SEMBANG #2 | AKU DRIVE

by - 17:49

Assalamualaikum

Lepas espiyem ni aku sibuk. Aku habiskan kebanyakan masa aku untuk cari scholarship, siapkan essay, dan lengkapkan apa yang patut. Sebab tu aku tak muncul-muncul setelah aku cerita pasal result espiyem aku. Another thing, aku sumpah takde bahan nak cerita. Hari ni pun sebenarnya takde benefit pun untuk korang. Sembang-sembang aje.

Aku kecewa dengan diri sendiri dan mula benci diri balik.

ARGH, WHAT A LIFE! 

google
Aku dah start kelas driving. Aku kecewa doh dengan diri sendiri. Rasa macam, forever i can't drive je.. Bengap sangat weyh.. Sampai kena tepuk dengan cikgu. Cakap pasal takut tu lagilah. Takut aku langgar apa-apa. Tapi cikgu aku kata, kalau asyik takut je baik tak payah ambik lesen. HAHA Dalam hati aku kata ayah aku yang suruh! hahaha. Tapi adalah jugak rasa, bestnya dapat drive. Tak yah susahkan sesiapa kalau nak pergi mana-mana. 

Cikgu aku kata lagi, kalau langgar apa-apa ending dia gagal. Kalau buat salah macam ni, gagal jugak. Ada beza? Aku buat muka macam kat atas. HAHA Weh aku rasa bengaaappp weyh. Sabor jelah. I cursed myself! Kutuk diri sendiri tak dosa en. 😏 Pastu gelabah dia weyh, macam cina mabuk aku bawak. AKU NAK NANGISSS.  Aku masuk lane orang, tak pandai kawal stereng, kawal brek, kawal minyak, tak pandai timing, naik bahu jalan 2 kali! HUHUHU

Ikutkan aku ada 8 jam je lagi nak belajar dan itu termasuk untuk jalan raya punya. Tapi the real is, kat litar tu aku baru try 2 jam. Which is lagi 3 jam yg kat litar (sebenarnya) tak buat lagi. Ada kisah mengapa jadi macam ntah pape jadual ni. 5 jam untuk kelas 02 tak dapat nak buat kat litar sebab ada periksa JPJ but again ada sebab kenapa ada kelas juga. Aku malas nak cerita dan korang tolong jangan buat cerita. 

Biasalah perempuan, suka nak luah perasaan . Aku luah dekat bestfriends aku. Dapatlah kata-kata semangat and they said that they faced the same thing just like me. Kena biasakan. Practice makes perfect. :') Aku lupa kata-kata tu weyh. Manusia mudah lupa bukan? Thank you to you guys but still, aku masih tak recover spenuhnya daripada perasaan negative, disappointment, sad, hating and blaming myself after what happened. HAHA Siapa je mampu bangun terus daripada kekecewaan macam takde apa yang berlaku? 

Aku doa jelah kat Allah, bantu aku, mudahkan segalanya.

=============

Cakap pasal motivation, allah temukan dengan seseorang yang memang banyak tolong aku dalam hidup ni. Someone really really important to me. Jasa dia sampaikan aku nak labur duit aku untuk dia pun macam aku tak berkira, aku tak kisah pun. Kalau dia takde, aku rasa aku tak dapat apa yang aku dapat sekarang weh. Dia ajar aku jadi manusia, macam mana nak hidup dekat dunia yang ternyata kejam dan tak sempurna ni. Ada suatu hari tu aku teringat susah aku kat sekolah dulu. Rasa nak mati je weh. Nak bunuh diri pun boleh juga weh. Sebab aku serabut sangat. Waktu tu aku throwback je apa yang jadi kat aku. FYI lah, semua yang berlaku dulu tu mcm mimpi ngeri untuk aku. Bila ingat balik semua tu, hati tu memang sakit dan aku memang nangis baliklah. Then tahu dia cakap apa?

What doesn't kill you make you stronger

Macam kena penampor weh rasa. Sedar terus! Nangis aku. hahahaha Bukan tak pernah dengar quotes tu. Banyak kali je tapi aku lupa. Macam kes dengan kawan baik aku tu lah. Sekali kena pada masa yang tepat, impak maksima kesan dia! Setuju tak setuju?

You May Also Like

0 comments