14 VS 21

by - 21:01

Assalamualaikum



Akhirnya terbongkar juga rahsia di sebalik teka-teki game bilakah tarikh sebenar keputusan SPM 2018 diumumkan! Alhamdulillah, takde dah aku nak main game "betul ke bohong" lagi. 

Bagi yang tak tahu sebab tak nak tahu tu, kitorang yang SPM leavers 2018 ni main game betul ke bohong sepanjang menunggu tarikh sebenar keputusan SPM nak diumumkan. Aku tak tahulah siapa yang suka membuat andaian atau pun menyebar kisah-kisah yang tidak betul pasal tarikh result SPM ni. Sengaja buat batch 01 kena sakit jantung, mati hidup semula kot. Haihh

Efek dia tu sampai pemberitahuan apa-apa pun semua macam tak caye dah walaupun cikgu sendiri yang mesej. ermmm.. Bila terpapar kat tv tu haaa yakin yakin!


======

HALATUJU AKU LEPAS NI?

Buat masa ni hati aku terarah kepada Computer Science. Jadi mungkin itulah yang aku akan pilih. Tapi rezeki tuhan kita tak tahu kan? Satu lagi course yang aku macam boleh go, accounting. Tapi aku fikir macam ni, kalau aku betul nak ambik accounting, lebih baik aku minta professional accounting sebab dia kira fast track. Kalau betul aku nak, aku akan further in CFAB lepastu ICAEW. Tak faham? Google lah, aku malas nak terang. Dia macam geng ACCA lah. 

Tapi aku ni aliran akaun. 

IPTA yang aku nak sangat masuk ialah UIA (Universiti Islam Antarabangsa) atau nama lain dia IIUM. Tapi itulah, kalau nak masuk asasi Computer Science kena ada fizik dengan chemist bro! Aku ada buat research yang boleh tukar course asasi. Tapi dia punya risk tu macam banyak sangat! Kalau aku tak dapat tukar course asasi, aku kena teruskan dalam acounting. Tapi aku macam tak minat sangat. hmmm Ada juga kata ambik minor IT masa degree nanti. Tapi aku fikir, daripada aku memang fikir nak jadi Web Developer, kenapa perlu kekal dalam major accounting hanya kerana aku nak bergelar graduan UIA? 

Aku sekarang dah mula redha dengan kekecewaan aku tak ambik aliran sains lepas PT3 haritu. (Aku dah dua kali ditawarkan, tapi dua kali juga aku tolak.) Jadi aku macam, okaylah kita ambik Diploma. Jujurnya aku pandang rendah dekat Diploma ni sebab macam yang tak perform sangat pun inshaallah dapat. kejam kan? Tapi aku dah buat research dan semua itu sangat-sangat silap okay! Banyak je manfaat  lepasan Diploma ni. Even aku punya senior pun ambik diploma kot. Ikut jiwa raga kau lah en. Tapi itulah, Diploma ni gaji dia cam tak tinggi sangat kan. MATA DUITAN KAU POMPUAN!

Bukan begitu ya.. ehe aku memikirkan kos sara hidup di bandar ini. Lepastu, kos diploma paling-paling kejap pun 2 tahun. Paling lama 3 tahun. Lepastu kalau aku nak sambung degree (maklumlah aku ni suka belajar hhoho), tambah lagi 3 tahun. Kos dia tu, masanya tu??? 

Aku serabut doh serabut. 

Bagi semangat sikit? hehe.. 







Oh ye, pesanan tuan rumah, kepada netizen-netizen di luar sana, saya mengharapkan bahawa anda, tidak mereka-reka sebarang cerita atau mengviralkan sesuatu yang tidak pasti. Bukan sekadar tarikh result SPM, bahkan kisah gangguan bekalan air di Selangor yang aku tak tahu kenapa orang tu gigih sangat type panjang-panjang lepastu siap buat schedule gangguan bekala air kat kawasan-kawasan selangor. Ya tuhannn.. Mujurlah kebenarannya telah terungkap. Ini tidak lawak ye anak-anak. 

Peace no war, jadikan Malaysia baharu Malaysia harmoni. 










You May Also Like

3 comments

  1. Tapi ramai juga yang belajar tinggi-tinggi, end up kerja biasa2 je . . Hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tulah. Kerana itulah pentingnya pasakkan pada diri, rezeki itu milik tuhan. Minta pada dia dan bekerja dengan ikhlas dan buat yang terbaik! hehe :)

      Delete
  2. JADIKAN AGEN KAMI MENJADI FAVORIT ANDA ,
    AYOO BERGABUNG BERSAMA RIBUAN MEMBER KAMI YANG LAINNYA
    HANYA DI HTTP :// WWW.ARENA-DOMINO.COM
    BONUS ROLLINGAN TERBESAR 0,3 % SETIAP MINGGUNYA .
    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di: WA : [+855]964967353

    ReplyDelete