AKU REDHA | RESULT SPM

by - 21:39

Assalamualaikum

google

14 Mac 2019

Aku tulis entry ni sehari sebelum result nak keluar. Jujurnya, aku tak target straight A pun. Aku rasa aku memang tak mampu langsung. Aku rasa menipu sangat lah untuk aku dapat. Based on apa yang aku jawab haritu, Edmet, Ekonomi, Akaun, Bahasa Arab, aku rasa merepeknyalah aku jawab. Aku cuma harap keputusan yang keluar esok dapatlah melayakkan aku untuk masuk universiti. 

Aku tahu ramai tengah berdebar, tak senang duduk. Ada yang awal-awal lagi dah menangis, mimpi *akulah tu hahhaha* 

Beruntungnya mereka yang bergelar muslim. Nak tahu kenapa tak? Sebab aku percaya, apa pun yang aku dapat lepas ni adalah rezeki yang Allah nak bagi, dan aku tahu, itu ialah yang terbaik untuk aku pada KETIKA ITU.  Tuhan dah lakarkan masa depan kita macam mana. Aku harap aku mampu terus kuat hadap semua dugaan lepas ni.

Aku ada baca satu motivasi punya mesej tentang rezeki yang Allah bagi ni pada masa yang tepat untuk KITA. Aku takut orang salah faham aku bagi contoh. Ada orang dapat jadi CEO ketika berumur 25 tahun. Ada orang dapat jadi CEO ketika berumur 45 tahun. Tapi dua-dua dapat rezeki untuk jadi CEO. Rezeki ni Allah je yang boleh bagi dan Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Sepanjang aku menunggu result ni jujurnya aku takut dengan masa depan aku. Adakah aku akan menjadi penganggur kehormat lepas ni? Adakah aku akan menambahkan beban keluarga aku sebab aku nak sambung belajar tinggi-tinggi ni? Adakah aku bahagia dan yakin dengan keputusan yang aku ambik ni? Masa depan itu menakutkan aku, merisaukan aku. Mungkinlah sebab aku ni perempuan OVERTHINKING atau pun nak fikir KE HADAPAN sangat. Entahlah aku pun tak tahu. Aku tak nak susahkan keluarga aku je dan aku boleh hidup kat luar sana tanpa buat mak ayah aku risau.  

Tapi itulah. Kita kena percaya pada Allah. Terima dengan hati yang terbuka. 











Maaflah aku rasa entri ni macam tergantung. Emosi aku tengah terganggu dan aku tak pasti bila nak elok balik. Aku tengah sedih dan kecewa dengan diri sendiri yang macam.. ERGH aku tak tau nak luah macam mana. Tapi takde kaitan dengan result okeh! Dahlah bye. 

Oh ye, terima kasih untuk pembaca yang selalu baca blog aku. Aku fikir aku syok sendiri dan tak menarik pun blog aku ni. Tapi ada je yang setia. UHUHU thank you ye... 

You May Also Like

1 comments