AKU BELAJAR CSS + HTML

by - 21:45

Assalamualaikum

Seperti yang dikhabarkan. Aku nak bercerita tentang program yang aku pergi tempoh hari dekat USIM. Nama program tu ICT Click. So, when we talk about ICT, terbayang-bayanglah korang dengan komputer and technology. Program ni dia terbuka untuk sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar universiti. Ada 4 modul yang dioarang bawakan iaitu:

  1. Microsoft office and Cloud, Photoshop, Speed typing (primary school)
  2. Video Editing, Photoshop, Mobile Graphy 
  3. Web development
  4. Arduino 
Program ni ada setiap tahun dan yang aku join ni kal yang ke-5.




Aku pilih untuk join Web Development sebab aku memang suka dan sedang berjinak-jinak dalam coding-coding ni semua. Aku tak tahulah. Aku suka. Walaupun kalau tengok kat instagram atau apa-apa jelah, banyak meme yang dibuat untuk programmer ni yang diorang ni takde life, takde bf/gf, and they do silly jokes using the programming language. Tapi aku suka juga, hahaha

Nak dijadikan cerita, aku tak tahulah aku ni macam bagai jatuh di timpa tangga ke macam mana takdir aku pada haritu. Tapi, akulah satu-satunya perempuan yang join Web development tu. Kau boleh bayang tak, lelaki besar-besar budak universiti more than 10 people dan kau seorang perempuan kecik, pendek yang baru je lepasan SPM dikelilingi oleh lelaki besar-besar! Aku rasa nak balik je waktu tu. huhuuhu

Alhamdulillah ada fasi perempuan. Kalau takde, aku tak tahulah nak buat apa weyh. Aku takkan bertanyalah kot satu hari tu. Sebab apa-apa hal aku akan tanya sis kat situ je. Yelah, aku ni segan orangnya bila dengan lelaki. Dengan perempuan je huru hara. hehe 

Brother yang ajar haritu dia sakit tekak. Ni pun nasib malang aku pun aku tak tahulah haha. Tapi disebabkan itu suara dia sangat perlahan, sayup-sayup kedengaran gitu. Mamat yang duduk belakang aku ni pula bising. ermmmm ya allah dugaan betul nak menuntut ilmu ni. hehe Nasib baik jugalah brother yang ajar tu ada round-round and kerap juga datang kat aku tanya "faham ke?". Dia tanya, aku jawablah! Kalau tak, memang taklah weh. Tak berani nak memekik "saya tak faham!" sampai satu kelas dengar. Mahu kena nganjing.

tengah register. I datang awal sejam y'all.

Tu jelah sebenarnya nak cerita. Point utama dia aku segan sebab dikelilingi oleh lelaki daripada pagi sampai petang. Dan, bilamana kau belajar guna komputer ni, orang yang mengajar ni of course akan tengok hasil kerja kita kat computer tu en. What do you expect? Mesti dia duduk sebelah en? Itu lagi satu hal! I kennot, I segan sangat haritu. Sebab brother yang ngajar tu duduk sebelah. Cakap pun cam, bagi aku dekatlah. HAHA. Ada sekali tu, aku rasa dia sedar kot aku cam segan, tak selesa so dia berdiri jauh sikit. Aku tak pandang muka dia sangat pun sebab aku segan namati. Bukan dia je, semua yang digelar lelaki pada hari itu! 

Sejak hari itu, aku macam terfikir, macam mana aku nak hidup kat real life lepas ni. Aku tak boleh nak expect yang semua lelaki akan berdiri sedepa dari aku. Aku takut takleh nak bersikap professional centulah. Bila kita bercakap, kita kena pandang orang tu supaya mesej tu dapat disampaikan. Tapi, aku tak mampuu huhuhu. Macam mana eh? HUHUHU



About CSS + HTML

Dua benda ni yang kita gunakan untuk front-end. Contohnya macam blog yang kita boleh nampak ni. HTML ni apa yang aku faham macam content and benda yang utama, base untuk buat web. CSS ni untuk mencantikkan. Tambah kaler contohnya. 

<h2>This is heading atau guna untuk title</h2>   <p>this is paragraph</p>  

Yang atas nilah contoh html yang aku ingat. Sama kan macam yang ada dalam blog? Yang kita duk main coding-coding nak cantikkan blog tu nilah dia!

h2{ color : red; 
 yang atas ni pula CSS. Maksud yang atas tu, dia nak warnakan tulisan title kita tu.


Tu jelah nak share apa yang aku belajar. Nak tulis semua tak boleh sebab ada guna software yang khas untuk belajar bendalah ni. Kalau nak belajar pun boleh juga secara online. Contohnya belajar dekat codecademy.com




Sampai di sini sahaja entri kali ini sebab I nak makan malam. kbye. 


You May Also Like

0 comments