Result PPT
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, hari ni Nas masih lagi dapat melihat dunia ini. Dapat menghirup oxygen yang tak sesegar mana (duk kat kuala lumpur, mana nak segarnya -_-) dan paling penting masih diberi nikmat iman. Alhamdulillah.
Baiklah, back to our topic. Pada 26 jun, sekolah Nas ada buat Hari Kita Bicara. (hari report card) Kaki Nas menggeletar habis! Nak tercabut rasanya lutut Nas! Nas dah tahu result Nas berapa, tapi Nas takut apa yang mak Nas cakap nanti. Akhirnya mak Nas datang. Nas pun bawak mak Nas jumpa guru kelas. Satu persatu gred yang Nas dapat mak Nas tengok.
Nas actually dapat 8B 1C. Tak ada A langsung! cuak gilo waktu tu. Tapi sejujurnya periksa ni susah. Even budak paling pandai pun dapat 3A je. Nas dapat no 7 dalam kelas. Alhamdulillah, dapat top 10! Nas tahu susah untuk Nas capai top 10 tu. Sebab budak-budak kelas Nas semuanya otak geliga. Even yang dapat no last sekalipun, bila kita leka sekejap je, dia dah boleh lepasi kita. Nampak betapa sengitnya saingan kat kelas Nas? Kalau kedudukan dalam form pula Nas dapat no 9. Alhamdulillah. hehe... still top 10 gak. Nak tahu, ada 2 orang budak daripada kelas sebelah boleh pecut kelas Nas. Ini menunjukkan, jangan pandang rendah pada kelas lain.
Alhamdulillah mak Nas tak marah-marah sangat, cuma ayah jelah. Nas macam biasalah, sengih je mampu. Sebab Nas dah redha dengan ketentuan Allah. Walaupun ada satu markah azhari Nas yang teruk gile nak mam. Tak mahu sebutlah markahnya berapa, malu je.
Budak-budak kelas Nas sume dah membara semangat diorang nak belajar. Nas tak boleh tertinggal! Nanti Nas akan tersungkur sekali lagi. Tak mahu! Nas nak stay top 10. Sebab itulah matlamat hidup Nas. jadi pelajar top kat sekolah. ecehh.
moga ukhuwah kami berkekalan.. aamiin. doakan kejayaan kami! goodluck guys~
1 comments
gdluck nasehaa ! aku doakan kau berjaya. doakan aku jugak tauu ;3
ReplyDelete