Adakah kita ingat pada DIA?

by - 17:45




Assalamualaikum.

Dia? Siapakah dia yang Nas maksudkan? Dialah Muhammad SAW. Nabi kita.

Persoalannya, adakah kita mengingati baginda? Adakah kita mencintai baginda sebagaimana baginda mencintai kita? Adakah kita rindu pada baginda? Kalau sahabat kata "ya", apa buktinya? Kalau benar kita rindu pada baginda, sayang pada baginda, cinta pada baginda, apa yang kita dah lakukan untuk menunjukkan kita sayang pada baginda?

Pada suatu hari rasulullah berkata kepada para sahabatnya, " Wahai Abu bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku"

"Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" kata Abu Bakar.  

"Tidak wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku, tetapi bukan saudara-saudaraku." jawab Rasulullah.

"Kami juga saudara-saudaramu, wahai rasullah" kata sahabat yang lain pula. Rasululah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Lalu Rasulullah bersabda :-

"Saudara-saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku,"Rasulullah rindukan kita sahabat! Adakah kita rindukan rasulullah? Kalau ya, adakah kita menitiskan air mata apabila teringat pada rasulullah? Rasulullah menitiskan air mata apabila teringat pada kita. Tapi kita?

Apa perasaan kita bila kita cinta pada seseorang. Kita sentiasa ingat pada dia. Tapi dia tidak ingat pada kita. Dia tidak cintakan kita! Sakit hati? Sedih? Itulah apa yang rasulullah rasa. Tanpa rasulullah, kita pasti sudah terumbang ambing di dunia penuh maksiat ini. Kita pasti sudah jauh terjerumus dalam lembah kesesatan.

Lupakah sahabat, betapa susahnya rasulullah ingin menyebarkan agama islam? Rasulullah diherdik, dicaci, dibaling batu sehingga berdarah, umatnya menolak ajaran yang dibawa olehnya dan bermacam-macam lagi rintangan yang dilalui oleh rasulullah. Kalau sahabat sayang nabi, cinta nabi, jangan jadikan segala susah payah nabi menjadi sia-sia! Nanti di akhirat kita juga yang akan berjumpa nabi untuk meminta syafaat daripada nabi. Tak malukah kita? Di dunia kita lupa pada dia, tidak mengikut ajaran yang dibawa. Tapi di akhirat kita meminta pertolongan daripada rasulullah. Kejamnya.. kejamnya kita.

Diharapkan, sama-samalah kita lebih mencintai nabi lebih daripada cinta kepada ajnabi (lelaki), ibu bapa, adik beradik, sahabat, dan segala-galanya. Apabila sahabat cintakan rasulullah, automatic kita akan cintakan allah. Semoga entry ini bermanfaat kepada sahabat Nas yang sedang baca ni.

Sentap? Alhamdulillah, ini menunjukkan anda masih ada iman. Jangan pernah mengalah untuk berubah menjadi baik. Allah akan bantu anda jika niat itu ikhlas. Nas pun masih dalam proses untuk berubah menjadi baik. Sedang cuba menjaga pandangan, menjaga ikhtilat, jauhkan diri daripada melakukan benda lagha. Dan yang paling penting, menjaga hati daripada jatuh hati pada yang bukan ditakdirkan untuk Nas. Kerana hati dan cinta Nas hanya untuk nabi Muhammad SAW dan Allah. 



You May Also Like

2 comments

  1. nice sharing..

    jom join http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/07/segmen-blogwalking-by-ms-kejupenyet.html

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang hebat...
    baca nie boleh menitis ait mutiara tanpa dipaksa dan tanpa sedar..
    BW daripada Bloglist Nurfuzie Dot Com #1
    Follow blog AM DISINI
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AMDISINI

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete