KISAS BOLEH BAHAGIA KE?

by - 19:23

Assalamualaikum

Aku tak plan pun nak cerita pasal kisas sebenarnya. Tapi, baru-baru ni ada orang komen dekat aku punya blog, entry pasal kisas lah en. Lepastu, aku tak ingat sangat pun aku cerita apa sebenarnya. Aku bacalah balik entry aku tu, dan aku mula sedar like, " oh cenggini eh aku cerita. patutnya aku buat nota kaki nih" 

Maka hari ini, aku nak tambah sikit atau perjelaskan sesuatu dekat sini pasal kisas. 

my classmates during form 4 with my lovely english teacher, Teacher Jenna


Bila kau bertanya tentang kebahagiaan, jawapannya subjektif. Tak semua orang rasa bahagia. Kita tak tahu kisah hidup mereka sepanjang berada di kisas. Apa yang aku cuba sampaikan, bila tiba masa hati kau terdetik untuk masuk kisas, buat solat istikharah dan bergantung sepenuhnya dengan Allah.

Aku tak kata kau akan bahagia sepenuhnya, sebab dalam hidup ni akan sentiasa ada duri dan halangan. Kisas bukan syurga. Bila tiba masa kau dah masuk kisas, buatlah apa yang akan membuatkan diri kau bahagia dan benda yang betul disisi 'dia'. 

Membosankan, tak membosankan. Aku akan jawab, tak bosan pun sebenarnya. Aku lelah. Itu perkataan yang sepatutnya aku guna sebelum ni. Tapi, entahlah, aku pun tak tahu kenapa aku tulis bosan. HAHAHA. 

Pasal pressure dengan cikgu tu, betullah aku memang pressure pun dengan 'cara' mereka. Tapi tidak bermakna aku benci dan tidak beradab dengan mereka. Aku tahu, mungkin ada yang membaca ni akan rasa, "ini ke budak kisas? E, TAK BERADAB DENGAN GURU" Bukan itu maksud aku. Cuma, bukankah guru itu masih seorang manusia yang kadang ada cacat dan celanya? Sungguhpun begitu, aku tak pernah bersikap kurang ajar dengan cikgu. (kalau yang tak sengaja tu tak tahulah)

Apa yang aku nak tekankan ialah, kisas untuk mereka yang betul-betul nak fokus untuk belajar. Pressure sangat tinggi dan aku harap, mereka yang tak berapa nak kuat, atau tak boleh belajar dengan tekanan yang sebegini rupa, aku sarankan takyah masuklah eh. Takut kau depressed, macam aku dulu. 

Kecemerlangan tu tak bergantung sepenuhnya pada sekolah pun. Memanglah kisas ni top 5 SPM dalam Malaysia. Tapi, kecemerlangan tu sebenarnya banyak datang daripada diri kita sendiri dan atas rahmat Allah. Kau belajarlah menuntut ilmulah di mana-mana pun. Kalau diri sendiri tak mampu untuk tolong, kejayaan takkan dapat datang. Gagal? Kisas pun ada budak gagal. 

Nak tunjuknya, fikirlah masak-masak. Aku takut ada yang tak mampu. Kalau yakin, silakan. Boleh tambah ilmu hidup berjauhan dengan keluarga, berbahasa pelbagai loghat dan ilmu agama yang inshaallah lah bolehlah tolong korang sikit-sikit. 

Itu jelah kot aku boleh cerita. Ni pun nak maghrib dah. Aku nak cerita pasal program ICT Click aku pergi haritu kat USIM sebenarnya. Takpelah, daripada aku takde mood nak menulis pasal bendalah ni baik aku terus tulis en. 





*kisas boleh bahagia ke? ni sebenarnya hashtag kawan aku kat ig! kahkahkah!! 


You May Also Like

1 comments

  1. JADIKAN AGEN KAMI MENJADI FAVORIT ANDA ,
    AYOO BERGABUNG BERSAMA RIBUAN MEMBER KAMI YANG LAINNYA
    HANYA DI HTTP :// WWW.ARENA-DOMINO.COM
    BONUS ROLLINGAN TERBESAR 0,3 % SETIAP MINGGUNYA .
    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di: WA : [+855]964967353

    ReplyDelete