CARA AKU BLOGGING + USEFUL TIPS!
Assalamualaikum
Aku pernah cerita dah pun tapi macam seciput kat post ni, ciput lagi kat post lain. Hari ni aku buat KHAS untuk korang yang tertanya-tanya, tapi tak bertanya, atau aku yang tak menjawab sebab aku segan! Aku seorang penyegan okay. PENYEGAN, bukan PEMALU. 😒
CARA AKU BLOGGING
- Aku menulis ni guna bahasa macam cakap-cakap dengan orang je.
Macam mana aku blogging, macam itulah juga aku bercakap. Bezanya, the reality is aku tak banyak cakap pun. Kalau korang jenis suka blogwalking, ada macam-macam gaya penulisan orang. Ada yang sangat formal, ada gaya comel-comel, kawaii-kawaii gitu, ada style gengster, ada speaking. Itulah keunikannya dalam penulisan. Setiap pembaca pula, akan ada style yang diorang suka. Terpulanglah kan.
Keypoint di sini, kalau kau nak mula menulis, guna gaya penulisan yang kau rasa itu ialah diri kau! Menulis bukan sekadar huruf, tapi kita nak salurkan emosi, perasaan dalam penulisan supaya orang boleh feel apa yang kita nak sampaikan. Kalau kita tak selesa dengan penulisan kita, macam mana nak sampai pada hati-hati manusia?
- Menulis dengan perasaan
Sebelum apa-apa, memang aku akan ambik mood dulu nak menulis. Sebab-sebabnya macam kat atas tulah. Aku pernah je menulis tanpa ada mood, tapi series aku cakap. Aku tak rasa gembiranya di situ. Macam, baik aku layan video Shazz! hehee.. Tiap kali aku menulis tanpa mood tu memang simpan kat draft jelah cerita dia.
- Banyakkan cerita benda yang memberi manfaat pada orang
Ini ialah nawaitu aku masa aku mula serious untuk blogging. Aku nak kongsikan pada dunia apa ilmu yang aku ada, peringatan atau apa-apa sahaja yang berguna untuk manusia seperti aku teruskan kehidupan. Tak semua orang yang ada kehidupan macam kita.
Kadang, ada juga aku cerita pasal life aku sebab saje nak ceritakan pengalaman. Pengalaman seseorang mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk mereka yang lain. Yelah, of courselah merapu pun ada juga. Tu, kau baca aku punya posting yang lepas-lepas masa aku tengah suffer dengan depression. Aku punya melayan rasa sakit sendiri tu tak kisah dah pasal tujuan sebenar aku blogging. Yang aku tahu, aku dapat luahkan segala sakit yang terbuku dalam kepala dan jiwa aku. Okay, tak nak sambung lagi. Aku masih trauma okay. :')
======
TIPS
- size font blog kita sangat memainkan peranan. Tolonglah jangan kecik sangat. Berpusing biji mata. Nak besar sangat takde masalah. Tapi untuk aku, aku suka yang sedang-sedang je.
- design blog pun penting juga. It's normal untuk blogger yang mula-mula buat ni macam tak menarik sangat. Kita boleh belajar. Masa aku mula-mula blogging dulu pun aku tekan satu-satu tutorial blogging sebab nak tahu apa kejadahnya tu. Lama-lama kau faham lah.
- Jangan serabut sangat blog! Letak gadget itulah inilah. Aku faham nak menarik perhatian. Tapi design tu lagi menarik dan kadang pening dibuatnya. Sedangkan yang utamanya ialah isi blog itu sendiri!
- Isi blog tu jangan panjang sangat. Kalau memang panjang sangat buatlah part 1 part 2 ke haa.. Manusia kan malas membaca. errr...
- Letaklah gambar sikit. Macam seri, energizer hehe..
Dah tu jelah nak share. Semoga bermanfaat dan terjawab segala persoalan.
4 comments
JADIKAN AGEN KAMI MENJADI FAVORIT ANDA ,
ReplyDeleteAYOO BERGABUNG BERSAMA RIBUAN MEMBER KAMI YANG LAINNYA
HANYA DI HTTP :// WWW.ARENA-DOMINO.COM
BONUS ROLLINGAN TERBESAR 0,3 % SETIAP MINGGUNYA .
Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di: WA : [+855]964967353
weh tonah, aku tgh bc blog kau ni... heheheh... blajar leklok kat uia tu
ReplyDeletehehe nice tips.. sy pun kalau menulis memang ala-ala bercakap dgn org juga gitu..
ReplyDeleteStay safe sis, study smart dan keep on blogging! ^^
Cleaning Service
ReplyDeleteOffice cleaning
Cleaning services Malaysia
Pool cleaning service
Office cleaning service