.. Hadiah ini bukanlah topup or whatever. Tapi hadiahnya ialah SATU SET NOVEL. Novel apa? Nanti Nas akan uar-uarkan secara rasmi bila dah balik nanti. Nas sangat-sangat berharap readers akan support sebab this is my first time buat giveaway!! 

Islam talk

PELAJARAN #1

05:14:00

Ingat lagi aku pernah kata...

"weyh, lagi 40 hari je weyh!!"

Tanpa sedar, 40 hari dah jadi 10 hari.

Ingat lagi cikgu kata..

"Sekarang awak kata lagi 2 minggu.. awak pun buat latihan.. tiba-tiba, alamak lagi 10 hari!"

Dalam pada aku terfikirkan pertempuran yang bakal aku tempuh, aku terfikir. Seolah-olah tanda-tanda kiamat tu dah berlaku. Semakin hari, kita rasakan masa itu semakin laju. Timbul keinsafan dalam diri. Ada seorang sahabat bercerita, guru tuisyen dia kata..

"Cuba awak bayangkan, PT3 ni macam hari kiamat. Tapi bezanya, awak tahu bila awak PT3. Tapi kiamat?" 

p/s: lebih kurang cemtulah

Aku pun insaf lagi. Apa je persediaan aku? Untuk PT3 pun aku bersedia last minute. Inikan pula hari kiamat. Kau rasa, kalau hari kiamat allah dah beritahu tarikhnya bila, mesti ramai manusia akan bersedia last minute. Yelah, buat apa awal-awal. Enjoylah dulu. Ada bukti dah pun. Orang sekarang kata apa?

"Ala, muda lagi. Nanti dah tua insaflah!"

Apa boleh buat? Umat akhir zaman memang macam tu. Even budak sekolah agama. Aku yang bersekolah agama pun tak percaya sangat dengan perangai budak sekolah agama. Kadang-kadang rasa macam nama AGAMA dekat signboard sekolah tu, aku nak tendang! Buat apa memburukkan nama islam? 

Aku lagi sedih dengan orang yang tahu ilmu agama, tapi tak pernah nak amalkan. Ada ilmu tapi pekak! buta! berjawatan sebagai BADAR sekalipun, couple jugak. Ikhtilat tak payah cakaplah. Dengan orang yang sedang memberi ilmu, TAK HORMAT LANGSUNG. 

Sedangkan Rasulullah pun hormat pada seorang yang bukan islam sebab pernah mengajar nabi sesuatu.
Kadang-kadang aku kecewa dengan diri sendiri. Aku sedar apa yang diorang lakukan ialah satu dosa. Tapi apa sumbangan aku pada islam? Kenapa aku tak cuba ubah diorang dengan kuasa atau kata-kata! Aku sendiri tidak mempunyai keyakinan diri. Macam mana? Aku hanya mampu membenci.

Daripada Abu Sa'id Al Khudri radhiyallahu anhu dia berkata " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ' barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangan. Apabila tidak mampu maka hendaklah dengan lisan. Dan apabila tidak mampu lagi, hendaklah dengan hati. Sesungguhnya itulah selemah-lemah iman' " (H.R Muslim)
betapa lemahnya iman aku. Andai semua manusia macam aku, musnahlah manusia! Sebab bala Allah bukan hanya pada orang yang derhaka pada allah. tapi orang beriman akan turut kena. Konklusi?




Popular Posts